Buscar

Páginas

Permasalahan SOLAT QADHA menurut Mazhab Shafie.

Solat qadha terbahagi kepada dua:- 

1. Meninggalkan solat kerana keuzuran seperti tertido. 
- Disunatkan menyegerakan qadhanya supaya terlepas dari tanggungjawab dengan segera. 
- Disunatkan juga mendahulukan qadha sekiranya tidak ditakuti habis waktu untuk solat tunai tersebut. - -- Disunatkan juga mengqadha solat mengikut tertib solat tersebut seperti mendahulukan solat subuh ke atas solat zohor. 

2. Meninggalkan solat dengan sengaja. 
- Wajib menyegerakan qadha 
- Wajib melapangkan sepenuh masa untuk menqqadhanya kecuali masa yang diperlukan untuk keperluan hidup seperti mencari rezeki untuk kehidupan dia dan orang dibawah tanggungannya. Haram untuknya melapangkan masa untuk perkara yang bukan menjadi keperluan hidupnya seperti bercakap sia2,main game,main facebook dan yang seumpama dengannya. 
- Wajib mendahulukan solat qadha yang disengajakan keatas solat qadha yang kerana keuzuran. Haram didahulukan qadha kerana keuzuran yang disengajakan tetapi solat adalah sah. 

PERHATIAN!! 

HARAM menunaikan apa2 bentuk solat sunat bagi orang yang masih ada solat qadha yang belum disempurnakan. 

(Rujukan kitab bushral kariim syarah kepada mukaddimah hadhramiyah dan juga kitab mughnil muhtaaj syarah kepada minhaajuttolibiin.)

Siapakah orang yang DIWAJIBKAN untuk mengqadha solatnya?
-Lelaki: Yang beragama Islam, berakal dan suci.
-Perempuan: Tidak diwajibkan mengqadha solat-solat yang terpaksa ditinggalkan semasa berada didalam keadaan haid.

Jumhur ulamak pelbagai mazhab bersepakat bahawa orang yang meninggalkan solat diwajibkan mengqadakannya sama ada dia terlupa atau sengaja meninggalkannya. Lalu bagaimana jika seseorang itu meninggalkan solat dengan sengaja selama berpuluh-puluh tahun? 

Contoh kalau seseorang itu meninggalkan solat selama 20 tahun, hendaklah dia mengira sebanyak mana solat yang perlu digantikan. Contohnya 365 hari (1 tahun) dikalikan dengan 5 (solat 5 waktu) iaitu bersamaan dengan 1825 waktu yang perlu diganti. 1825 waktu pula dikalikan dengan 20 tahun, hasilnya ialah 36500 solat yg perlu digantikan. Jadi masing-masing boleh mengira sendiri samada dalam tempoh 20 tahun itu dia pernah solat tetapi dalam sekitar 20% sahaja daripada waktu itu, maka tolaklah 20% daripada jumlah waktu yang perlu diqadhakan itu. 

Dengar macam berat, tapi sebenarnya itulah tanda kasih sayang Allah. Allah memerintahkan kepada kita untuk solat, mungkin kita dulu jahil/lagha sehingga meninggalkan solat yg sememangnya wajib ke atas kita. Allah sememangnya nak masukkan kita ke dalam syurga dengan rahmatNya, maka solat merupakan salah satu ibadah yang menjadi kuncinya. Jadi, sebenarnya solat adalah salah satu ibadah yang merupakan satu perjanjian antara kita dengan Allah SWT, seperti yang telah disebutkan didalam sebuah hadith:

Daripada Ubadah bin Al-Shomit RA dia berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Sembahyang lima waktu itu telah diwajibkan oleh Allah ke atas hamba-hambaNya. Barangsiapa yang menunaikannya, bermaakna dia tidak mensia-siakan sesuatupun daripada kewajipan tersebut lantaran memandang ringan terhadapnya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan sesiapa yang tidak menunaikannya maka dia tidak ada apa-apa perjanjian di sisi Allah. Sekiranya Allah menghendaki Dia akan mengazabkannya dan jika Dia kehendaki, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga." (Hadith riwayat Abu Daud (1420) dan lain-lain).

Ada sebuah hadith yang berbunyi: Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya: "Sesiapa yang terlupa (mendirikan sembahyang) maka dia hendaklah sembahyang apabila dia mengingatinya dan dia tidak dikenakan kafarrah melainkan mendirikan sembahyang tersebut. Baginda membaca firman Allah yang bermaksud: Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku. (Thaha: 14)" (Hadith riwayat Al-Bukhari (572) dan Muslim (684) )

Jadi daripada hadith ini jelaslah bahawa qadha solat sebaik sahaja kita teringat solat yang kita masih belum tunaikan setelah habis waktu kerana terlupa atau tertidur, wajiblah dia mengqadha solatnya itu tetapi tidaklah diwajibkan bersegera untuk menunaikannya. Ia berbeza kepada orang yang sengaja meninggalkan solat kerana malas, maka wajiblah dia segera mengqadakannya dan memperuntukkan lebih banyak waktu lapang untuk digunakan bagi mengqadha solat.. Bagi mereka yang terlupa atau tertidur sehingga tertinggal 1 atau lebih waktu solat, kadangkala seseorang itu akan teringat pada masa-masa yang dimakruhkan (makruh jenis tahrim, yakni makruh yang hampir ke tahap haram) untuk solat seperti waktu:

1- Ketika matahari berada di tengah-tengah langit - kecuali pada hari jumaat - dan selepas sembahyang Subuh sehingga matahari naik setinggi tombak (setinggi satu galah).
2- Selepas sembahyang Asar hingga jatuh matahari.

Maka pada waktu-waktu sebegini tidaklah dilarang untuk menunaikan solat qadha. 

Dimana pula dalil-dalil yang memerintahkan solat qadha bagi mereka yang meninggalkan solat biarpun bertahun-tahun kerana malas? Seperti yang kita ketahui, sumber ilmu yang menjadi tatapan para ulamak untuk istinbath (menggali) sesuatu hukum tauhid dan feqah itu adalah daripada Al-Quran, hadith (yang diambil untuk dijadikan sunnah), ijma dan qias. Tetapi tidak terdapat hukum daripada Al-Quran dan hadith yang mengatakan seseorang itu hendaklah mengqadhakan solatnya yang telah ditinggalkan bertahun-tahun. Ini kerana pada zaman Nabi SAW majoriti umat Islam pada zaman itu, begitu jarang sekali ada orang Islam yang meninggalkan solat selain terlupa dan tertidur. Jadi para ulama mendapati masalah ini mula berlaku apabila umat Islam semakin jauh daripada agama dan melalaikan kewajipan solat. Jika seseorang itu meninggalkan solat dengan sengaja kerana malas, ia masih tidak dianggap sebagai kafir kecuali kepada mereka yang mengatakan solat itu tidak wajib dan sebagainya. Oleh kerana itu para ulama bersepakat terutamanya dalam mazhab Syafie mewajibkan bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja selama bertahun-tahun hendaklah menggantikan/mengqadhakan solat itu dengan kadar yang tertentu bergantung kepada berapa banyak solat yang ditinggalkan oleh seseorang itu. 

Apakah itu ijma'? Ijma' merupakan sumber rujukan yang ketiga daripada sumber-sumber hukum (selepas Al-Quran dan sunnah), apabila kita tidak dapati sesuatu hukum di dalam Al-Quran dan as-Sunnah maka kita lihat, adakah perkara tersebut telah disepakati oleh ulama' atau tidak. Sekiranya ia merupakan ijma' ulama', makan hendaklah kita menerima dan beramal dengannya.

Q - Solat sunat, pun tak bolehkah? Rugilah kalau tak solat sunat. Saya baca banyak buku-buku yang menerangkan keutamaan solat-solat sunat seperti solat sunat Dhuha, witir, tarawikh, hari raya dan sebagainya yang sangat banyak fadilatnya. Takkan tu pun tak boleh kot? Kot ye pun, takkanlah sampai haram..?
A- Sepakat ulamak mengatakan haram solat sunat selagi solat qadha masih belum selesai ditunaikan. Selain solat jenazah (solat jenazah merupakan fardhu kifayah, maka ia berbeza antara fardhu kifayah dengan sunat), semua solat sunat seperti solat dhuha, witir, solat terawih, solat sunat hari raya aidilfitri/aidiladha, rawatib, solat hajat, solat taubat dan sebagainya diharamkan kepada mereka yang mempunyai solat fardhu yang masih tidak diqadhakan lagi. Ini kerana 1 solat fardhu lebih baik berganda-ganda daripada semua fadilat-fadilat solat-solat sunat yang disebutkan tadi. Jika kita menunaikan solat-solat sunat seumur hidup kita pun, ia tidak akan mampu menggantikan 1 solat fardhu sekalipun. Janganlah kita lupa, solat fardhu merupakan amalan ibadah kita yang pertama akan dinilai di akhirat nanti.
Bukankah kita boleh menggantikan solat-solat sunat itu dengan solat wajib? Contohnya sekiranya kita berjemaah di masjid, nak masuk masjid bukankah perlu solat sunat tahiyatul masjid? Maka gantikanlah solat sunat tahiyatul masjid itu dengan solat fardhu qadha Subuh contohnya.. Begitu juga dengan solat sunat Dhuha dan sebagainya... Dan bagaimana pula dengan solat terawih dan solat sunat hari raya..? Setahun sekali saja kita dapat menemui solat-solat seperti ini, bukan..? Maka gantikanlah solat sunat terawih itu dengan solat fardhu qadha. 
Jadi masing-masing fikirkanlah sendiri, samada berbaloi atau tidak solat sunat sedang solat qadha belum diselesaikan lagi. 

Q - Bagaimana cara-cara untuk qadha solat fardhu?
A - Niat solat qadha ialah seperti biasa, tetapi berbeza sedikit yakni dengan meniatkan qadha, perhatikan: "Nawaitu fardhal subhi rok'ataini QADHAAN lillahitaala", bermaksud: "Sahaja aku menunaikan solat fardhu subuh 2 rakaat QADHA kerana Allah taala." 

Bagi yang mahu qadha solat fardhunya di masjid untuk mengelakkan sebarang fitnah untuk solat Subuh, solat seperti biasa, tetapi ketika hendak membaca doa qunut, pendekkan sahaja bacaannya sekadar rukun yakni:
-Bacaan qunut itu sendiri
-Selawat ke atas Nabi SAW.
Dalam hal ini, cukuplah sekadar membaca sepatah bacaan qunut, contohnya "Allahummah dini fiiman hadait" kemudian terus sambung membaca selawat ke atas Nabi SAW, iaitu: "Fasallallahu'ala saiyidina Muhammadinin Nabi ummiyyi wa'ala 'alihi wasohbihi barik wasallim." kemudian barulah turun sujud. Jangan turun sujud selagi tidak sempurna rukun bacaan doa qunut tadi, yakni hendaklah membacanya sehingga habis dalam keadaan berdiri itu. Angkat tangan untuk berdoa pun sunat, tak perlu angkat tangan untuk berdoa. Kemudian bagi yang mahu menunaikan solat qadha Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, buatlah dirumah, atau boleh saja melakukannya dimasjid jika kita tidak mempedulikan pandangan orang (itulah yang sebaik-baiknya, kerana kewajipan menunaikan solat qadha lebih penting daripada menilai perhatian orang lain).

Berkenaan dengan solat sunat terawih dan solat sunat hari raya, bagaimana pula untuk qadha solat fardhu dalam keadaan berjemaah? Mengenai hal ini, mungkin agak rumit untuk diperjelaskan dan difahami oleh pembaca, tetapi saya akan cuba untuk menjelaskan sebaik mungkin.

Qadha solat fardhu ketika berjemaah dengan jemaah yang menunaikan solat terawih:
-Biasanya di masjid akan melakukan solat sunat terawih sebanyak 20 rakaat. Dan ia dilakukan sebanyak tiap-tiap 2 rakaat 1 salam. Jadi bagi mereka yang nak qadha solat subuh, bolehlah mengikut cara yang disebutkan tadi cuma perlulah diniatkan sebagai makmum yakni mengikut imam iaitu melalukan niat qadha solat subuh qadha mengikut imam kerana Allah taala semasa mengangkat takbir.

Tetapi bagi mereka yang hendak qadha solat Zuhur, Asar dan Isya', begini caranya:
-Hendaklah dia berniat untuk qadha solat Zuhur/Asar/Isya' sebagai makmum (mengikut imam). Solatlah seperti biasa mengikut imam, tetapi apabila imam memberi salam, kita tidak boleh mengucapkan salam juga, jika tidak, solat kita akan menjadi batal (kerana salam adalah tanda habisnya sesebuah solat yang didirikan). Jadi berniatlah untuk mufarakah daripada mengikut imam (yakni berniat untuk tidak lagi mengikut imam) dan kekalkan keadaan diri anda dalam keadaan tahiyat awal, ini kerana anda perlu bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk bangun mengikut imam semula. Sesiapa yang hendak menggerakkan kepala sedikit hanya semata-mata isyarat untuk salam (supaya makmum disebelah kita tidak mengesyaki apa-apa kerana pelik dengan tindakan kita yang tidak memberi salam mengikut imam) maka lakukanlah kerana pergerakan itu tidak membatalkan solat (selagi anda tidak melafazkan salam atau mengalihkan dada dari arah kiblat). Sekarang doa dibacakan oleh imam dan para makmum, anda pula sedang dalam keadaan tahiyat awal. Maka bersabarlah sebentar untuk mereka habiskan bacaan doa itu, kemudian apabila imam bangun untuk solat 2 rakaat yang seterusnya, sebaik sahaja imam habis melafazkan takbir, niatkanlah (masukkan semula niat anda untuk mengikut imam kerana sebentar tadi anda telah berniat mufarakah dengannya) untuk mengikut imam untuk menyelesaikan 2 daripada 4 rakaat yang perlu dihabiskan untuk menyempurnakan solat fardhu qada 4 rakaat anda. Apabila imam memberi salam, pada waktu ini barulah anda boleh memberikan salam kerana anda sudah selesai menunaikan solat fardhu qada 4 rakaat. Perlu diingatkan, niat masuk-keluar-masuk daripada menjadi makmum kepada seorang imam ini hanya dibolehkan di dalam mazhab Syafie selagi solat imam itu tidak terbatal kerana najis/tersalah bacaan/lafaz dll. 

Kemudian, lakukanlah solat qadha fardhu 4 rakaat bagi rakaat yang seterusnya. Sekurang-kurangnya anda boleh menyelesaikan sebanyak 5 solat waktu untuk 20 rakaat solat terawih dan 1 solat maghrib untuk witir (solat witir didirikan dengan 3 rakaat 2 salam) yang sesuai untuk qadha solat Maghrib kerana bilangan solat witir yang ganjil.

Bagaimana dengan solat sunat hari raya..?
Solat sunat hari raya mempunyai 2 rakaat di dalamnya, dengan 7 takbir (tidak termasuk takbiratul ihram) pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua. Untuk rakaat pertama, niatkan solat qadha subuh mengikut imam dan ambil 1 takbir sahaja (samada pada permulaan takbir pertama imam - jika mengambil takbir pertama imam, maka xperlu mengangkat 7 takbir yang seterusnya, maka hendaklah anda diam sehinggalah imam membacakan Al-Fatihah) atau bertakbiratulihram pada takbir yang ke tujuh). Pada rakaat kedua, tidak perlu mengangkat sebarang takbir (kerana mengangkat takbir tambahan di dalam rakaat pertama dan kedua solat sunat hari raya adalah sunat; jika terlupa melakukannya dan terus membaca fatihah, maka takbir-takbir tadi luput tidak perlu diulangi semula) dan solat tetap sah - apa lagi anda yang sedang solat qadha). Kemudian habiskan solat dengan mengikut imam seperti biasa.

*permasalahan Qadha solat ini adalah mengikut mazhab shafie..

0 comments:

"Jika aku TIDAK menulis dengan jari, maka aku akan menulis dengan HATI,..aku tidak pandai berbahasa sastera maka aku BERUSAHA berbahasa TAKWA..menulis bukan untuk mengkayakan BAHASA tapi menulis untuk melakar IMAN didalam jiwa... >>Biarlah sekalipun kita tidak TIDAK HEBAT menulis,..yang penting setiap ILMU yang disampaikan terus ditulis, menulislah sesuatu yang PERLU,..jangan menulis mengikut mahu, apabila kita sentiasa MANFAATKAN sesuatu yang ada disisi, secangkir pena sekalipun banyak memberi ERTI kepada yang memerlukan".

Jumaat, 17 Mei 2013

0 ulasan: