Ya Allah Ya Tuhanku..
Kau bantulah aku pelihara perasaanku
Ya Allah..Kau hilangkan lah rindu, duka dan segala
perasaan lain yang ada dalam diriku ini
Ya Allah..Kau redhakan lah aku
Ya Allah..Kau ikhlaskan lah aku
Ya Allah..sesungguhnya kurniakan lah aku dengan
ketenangan hati dan kekuatan diri
Ya Allah Ya Tuhanku..
Kau berikanlah aku nikmat kesyukuran untuk apa yang
Kau dah beri pada aku kini
Ya Allah...janganlah Kau biarkan aku meminta lebih
dari yang aku layak
Ya Allah..Kau sabarkan lah aku
Ya Allah..kesabaran aku benar-benar sedang teruji
Ya Allah..Kau pelihara lah perasaanku
Ya
Allah...Kau peliharalah juga fikiranku
Ya Allah..jangan lah Kau biarkan aku kembali
mencari cintaku dan musnahkan segala keredhaan dan keikhlasan terhadap ujianMu
yang telah aku bina Ya Allah..
Hanya kepadaMu aku berserah Ya Allah dan kepadaMu
aku memohon..kurniakan aku ketenangan hati.
Ya Allah, kekuatan minda Ya Allah, dan ketabahan
diri Ya Allah..
Ya Allah, kau redhakan lah aku untuk ujianMu Ya
Allah dan kau ikhlaskan lah pengorbanan aku walaupun aku terasa hati kerana
masih dilayan buruk oleh mereka..Kau bantulah aku Ya Allah..Kau kurniakan lah
hadiah cintaMu Ya Allah..hanya itu yang aku pinta.
Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah.
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah.
Ameen ya Rabb alamin.
0 comments:
Catat Ulasan