Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap minggu. Janganlah memanjangkannya
walaupun sebahagian darinya kerana dikuatiri tersimpan najis dan perbuatan
demikian menyerupai haiwan yang buruk.
Memotong rambut setiap kali ia panjang, menjaga kebersihannya dan menyisirnya
selalu, yakni jangan pula sampai berlebih-lebihan (tidak membiarkannya dan
tidak pula menunpukan perhatian kepadanya)
Mengutamakan bahagian kanan, yakni mendahulukan kanan dalam semua perkara yang
mulia, seperti ketika mandi, berwuduk, menghormat, berjabat tangan. memakai
pakaian atau kasut, memotong kuku, mengambil dan menerima pemberian, makan dan
minum.
Mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang tidak mulia, seperti membuang
ingus, meludah, menanggalkan pakaian dan kasut beristinjak, dan menyentuh
aurat. Daripada Aisyah katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk
bersuci dan makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor.
Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang ingus dan kahak, tapi
hendaklah ke arah kiri dan pada saputangan yang khusus supaya tidak mengganggu
orang lain.
Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari makanan dan minuman
agar percikan ingus tidak mengenai orang lain, dan meletakkan saputangan atau
tangan ke mulut, memperlahankan suaranya sedapat mungkin. Daripada Abi Hurairah
katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya di
mulutnya dan dengannya suaranya menjadi tidak kuat
Memuji Allah sesudah bersin. Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah
dijawab dengan (yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan
doa yang berikut (yahdikumullahu wa yushlihu balakum)
Meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak
layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.
Juga disuruh mengurangkan suaranya, dan jika dapat, jangan sampai mengeluarkan
suara. Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap
adalah bukti kemalasan. Oleh itu Allah tidak menyukainya dan menyatakan bahawa
ia disebabkan syaitan.
Dari Abu Hurairah bahawa nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka akan
bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah
hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan ''Yarhamukallah'' .Adapun
menguap adalah dari syaitan, jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka
hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu menguap,
syaitan ketawa melihatnya."
Berusaha tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau
makanan yang membanyakkannya. Dan jika tidak dapat dihindari, bersendawalah
dengan suara yang ringan, kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa. Daripada
Abu Juhaifah katanya,"Aku memakan kepingan roti dan daging kemudian aku
mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda, pendekkan sendawamu kerana
sesungguhnya orang yang paling lapar pada Hari kiamat kelak ialah orang yang
paling kenyang di dunia."
Mengingat Allah dan bersyukur kepadaNya ketika berkaca (melihat wajah di
cermin) kemudian berdoa dengan doa yang warid dari nabi : ''Segala puji bagi
Allah, sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku."
Menggunakan telefon bila perlu sahaja, bukan untuk bermain-main, bergurau atau
untuk mengejutkan orang lain, dan bertelefonlah pada waktu-waktu yang sesuai,
awali percakapan dengan salam, mengenalkan diri, kemudian menyebut maksud.
Membiasakan diri dengan amal yang salih, seperti beribadah, bersedekah,
sembahyang unat, menghampirkan diri kepada Allah, berzikir dan membaca
Al-Quran. Jangan meninggalkan demikian kerana malas, enggan atau kesibukan
dunia. Daripada Aisyah katanya, amalan yang disukai Rasulullah ialah amalan
yang terus menerus dilakukan seseorang.
Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu, tidak melakukan suatu yang tidak
berguna, selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya. Daripada Abu
Hurairah katanya, Rasulullah bersabda ''Sebahagian tanda kebagusan Islam
seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak dimaksudnya.
Memberi nasihat kepada orang yang mengenali kebaikan, yakni dengan nasihat yang
baik bagi orang itu samaada pada agamanya atau dunianya.
Menerima nasihat orang lain, mahu mengakui kebenaran dan kembali semula kepadanya,
juga mengakui kesalahan diri sendiri jika memang benar sudah salah, dan jangan
berterusan padanya, kerana kebenaran itu ialah barang orang mukmin yang hilang,
yang terus dicarinya dan akan berterima kasih kepada orang yang menyerahkannya
kepadanya serta memuji setiap orang yang sudi memberi nasihat.
Membiasakan hidup sederhana, mensyukuri yang sedikit, dan meninggalkan hidup
bermewah-mewah dan bersenang-senang di dunia kerana sifat itu menjauhkan diri
dari takbur dan ujub serta selamat dari sifat sombong, memuji-muji diri dan
angkuh. Dari Aisyah katanya,"Tikar Rasulullah s.a.w diperbuat dari kulit
yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut."
Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan, menjadikan matlamat utama dari
kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang diletakkannya di hadapan dan terus
menerus mengulang-ulang sebutan ''Oh Tuhanku, Engkaulah tujuanku, dan Redha Mu
lah yang ku cari''.
Sumber: muslimdiary.com