Perbuatan
menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib
dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada
hadis dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda
Rasulullah s.a.w dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai
rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku? lalu ketika
menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan
sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas
ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri kepada nabi) adalah
lebih mulia dan lebih baik dari dirimu kerana dia mencintai nabi
salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya demi kebaikan. (Hadis riwayat
Bukhari , Nasaie dan Ibn Majah).
Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) untuk menyampaikan hajatnya kepada rasulullah melalui katanya :
“Wahai anak saudara pakcik ku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam)
Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi mulia yang utama dan disebut dalam hadis yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya : “Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian dari daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya.” (hadis riwayat Muslim)
Menawarkan diri kepada lelak tidak akan mengurangkan nilai dan maruah wanita tersebut di hadapan lelaki bahkan sebaliknya akan dihargai oleh lelaki sebagai wanita yang berani dan layak dihormati kerana kesanggupannya untuk melawan rasa malu dan berterus terang dengan dirinya sendiri. Walaubagaimanapun kita haruslah beringat bahawa tidak semestinya tawaran dan menawarkan diri itu selalu akan berhasil mendapatkan pasangan kerana boleh jadi si lelaki atau wanita yang ditawarkan itu sudah mempunyai pilihan hati atau telah tertarik kepada orang lain.
Maka hendaklah sentiasa redha dan sabar serta terus berusaha tanpa malu atau segan kerana pinangan kita telah ditolak oleh orang lain. Bahkan rasulullah, para sahabat radiallahuanhum sendiri pernah ditolak pinangan mereka dan hal itu tidaklah menjadikan mereka berputus asa kerana rahmat dan rezeki Allah SWT itu amat luas dan sentiasa terbentang untuk mereka yang beriman dan menyakini kebesaran-Nya
1 comments:
assalamualaikum
Syah
hakikatnya, masih ramai yang boleh dapat menghayati cinta sebenar..
cinta itu fitrah, perlu disempurnakan dengan tanggungjawab berpandukan syariat
Catat Ulasan