1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang senatiasa menangis kerana takut akan Allah .Dan orang yang takut akan
Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah
saw di dalam syurga);
5.
Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
6.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu;
7.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap IHSAN dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8.
Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.
9.
Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
10.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
11.
Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia
taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya
12.
Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak
terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja
yang dikehendaki.
14.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.
19.
Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Subhanallah....
0 comments:
Catat Ulasan