Buscar

Páginas

~Kata-Kata Hikmah (Islamic)~

He Meaning of some dua'as that we recite in Salah:
✦ "Allahu Akbar” ➲ Allah is the Greatest
✦ "Subhana Rabbiyal Adhim" ➲ How Perfect is my Lord, the Supreme
✦ "Sami'Allahu liman hamidah" ➲ Allah hears those who praise Him
✦ "Rabbana lakal hamd" ➲ Our Lord, praise be to You
✦ "Subhana Rabbiyal A'la" ➲ How Perfect is my Lord, the Highest

♥ Mutiara Hikmah ♥
• Jika manusia mencewakanmu, Jangan berduka karna Allah selalu menunaikan harapanmu
• Jika manusia menzalimimu, Jangan berduka karna Allah selalu berlaku adil terhadapmu
• Jika manusia melukaimu, Jangan berduka karna Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu
• Jika manusia menyayangimu, ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu

 Rasulullah [SallAllahu Alayhi WaSallam] said,
► "Do not be people without minds of your own, saying that if others treat you well - you will treat them well, and that if they do wrong - you will do wrong. Instead, accustom yourselves to do good if people do good and not to do wrong if they do evil." [Al-Tirmidhi #1325]

JANGAN sekali-kali berkata, “Tak sembahyang pun tak apa, tak tutup aurat pun tak apa asal hati baik. Yang solat dan bertudung pun perangai teruk.” Orang begini telah buat dua kejahatan:
1. Berani menafikan suruhan Allah.
2. Menganggap hati sendiri sudah baik dalam keadaan hatinya masih derhaka pada Allah tidak mahu menurut perintah Allah

 The Beautiful Word Is الله"
 Sweetest Name is محمد"
 Most Beautiful Message Is اذان"
 World Perfect Book Is قرآن"
 And I M Very Lucky That i m مسلم

Oh Allah, I have no money, but I have You. I am rich.
Oh Allah, I have no freedom, but I believe in You. I am free.
Oh Allah, I have no patience, but I read Your Quran. I am calm.
Oh Allah, I get no respect, but You listen to my dua. I am proud.
Oh Allah, I have no time, but I think of Jannah. I have forever.

‎3 Tanda bahagia kata Ibnul Qayyim:

1. Bersyukur ketika diberi nikmat.
2. Bersabar ketika ditimpa musibah (cobaan).
3. Memohon ampun pada Allah ketika telah terjerumus dalam dosa.

SABAR.
S : SAYANG AKAN ALLAH
A : AMALKAN SIFAT MAHMUDAH
B : BERAMAL WALAUPUN IA SEDIKIT TETAPI BERTERUSAN
A : AL-QURAN DAN SUNNAH SENTIASA DI HATI
R : REDHA ATAS SEMUA KETENTUAN ALLAH

5 YANG PERLU DIJAUHI :

S : SYAITAN
A : ANGKUH DAN SOMBONG
B : BERSIFAT NEGATIF
A : ANGAN-ANGAN YANG MELALAIKAN
R : RIYAK.

Tsabit bin Qurah berkata : Kerehatan badan adalah dengan kurangnya makan, kerehatan jiwa adalah dengan kurangnya dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurangnya bercakap.

~Masa dilahirkan dan ketika mati kita perlu dan berkehendakkan agama tetapi kenapa ketika kita hidup kita menjauhkan diri dari agama?~~

Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI

♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU

♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA

★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★

‎"Kahwinlah dengan wanita yang penuh cinta kasih dan yang banyak memberikan keturunan, kerana sesungguhnya aku merasa bangga dengan jumlah kamu yang ramai." (Riwayat Abu Daud, Nasai dan al-Hakim)

~* PESONA WANITA *~
Wanita Itu BUKAN Seperti BUNGA,
yang wanginya bisa dicium setiap kumbang..
Tetapi WANITA itu seperti EMAS
berharga dan MAHAL
Disimpan di tempat yang tertutup agar tak dicuri orang,
walau jatuh ke dalam lumpur dia tetap berharga dan tak b'kurang sedikit pun nilainya..
InsyaAllah,Amin Ya Allah..~

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Ada empat perkara, barangsiapa diberi keempat-empatnya, bererti dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat, iaitu: hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, badan yang sentiasa bersabar atas cubaan yang menimpa, dan isteri yang tidak menjerumuskannya ke dalam dosa, baik dalam menjaga dirinya mahupun harta kekayaannya." (Riwayat At-Tabrani)

Ya Allah !!!
Don't let me die Unless You are satisfied with me...
Don't let me die Unless the strength of my Iman (faith) is what You want it to be...
Don't let me die Unless my heart is ever so clean...
Don't let me die Unless You are happy with me...
Don't let me die Unless everyone that I may have hurt has forgiven me...

Wanita;jangan pernah ragu untuk melindungi diri dari tatapan-tatapan tak bertanggung jawab
jangan pernah tergoda dengan ajakan duniawi yang begitu memabukkan
tutuplah dirimu dengan sempurna
panjangkanlah hijabmu tanpa ragu
ketahuilah, mereka akan lebih mengagumi keanggunanmu, kesopananmu, akhlakmu
mereka akan lebih menghargaimu, menghormatimu
cermatilah bagaimana mereka memandangmu saat kau rapatkan hijabmu.

“Janganlah engkau peristrikan wanita karena hartanya, sebab hartanya itu menyebabkan mereka sombong. Dan jangan pula kamu peristrikan wanita karena kecantikannya, karena boleh jadi kecantikannya itu dapat menghinakan 
dan merendahkan martabat mereka sendiri. Namun peristrikan wanita atas dasar Diennya. Sesungguhnya budak hitam legam kulitnya tetapi Dienya lebih baik, lebih patut kamu peristrikan“. (HR. Bukhari)

• ditimpa keSakitan itu Ujian.
• ditimpa keSusahan itu Ujian.
• ditimpa keSedihan itu ujian.
• ditimpa keGagalan itu Ujian.

>> bila diuji..bersabar
>> bila diberi nikmat..bersyukur
>> bila diberikan taat..mengakui ia anugerah dariNya
>> bila maksiat..bertaubat

(¯`*•.¸♥ "Peliharalah Akhlakmu,
Kerana Ia Sumber Kecantikanmu ܓ
 ܓPeliharalah Agamamu,
Kerana Ia Adalah Peganganmu ܓ
 ܓPeliharalah Amalmu
Kerana ia Adalah Pakaian Ukhrawimu ܓ
 ܓDan Peliharalah Lisanmu,
Kerana Ia Adalah Hatimu ܓ
 ܓYang Menentukan
Baik Dan Buruk Dirimu ".♥¸.•*´¯)

✿ Ketika kamu lahir, kamu menangis (T_T) dan orang di sekelilingmu tersenyum (^_^) Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum (^_^) dan orang di sekelilingmu menangis (T_T) ✿

#Bagaimana mahu mendapat yang baik
kalau diri belum cukup baik
bagaimana menjadi baik
kalau masih tak baik-baik
asal kita memang baik-baik
moga akhirnya baik-baik aja
lebih baik jadi orang baik
daripada jadi orang yang tidak baik
selalu fikir yang baik-baik
kerana Allah itu Maha Baik
agar kita dapat yang terbaik..insya Allah...:)

❤Orang yg ber‘sms’ dgn kekasihnya beralasan,"ala,mesej je,tak dengar suara pun!"
Orang yg ‘call’ mendengar suara pula berkata,"ala,tak jumpa pun!"
Orang yg berjumpa dengan kekasihnya memberi alasan,"ala,tak pegang2 pun!"
Orang yg berpegang-pegang pula berkata,"ala,bukannya berzina pun!"
Orang yg berzina pula masih ada alasan,"takdelah sampai mengandung!"
Begitulah liciknya syaitan! Nauzubillah min zalik.❤

Jangan rasa dirimu TERBAIK kalau dihatimu pnuh dgn nanah KEJAHATAN.
Jangan FIKIR dirimu ALIM kalau dihatimu pnuh dgn nanah KEDENGKIAN.
Jangan rasa dirimu BERKASIH SAYANG kalau dihatimu pnuh dgn nanah KEBENCIAN..
InsyaAllah,sama2 MENCUCI HATI kita..Amin Ya Rabb..
Apabila kita kejar dunia,
Dunia akan lari..
Tetapi apabila kita kejar akhirat,
Dunia akan mengejar kita..

 ܓ Cantik WANITA kerana kejernihan wajah..
 ܓ Manis WANITA kerana senyuman yang indah..
 ܓ Ayu WANITA kerana kesederhanaan lahiriah..
 ܓ Hebat WANITA kerana keimanan yang teguh..

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain.. tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan..

Sahabatku, ada 3 hal yang tak pernah kembali:
1. Waktu
2. Perkataan
3. Kesempatan

Ada 3 hal yg menghancurkan kehidupan kita:
1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam, iri, dengki.

Ada 3 hal yg tak boleh hilang dr kehidupan kita:
1. Cinta kasih
 2. Keluarga

3. Sahabat

Ada 3 hal yg tak pernah kekal:
1. Kekayaan
2. Keberhasilan
3. Mimpi

Ada 3 hal yg membuat kita berharga:
1. Komitmen
2. Kerendahan hati
3. Kerja keras

Ada 3 hal yg membuat kita kuat:
1. Keikhlasan
2. Harapan
3. Selalu mengingat Allah swt....

Masuk syurga dengan rahmat Allah, bukan kerana banyaknya amalan kita. Lulus peperiksaan kerana kehendak Allah, bukan kerana banyaknya menelaah.

Buah yang r0sak tak semestinya akarnya p0n rosak

iblis datangi manusia 4 penjuru. dari depan, belakang, kanan dan kiri. dari depan ertinya, spaya kita mmuliakan dunia, dari belakang brerti supya lupakan akhirat dari kanan ertinya perlekehkan ugama n dari kiri ertinya seronkkan dgn maksiat. syaitan tak dtg dari atas sbb rahmat Allah dtg dari atas. Dari bawah ialah tanah buat ingat mati syatan tak mampu dtg.

Women should not be the moon which everyone see uncovered. But women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it. 

Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat. 

"Alhamdullilah"- for what we have; 
"Insha'Allah"- for what we intend;
"Subhana' Allah"- when we see something exciting 
"Astaghfir'Allah"- when we lose our tempers or become weak,
"Allahu Akbar"- when we are faced with the challenges of life. These five phrases, said regularly, are like taking a multi-vitamin for holistic health.

~Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.
Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan~

Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin.

Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.

It is better to remain silent than to speak a word of evil, 
Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya

"Allah beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu sebab apa yang kita mahu tak semestinya apa yang kita perlu. Maka jernihkan fikrah sebelum berdakwah."

‎"Dakwah ini ibarat petik buah dari sepohon pokok. Kita petik buah yang masak dan dekat dengan kita dahulu..kemudian kita siram dan jaga pokok baik-baik supaya dapat petik buah yang seterusnya"

sepandai-pandai manusia mengatur, ada lagi kekuasaan tertinggi yang menentukan sehingga apabila segala sesuatu telah dipersiapkan dengan teliti, jika gagal juga, tidaklah ia menyesal karena kekuatan manusia terbatas dan rahsia Allah amat dalam..indahnya tawakkal

‎........Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.".......

jgn di hitung kebaik'n kita pada ora tp hitunglah kbaik'n org pada kita... :)

muhasabah balik.. muhasabah balik.. apa yang berpotensi ntuk menjarakkan kita daripada kebenaran, mungkin adalah keegoan diri kita yang sering disalah tafsir sebagai maruah dan harga diri.. astaghfirullah~

apabila kita mula merasakan kita ni hebat, kita ni baik, dah insaf lantas asyik tertanya-tanya kenapa la orang lain lembap, tak sedar2, tak reti nak bertaubat... awas!!! mungkinkah sang syaitan yang membisikkannya pada kita?
Allah Allah.. betapa mudah kita terjerumus ke dalam perangkap syaitan~

"How strange! You lose a little from you and you cry. And your whole life is wasting and you're laughing" (Ibnu Qayyim)

Jika wanita solehah dan beragama = 1
...Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada..maka..
...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allâh yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allâh tempat BERBAGI
♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allâh tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allâh tempat MENGADU
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allâh tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allâh tempat MEMUJA 
•••• INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA !!!

 Bila tenang itu jauh dari hati, itu tandanya kita jauh dari Ilahi.
Bila kita minta tapi Allah x bagi, itu tandanya Allah nak kita minta lagi.

Jangan banyak fikir, teruskan saja laluan yang Allah dah sediakan utk kita. Sebab.. Allah Maha Tahu dan menguji atas kemampuan diri kita sendiri. Teruskan hidup demi Allah SWT.

♥ Mutiara Hikmah ♥
• Bila Allah memakbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu,
• Bila DIA lambat memakbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu,
• Bila DIA tak memakbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yg terbaik untukmu.

➬ Senantiasa-lah bersangka baik pd ALLAH dalam keadaan apa pun... karena kasih sayang-NYA melebihi dari kemurkaan-NYA.

Segan bila tangan lagi laju membuka laptop dari membuka kitab Allah.
Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall (tempat maksiat) dari melangkah ke masjid.
Segan bila mulut asyik bercerita hal dunia dari berzikir mengingati Allah.
Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu yang menyeronokkan jiwa
berbanding mendengar kalam Allah.

"Ketahuilah bahawa Allah memberikan apa yang kita PERLU dan bukan yang kita SUKA..."
Alhamdulillah.. terima kasih Allah swt... :D

Kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya.. tetapi pada hati dan senyumannya...
Ketampanan seorang lelaki bukan pada rupanya..tetapi pada budi dan tanggungjawabnya...
Kehebatan seorang manusia bukan pada kekuatannya..tetapi pada akal dan takwa kepada-Nya
~ Apabila keinginan kita belum tercapai bermakna Allah ingin menguji kesabaan kita,, sabar ~

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

"JIka keJAhataN di baLaS KeJahATan, MAka iTu adALah DENDAM.
JiKa kebaikAn dibalAS KebaiKan itu aDaLah PerKara biAsa.
JiKa keBaikan dibaLaS kEjaHataN, ITU AdAlah ZALIM.
TaPi JiKa KEjahAtaN dibaLas KEBaikan, itU AdalAh MULIA DAN TERPUJI."

Jadilah wanita solehah yang buta, tuli dan bisu. Apakah maksud buta, tuli dan Bisu itu? Buta, tuli & bisu itu bermaksud wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia. Moga menjadi iktibar buat semua.

"Ya Allah, dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku,
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus,
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu,
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat,
Dengan ujian yang menimpa..."

“…Saat Allah swt MENCINTAI seseorang, tempat PERTAMA menerima sentuhan itu adalah HATI, disitulah Allah swt melenyapkan segala rasa PUTUS ASA dan KESEDIHAN akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan HARAPAN dan KEINGINAN untuk berubah menjadi INSAN berjiwa bersih. Hati seeloknya berbisik… : ''AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU, IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU...''

Istighfar lah kala bertemu cintamu,
Bertasbih lah kala melihat ke indahan cintamu,
Bertahmit lah kala kamu yakin dia milikmu,
Dan bilamana ada kekurangan dari Cinta mu,
Syukurilah kekurangan dan kelebihannya..
Lengkapilah dengan CINTAMU kekurangannya...
~Mawaddah fillah, Mahabbah lillah~ ^_^

A kafir guy asked a muslim: Why do your women cover up their body and hair?
The muslim guy smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the kafir: If I asked you to take one of the sweets which one u will choose?
The kafir replied: The covered one.
Then the muslim man said: That's how we treat our muslim women.

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..
-Imam Hasan Al-Basri-

Aku mencintai orang² soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka..
Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..
Mari kita berusaha untuk menjadi orang² soleh.. ^_^

Nabi S.A.W bersabda:
"tidurnya  orang yang puasa tetap dalam ibadat
dan diamnya diaggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan 
dan doanya mustajab dan dosanya  diampunkan."
~ riwayat Al baihaqi ~

Saat Anda membwa Al-Quran, setan biasa2 saja.
Saat Anda mmbukanya, setan mulai curiga. 
Saat Anda membacany, ia gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang-kekejangan. 
Saat Anda mengamalkn Al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari, ia stroke. 
Teruskn mmbaca & mgamalknny agar setan terus stroke . 
Ketika anda ingin menyebarkn pesanan ini, setan pun mencegahny. 
Setan kata "jangan SEBARKAN, kerana ia tak penting penting langsung !" 

Saya tak pernah berjumpa dengan seseorang yang menderita kerana terlalu banyak bekerja. Lebih banyak orang menderita kerana terlalu banyak cita-cita tetapi tak cukup berusaha (Dr. James Mantague)

Mata manusia dibutakan oleh : (CINTA)
C. Cinta memang buta.
I. Indah tapi menyiksakan.
N. Nikmat namun sementara saja.
T. Takut kehilangan dia.....pedihnya.
A. Angau sentiasa menghantui ….alahai.
...Jadi ayuh berubah, buka mata hati, sematkan :
C: Cinta pada Ilahi Rabbi
I: Indah dan membahagiaakan
N: Nikmat hakiki jelas terasa
T: Tenteram dan tenang selamanya
A: Akhirat persingahan selamanya…semoga ke

Saya kena cekap tidak boleh leka!

SAYA KENA CEKAP….

Sebagai anak

Sebagai kakak

Sebagai saudara mara

Sebagai jiran

Sebagai pekerja

Sebagai kawan

Sebagai bakal pelajar

Sebagai bakal isteri

Sebagai bakal menantu

Sebagai bakal ibu

Sebagai bakal majikan

Sebagai dan sebagainya.

Yang menuntut hak-hak mereka untuk dipenuhi tanpa berkurang sedikit. Ia menagih keadilan daripada saya agar semua tugasan di atas dapat diselesaikan sebaiknya. Ia memerlukan disiplin hidup yang ketat dan serius bukan main. Kata seorang syuyukh :

“AKHAWAT HARUS CEKAP. BIAR DAPAT JADI SUPER WOMAN. APA SAHAJA TUGASAN DAN HAK DAPAT DIPENUHI SEBAIKNYA. NANTI AKHAWAT SUDAH MENIKAH, LEBIH LAGI MENUNTUT KECEKAPAN AKHWAT. JIKA AKHAWAT LAMBAT MENINGKATKAN DIRI, LAMBAT MENAMBAH BEKAL DIRI, NANTI BANYAK BENDA AKAN TERCICIR. TARBIYAH ENTAH KE MANA, KERANA SIBUK MEMENUHI SEMUA HAK ITU. SEDANGKAN TARBIYAH ITU SEPATUTNYA SUDAH MENGAJAR AKHWAT BAGAIMANA UNTUK CEKAPKAN DIRI. AGAR DAKWAH TIDAK JADI FITNAH KEPADA SEMUA TUGASAN LAIN YANG JUGA AMANAH.”

#Saya merenung jauh. Menerobos langit biru tujuh lapisan. Entah di mana fikiran saya mendarat. Barangkali di nebula paling kusut. Harus di mana saya mahu mulakan semuanya untuk membuat persediaan bagi melalui fasa sekarang dan fasa datang. Lagi berfikir, lebih seram sejuk urat nadi saya kerana khuatir sekali saya tidak dapat berikan sebaiknya untuk semua di atas kerana seakhwat apa pun saya, bahawa saya adalah M.A.N.U.S.I.A yang banyak lemahnya.

Maka untuk ibu ayah,murobbi, adik-adik, akhawat, dan bakal suami…

Kalian adalah yang terdekat dengan diri saya untuk memahami siapa saya untuk semua ini. Sokongan, dokongan dan toleransi daripada kalian semua adalah sebuah penghargaan yang tidak terhingga daripada saya. Di mana saya berada, apa amal yang saya lakukan, sudah awal-awal saya niatkan pahalanya untuk kalian semua. Untuk kita semua. Agar langkah kita akan seiring menapak ke dalam syurga tanpa ada yang tertinggal seorang pun. kerana CINTA KITA ADALAH CINTA SAMPAI SYURGA.

Alhamdulilah dapat pahala percuma!!

Kita merasa sedih bila org bercerita buruk ttg kita kan, lebih teruk lagi bila org memfitnah kita, okey sekarang mari rasa gembira....

Alhamdulilah dapat pahala percuma!!

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar. Pabila dosa dirasakan enak, hati manusia pun menjadi buta, ilmu agama entah kemana.

Mengumpat yang dilarang secara asasnya ialah seperti maksud hadits  “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim). Akan tetapi ada juga tempat-tempat dan ketikanya dibolehkan mengumpat. 

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1 - Orang yang mazlum (dizalimi) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berkuasa memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.

Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Nisaa’ : 148).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika dia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan dan kekuatan untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (Surah An-Nisaa': 149)

2 - Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling tolong-menolong menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbezaan antara yang haq dan yang bathil.

3 - Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal. Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4 - Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Quran.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang boleh dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khuatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5 - Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6 - Bila seseorang telah dikenali dengan julukan si tempang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan gelaran di atas agar orang lain terus mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika dia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut. 

Maka jika kita sendiri termasuk dalam golongan manusia yang boleh diumpat ini,  bersedialah untuk diumpat kerana kesilapan yang kita sendiri lakukan. Semoga kita akan menjadi insaf dan berubah ke arah kebaikan selepas itu.

Tambahan dalil-dalil kepada mengumpat yang dibolehkan

1528. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahawasanya ada seorang lelaki meminta izin kepada Nabi s.a.w untuk menemuinya, lalu beliau s.a.w bersabda untuk menemuinya, lalu beliau s.a.w bersabda – kepada sahabat-sahabat: ”Izinkanlah dia, dia adalah seburuk-buruknya orang dari seluruh keluarganya.” (Muttafaq ‘alaih)

Imam bukhari mengambil keterangan dari hadits ini akan bolehnya mengumpat pada orang-orang yang suka membuat kerosakan serta ahli bimbang (tidak berpendirian tetap).

1529. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Saya tidak meyakinkan kepada si fulan dan si fulan itu bahawa keduanya itu mengetahui sesuatu perihal agama kita”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dia berkata:  “Allaits bin Sa’ad, salah seorang yang meriwayatkan hadis ini berkata: ”Kedua orang lelaki ini termasuk golongan kaum munafik."

1530. Dari Fathimah binti Qais radhiallahu ‘anha, katanya: “Saya mendatangi Nabi s.a.w. lalu saya berkata: “Sesungguhnya Abuljahm dan Mu’awiyah itu sama-sama melamar diriku.” Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Ada pun Mu’awiyah itu adalah seorang fakir yang tiada berharta, sedangkan Abuljahm adalah seorang yang tidak sempat meletakkan tongkat dari bahunya.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:

“Adapun Abuljahm, maka dia adalah seorang yang gemar memukul wanita.” Ini adalah sebagai tafsiran dari riwayat yang menyebutkan bahwa dia tidak sempat meletakkan tongkat dari bahunya. Ada pula yang mengertikan lain ialah bahawa “tidak sempat meletakkan tongkat dari bahunya” itu ertinya banyak sekali bepergiannya.

1531. Dari Zaid bin Arqam r.a., katanya: “Kita keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu perjalanan yang menyebabkan orang ramai memperolehi kesukaran, lalu Abdullah bin Ubay berkata: “Janganlah engkau semua memberikan apa-apa kepada orang yang ada berdekatan Rasulullah, sehingga mereka pergi – yakni berpisah dari sisi beliau s.a.w. itu.” Selanjutnya dia berkata lagi: “Nescayalah kalau kita sudah kembali ke Madinah, sesungguhnya orang yang berkuasa akan mengusir orang yang rendah.”

Saya lalu mendatangi Rasulullah s.a.w. dan memberitahu hal ucapannya Abdullah bin Ubay di atas. Beliau s.a.w. menyuruh Abdullah bin Ubay datang padanya, tetapi dia bersungguh-sungguh dalam sumpahnya bahawa dia tidak melakukan itu - yakni tidak berkata sebagaimana di atas. Para sahabat lalu berkata: “Zaid berdusta kepada Rasulullah s.a.w.” Dalam jiwaku terasa amat berat sekali kerana ucapan mereka itu, sehingga Allah Ta’ala menurunkan ayat, untuk membenarkan apa yang saya katakan tadi, iaitu – yang ertinya: “Jikalau orang-orang munafik itu datang padamu.” (al-Munafiqun: 1)

Nabi s.a.w. lalu memanggil mereka untuk dimintakan pengampunan – yakni supaya orang-orang yang mengatakan bahawa Zaid berdusta itu dimohonkan pengampunan kepada Allah oleh beliau s.a.w., tetapi orang-orang itu memalingkan kepalanya – yakni enggan untuk dimintakan pengampunan.” (Muttafaq ‘alaih)

1532. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Hindun iaitu isterinya Abu Sufyan berkata kepada Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Abu Sufyan itu seorang lelaki yang kedekut, dia tidak memberikan nafkah yang dapat mencukupi keperluanku dan keperluan anakku, melainkan dengan cara saya mengambil sesuatu daripadanya, sedang dia tidak mengetahuinya. “Beliau s.a.w. lalu bersabda:” Ambil sajalah yang sekiranya dapat mencukupi keperluanmu dan untuk kepentingan anakmu dengan baik-baik – yakni jangan berlebih-lebihan.” (Muttafaq ‘alaih)

Jalan jelas untuk ke syurga

Dari Mu'az r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, beritahukanlah kepada saya dengan sesuatu amalan yang dapat menyebabkan saya masuk syurga dan menjauhkan saya dari neraka." Beliau s.a.w. bersabda: 

"Nescayalah engkau itu menanyakan sesuatu persoalan yang agung - yakni penting, tetapi sesungguhnya hal itu adalah mudah bagi orang yang dipermudahkan oleh Allah. Iaitu supaya engkau menyembah kepada Allah, tidak menyekutukan sesuatu denganNya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadhan dan mengerjakan ibadah haji di Baitullah." Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Sukakah engkau saya tunjukkan pada pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai (dari berbuat kemaksiatan), sedekah itu dapat melenyapkan kesalahan (yakni dosa) sebagaimana air memadamkan api dan pula shalat seseorang di tengah malam." Seterusnya Rasulullah s.a.w. membaca ayat yang ertinya:

"Lambung-lambung mereka meninggalkan tempat-tempat tidur (yakni mereka tidak tidur)," sehingga sampai pada firmanNya yang ertinya: "Apa yang mereka kerjakan."

Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda lagi: "Sukakah engkau saya beritahu tentang pokok perkara - yakni Agama Islam ini, tiangnya dan pula puncak punggungnya?" Saya menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Pokoknya ialah Islam, tiangnya ialah shalat, sedang puncak punggungnya ialah jihad." 

Seterusnya beliau s.a.w. bersabda pula: "Sukakah engkau saya beritahu tentang pangkal yang mengemudikan semua itu?" Saya menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. kemudian mengambil lisannya lalu bersabda: "Tahanlah ini atas dirimu (yakni berhati-hatilah mengemudikan lidah itu)." Saya berkata: "Ya Rasulullah, apakah kita ini pasti akan dituntut (yakni diterapi hukuman) dengan apa yang kita bicarakan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Kehilangan engkau ibumu (Ini merupakan kata kebiasaan bagi bangsa Arab), seperti kita mengatakan: Celaka engkau ini, tidakkah para manusia itu dimasukkan dalam neraka dengan tersungkur di atas muka-mukanya itu, melainkan hanya kerana hasil perkataannya?"  (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadits hasan shahih).

Wallahu a’lam bis shawab.

Rujukan:

1 - Riyadhus Shalihin - Imam Nawawi
2 - Ibnu Taimiyah, Imam Syuyuthi, Imam Syaukani,, Maktabah Al-Manar, Jordan.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan
 (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

Mungkin kita tidak dapat lari dari kesalahan mengumpat ini sekali-sekala, kerana kita bukan maksum. Mungkin kerana terlanjur, tidak sengaja, terlupa dan sebagainya. Maka dosa-dosa yang dilakukan itu tertanggung lah oleh kita. Apa-apa pun semoga kita dapat meminta maaf pada yang punya badan, jika kita terlanjur mengumpatnya. Dan yang paling penting, semoga kita tidak jadikan mengumpat (yang dilarang) sebagai hobi kita. 

"Jika aku TIDAK menulis dengan jari, maka aku akan menulis dengan HATI,..aku tidak pandai berbahasa sastera maka aku BERUSAHA berbahasa TAKWA..menulis bukan untuk mengkayakan BAHASA tapi menulis untuk melakar IMAN didalam jiwa... >>Biarlah sekalipun kita tidak TIDAK HEBAT menulis,..yang penting setiap ILMU yang disampaikan terus ditulis, menulislah sesuatu yang PERLU,..jangan menulis mengikut mahu, apabila kita sentiasa MANFAATKAN sesuatu yang ada disisi, secangkir pena sekalipun banyak memberi ERTI kepada yang memerlukan".

Khamis, 5 April 2012

Khamis, 8 Mac 2012

Saya kena cekap tidak boleh leka!

SAYA KENA CEKAP….

Sebagai anak

Sebagai kakak

Sebagai saudara mara

Sebagai jiran

Sebagai pekerja

Sebagai kawan

Sebagai bakal pelajar

Sebagai bakal isteri

Sebagai bakal menantu

Sebagai bakal ibu

Sebagai bakal majikan

Sebagai dan sebagainya.

Yang menuntut hak-hak mereka untuk dipenuhi tanpa berkurang sedikit. Ia menagih keadilan daripada saya agar semua tugasan di atas dapat diselesaikan sebaiknya. Ia memerlukan disiplin hidup yang ketat dan serius bukan main. Kata seorang syuyukh :

“AKHAWAT HARUS CEKAP. BIAR DAPAT JADI SUPER WOMAN. APA SAHAJA TUGASAN DAN HAK DAPAT DIPENUHI SEBAIKNYA. NANTI AKHAWAT SUDAH MENIKAH, LEBIH LAGI MENUNTUT KECEKAPAN AKHWAT. JIKA AKHAWAT LAMBAT MENINGKATKAN DIRI, LAMBAT MENAMBAH BEKAL DIRI, NANTI BANYAK BENDA AKAN TERCICIR. TARBIYAH ENTAH KE MANA, KERANA SIBUK MEMENUHI SEMUA HAK ITU. SEDANGKAN TARBIYAH ITU SEPATUTNYA SUDAH MENGAJAR AKHWAT BAGAIMANA UNTUK CEKAPKAN DIRI. AGAR DAKWAH TIDAK JADI FITNAH KEPADA SEMUA TUGASAN LAIN YANG JUGA AMANAH.”

#Saya merenung jauh. Menerobos langit biru tujuh lapisan. Entah di mana fikiran saya mendarat. Barangkali di nebula paling kusut. Harus di mana saya mahu mulakan semuanya untuk membuat persediaan bagi melalui fasa sekarang dan fasa datang. Lagi berfikir, lebih seram sejuk urat nadi saya kerana khuatir sekali saya tidak dapat berikan sebaiknya untuk semua di atas kerana seakhwat apa pun saya, bahawa saya adalah M.A.N.U.S.I.A yang banyak lemahnya.

Maka untuk ibu ayah,murobbi, adik-adik, akhawat, dan bakal suami…

Kalian adalah yang terdekat dengan diri saya untuk memahami siapa saya untuk semua ini. Sokongan, dokongan dan toleransi daripada kalian semua adalah sebuah penghargaan yang tidak terhingga daripada saya. Di mana saya berada, apa amal yang saya lakukan, sudah awal-awal saya niatkan pahalanya untuk kalian semua. Untuk kita semua. Agar langkah kita akan seiring menapak ke dalam syurga tanpa ada yang tertinggal seorang pun. kerana CINTA KITA ADALAH CINTA SAMPAI SYURGA.

Isnin, 16 Januari 2012