Buscar

Páginas

“Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!”

Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar apabila kita berat untuk melakukan sesuatu, namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan.
Dalam hati kita bermonolog, “Betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat”.
Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya,Adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan?
Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?

Timbul pula persoalan lain, adakah ikhlas itu akan datang tiba-tiba atau perlu dilatih?
Mari kita lihat firman Allah yang bermaksud:

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah:41)

Kewajipan Tetap Kewajipan

Daripada ayat yang dipaparkan kepada kita dalam surah at-Taubah tadi, jelas bahawasanya keberatan atau keringanan kita sedikitpun tidak mengubah syari’at sesuatu amal. Jika kita berasa berat untuk solat fardhu, solat fardhu tidak akan berubah menjadi sunat atau ditarik kewajipannya. Bukankah begitu?
Ertinya ikhlas ataupun tidak, kita tetap perlu melaksanakannya. Begitu juga dengan kewajipan-kewajipan lain seperti berdakwah, berbuat baik kepada ibubapa, menjaga silaturrahim sesama jiran tetangga, taat kepada suami, dan lain-lain. Sememangnya berat atau ringan itu akan muncul atau terdetik di hati kita namun kita tetap perlu melaksanakannya. Jadi, masihkah wajar kita berkata saat ini, “Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat?”

Jalan Menuju Ikhlas

Kadangkala kita suka membuat alasan dengan isu ‘tidak ikhlas’ sebagai jalan untuk kita lari daripada beramal. Kita sentiasa menunggu-nunggu ikhlas itu datang sedangkan kita tidak pernah berusaha mencarinya.
Bagaimana mencari ikhlas? Ya! dengan cara kita berusaha mengatasi ketidakikhlasan kita. Di peringkat permulaan, mungkin kita masih belum ikhlas sepenuhnya melakukan sesuatu ibadah. Jika kita terus meninggalkannya, adakah mungkin suatu hari kita akan mendapat ikhlas secara tiba-tiba? Mungkin juga..
Ingat, ‘mungkin juga’ ialah refleksi kepada ketidakseriusan dalam mendapatkan sesuatu. Namun, jika kita terus konsisten melakukan ibadah tersebut dan berusaha sedaya mungkin mengikhlaskan niat, lama-kelamaan kita akan dikurniakan Allah dengan rasa ikhlas yang tidak ternilai, insya-Allah.

Dalam surah al-Ahzab ayat 70-71, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung.” (Al-Ahzab:70-71)
Kita selalu beranggapan bahawa kita perlu benar-benar cukup bekalan dan sempurna sebelum melakukan sesuatu amal atau kerja dakwah di jalan Allah.
Lantas kita kaku dan tidak beramal.
Sedangkan Allah s.w.t. membawa perspektif bahawa dengan usaha kita melakukan sesuatu amal, Allah s.w.t. akan memperbaiki amal tersebut dan mengampuni dosa kita. Begitu juga dengan ikhlas.
Setelah kita berusaha melakukan amal dan cuba mengikhlaskan niat, Allah s.w.t. akan menyediakan ganjaran yang tidak ternilai buat kita.

Sebelum, Ketika, dan Selepas

Ada orang sudah mengikhlaskan niat sebelum beramal, tetapi ternyata ketika amal itu dilakukan, dia tertipu dengan ramainya orang yang melihatnya beramal dan mengagumi amalnya. Ada orang melepasi ujian ini dan terus beramal dengan ikhlas, namun setelah itu dia sibuk bercerita tentang amalnya kepada orang lain atas tujuan menunjuk-nunjuk. Atau minimum dia ingin orang lain mendengar tentang amalnya daripada mulut orang yang melihat. Bolehkah begitu?

Sesuatu amal itu perlu dijaga kesuciannya sebelum dilakukan, ketika, dan selepas dilaksanakan. Itulah semurni-murni amal yang tidak dicemari dengan ketidakikhlasan. Selagimana kita bermujahadah mengikhlaskan niat tatkala perasaan riya’, ‘ujub dan sum’ah terdetik di hati, kita masih dikira sebagai seorang mujahid yang akan diganjarkan oleh Allah kelak. Namun, tatkala kita larut dalam perasaan-perasaan mazmumah tadi tanpa sedikitpun upaya menyedarkan diri dan meluruskan niat, kita telah gagal dalam ujian ikhlas.

Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi taufik dan hidayah kepada kita dalam beramal di jalan-Nya dengan seikhlas hati. Semoga kita menghargai perjuangan orang-orang terdahulu yang dilanda ujian yang jauh lebih hebat dibanding ujian ringan yang kita rasakan berat. Namun, mereka masih teguh di atas kebenaran. Bagaimana dengan kita?Moga dipermudahkan. Amin..

“Aku cintakan diri-Mu kerana Allah!”

Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.

Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)

Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)

Di dalam sebuah hadis yang lain, nabi salallahualaihiwassalam juga pernah bersabda : “Jika seseorang dari kamu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya.” (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad serta Bukhari di dalam tarikhnya dengan makna yang sepertinya)

Kita juga disunnahkan untuk membalas ucapan cinta itu dengan doa yang berbunyi :

أحبك الله الذي أحببتني فيه

Maksudnya : “Semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku keranaNya.” (riwayat Abu Daud)

Bukti Cinta kerana Allah
1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah. 
Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, kuat tawakkal, selalu mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.
2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan.
3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah.
4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa.
5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah.

Sabda nabi salallahualaihiwassalam : “ Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)

Wanita meminang Lelaki.

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadis dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah s.a.w dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku? lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri kepada nabi) adalah lebih mulia dan lebih baik dari dirimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya demi kebaikan. (Hadis riwayat Bukhari , Nasaie dan Ibn Majah).

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) untuk menyampaikan hajatnya kepada rasulullah melalui katanya :

“Wahai anak saudara pakcik ku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam)

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi mulia yang utama dan disebut dalam hadis yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya : “Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian dari daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya.” (hadis riwayat Muslim)

Menawarkan diri kepada lelak tidak akan mengurangkan nilai dan maruah wanita tersebut di hadapan lelaki bahkan sebaliknya akan dihargai oleh lelaki sebagai wanita yang berani dan layak dihormati kerana kesanggupannya untuk melawan rasa malu dan berterus terang dengan dirinya sendiri. Walaubagaimanapun kita haruslah beringat bahawa tidak semestinya tawaran dan menawarkan diri itu selalu akan berhasil mendapatkan pasangan kerana boleh jadi si lelaki atau wanita yang ditawarkan itu sudah mempunyai pilihan hati atau telah tertarik kepada orang lain.

Maka hendaklah sentiasa redha dan sabar serta terus berusaha tanpa malu atau segan kerana pinangan kita telah ditolak oleh orang lain. Bahkan rasulullah, para sahabat radiallahuanhum sendiri pernah ditolak pinangan mereka dan hal itu tidaklah menjadikan mereka berputus asa kerana rahmat dan rezeki Allah SWT itu amat luas dan sentiasa terbentang untuk mereka yang beriman dan menyakini kebesaran-Nya

Panduan Menghadapi Bekas Kekasih/Pasangan

Dalam hidup ini tiada siapa yang boleh menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kekal kata kita tetapi akhirnya berpisah juga rupanya kemudian.Firman Allah SWT : “Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dilakukannya pada hari esok.” (Luqman : 34) Dunia bukanlah terlalu luas sehingga mustahil untuk kita saling tidak bertemu muka dengan bekas kekasih lama.
Pejam celik masa berlalu pantas tetapi dunia semakin mengecil dan menyempit sehingga kadang-kadang kita terpaksa berjiran dengan bekas kekasih atau kawan lama yang terputus. Ramai orang tidak tahu apa yang harus dilakukan jika bertemu dengan bekas kekasih, bekas tunang, bekas pakwe, atau bekas girlfriend yang suatu ketika dahulu begitu mesra dan akrab.Makan sepinggan, minum secawan bahkan ada yang lebih daripada itu.

Apa yang harus dilakukan ?Melarikan diri atau mengelak dari terus bertemu ? Mengelak dari bercakap atau bertentang mata ? Bagaimana jika bekas kekasih lama itu rakan sekerja dan bersama-sama menghuni kawasan perumahan kondominium yang sama atau kebetulan menaiki bas atau lift yang sama ?Baiklah, berikut ialah panduan untuk anda menghadapi bekas kekasih lama menurut panduan Islam setakat yang mampu saya catatkan.

1. Jangan takut menghadapi kesilapan lalu
Pertama sekali apabila ternampak kelibat bekas kekasih atau rakan lama yang pernah mempunyai hubungan rapat dan mesra dengan kita suatu ketika dahulu maka hendaklah kita jangan melarikan diri. Ramai orang mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dan mengelak dari dihantui rasa bersalah tetapi kemudiannya menderita akibat tekanan perasaan dan gangguan syaitan yang mempergunakan kisah-kisah lama untuk menghalang kita daripada maju ke depan dan menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik.
Setiap orang pernah berbuat silap!Tidak ada manusia yang bersih daripada kesilapan dan dosa kecuali rasul-rasul Allah SWT dan mereka sendiri sebagai manusia pun pernah berbuat silap dan ditegur oleh Allah SWT.
Bertaubatlah kepada Allah SWT atas dosa-dosa kita dan hadapilah ia dengan tabah dan berani serta yakin kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Allah tidak akan mempersia-siakan taubat orang yang ikhlas mahu membersihkan diri kepadaNya !
Firman Allah SWT : “Sesungguhnya taubat di sisi Allah ialah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa : 17)

Oleh yang demikian apabila ternampak bekas kekasih atau melihatnya di suatu tempat, buat seperti biasa dan teruskan urusan anda tanpa perlu takut atau bimbang dan jauh sekali melarikan diri atau mengelak. Serahkan kepada Allah SWT bahawa kejadian ini pasti ada hikmah dan teladannya. Seterusnya bacalah doa isti'azah (meminta perlindungan Allah SWT daripada syaitan) di dalam hati atau secara perlahan dengan menyebut :
اعوذباالله من الشيطان الرجيم
“ Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.”

Sesungguhnya meminta perlindungan daripada Allah terhadap segala keburukan dan kejahatan merupakan kewajipan kepada setiap muslim. Bahkan ianya termasuk perkara ibadah dan penghambaan seseorang kepada Allah dengan menjadikan Allah sebagai pelindung dan tempat memohon segala sesuatu.

2. Buktikan kita telah berubah dengan berani menampilkan diri
Tanda seseorang itu berubah ialah dia berani untuk menampilkan dirinya kepada orang lain dan tidak takut dengan celaan dan umpatan manusia kerana dia benar-benar mahu berubah dan tidak peduli dengan apa yang orang akan kata.
Kalau dahulu “free hair” , berambut “blonde” tetapi kini sudah bertudung dan berbaju kurung maka jangan malu menampilkan diri anda yang baru sekalipun mungkin akan mengundang kecaman dan celaan atau kritikan daripada mereka yang pernah rosak atau sezaman dengan diri anda yang dahulu.
Beranilah kerana benar !
Kita adalah peribadi yang baru dengan diri dan azam yang baru. Hadapi bekas kekasih jika dia berada di hadapan kita atau di sisi kita dengan penuh keyakinan bahawa dia sedang bertemu dengan seseorang yang telah bertaubat, telah berubah dan telah menjadi manusia yang menyerah diri kepada Allah SWT dan mahu menjadi seorang hamba yang berbakti kepada agamanya.
Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash’ari RA, daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.” (hadith riwayat Muslim)

3. Tegur jika perlu dan tunjukkan akhlak yang baik
Jangan sombong atau mendiamkan diri tanpa keperluan jika keadaan memaksa atau mendorong kita untuk bercakap dan bertegur sapa dengannya. Anda boleh dan diizinkan oleh syarak untuk menegurnya dengan memberi salam yang baik dan bertanya sapa sekadar perlu. Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An-Nahl : 90)
Islam ialah agama yang mementingkan akhlak yang baik. Buktikanlah diri anda sudah berubah dengan mempamerkan akhlak yang baik moga-moga jika dia telah berubah maka sebuah ukhuwah yang Islamik dan mulia dapat terhasil dan jika dia masih dalam perangai lama atau dalam kesesatan maka dia akan tersedar dan terpengaruh untuk turut berubah menjadi lebih baik dengan melihat akhlak kita.

4. Mendoakan bekas kekasih
Doa ialah suatu ibadah yang mulia dan mudah dilakukan. Ianya juga adalah sedekah yang paling mudah dibuat oleh seseorang. Jangan kedekut untuk berdoa dan mendoakan bekas kekasih agar dia mendapat kebaikan dan diberikan oleh Allah SWT dengan petunjuk atau hidayah seperti yang kita perolehi. Firman Allah SWT : “Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali-Imran : 134)
Biarlah betapa pahit pun kenangan yang dilalui bersama-sama dahulu sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih. Mendoakan bekas kekasih bermaksud kita sebenarnya telah berjaya memaafkan kesalahan diri kita sendiri dan mampu menghadapi peristiwa lalu dengan ketabahan dan kekuatan jiwa yang kuat.

5. Mengelak dari menjalin hubungan atau komitmen yang tidak perlu
Elakkan apa yang tidak perlu seperti berbual kosong atau berbual dalam perkara yang tidak wajar atau perkara-perkara yang sensitif dan melampaui batasan normal. Juga tidak perlu melayan kerenah bekas kekasih seperti menyuruh kita mengingati kisah lama atau menyatakan perasaan kita sekarang terhadap dirinya atau memberikan dia harapan atau komitmen terhadap pertemuan tersebut.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Antara ciri kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak perlu baginya.” (hadith riwayat Tirmidzi)
Anggapan pertemuan itu ialah suatu ujian dan cubaan daripada Allah SWT untuk melihat apakah kita benar-benar telah berubah dan bersedia menghadapi kesilapan lalu dengan jiwa yang lebih tabah dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik.
6. Kesilapan lalu bukan penghalang kita untuk membina hidup baru
Ingatlah apa yang penting ialah bukan bagaimana kita bermula tetapi ialah bagaimana kita akan berakhir. Semua orang dilahirkan dalam keadaan fitrah tetapi berapa ramai yang akhirnya meninggalkan dunia ini dengan kebaikan dan fitrah yang bersih ?
Tidak penting siapa kita ini dahulu apakah seorang samseng jalanan atau pelacur murahan tetapi apa yang penting ialah siapa diri kita pada hari ini dan apa yang akan terjadi kepada diri kita pada hari esok !
Firman Allah SWt : “Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.” (Al-Furqan : 71)
Tetapkan hati dan jiwa kita untuk beriman dan percaya kepada Allah SWT dan berusaha memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik daripada dahulu tanpa perlu lagi memandang ke belakang.
Majukan langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan ketabahan !
7. Apa yang penting pilihan kita hari ini !
Kita ialah apa yang kita pilih untuk jadi. Jika kita memilih untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa maka kita adalah apa yang kita pilih. Oleh yang demikian apa yang penting ialah pilihan kita dan keberanian kita untuk meneruskan langkah ke hadapan.

Kehidupan tidak pernah mudah.
Firman Allah SWT : “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwal dirimu.” (Muhammad : 31)
Kehidupan ini memang diciptakan oleh Allah SWT untuk menguji kita dan menghancurkan hati-hati kita agar menyerah kalah dan kecewa serta rebah.
Tetapi kita diberi pilihan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjalanan dan untuk memilih tidak mengaku kalah dan bangkit semula daripada kegagalan dan kekalahan !
Firman Allah SWT : “Tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan mensia-siakan amalan mereka.” (Muhammad : 4)
Apa yang penting bukanlah sekuat mana kita diuji tetapi sekuat mana kita tahan diuji. Ketahanan dan ketabahan untuk tidak mengaku kalah dan bangkit daripada kesilapan lalu untuk memperbaiki kehidupan yang akan datang adalah bukti kita benar-benar beriman kepada janji-janji Allah SWT untuk mereka yang percaya kepada hari akhirat dan syurga yang indah. Jangan mengaku kalah kepada kenangan lama!

Salasilah Keturunan Nabi Akhir Zaman, Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum wbh,
Ramai di antara kita mengetahui tentang salasilah keturunan Rasulullah saw, dan ahli keluarga baginda saw. Kita semua tahu bahawa ayah baginda saw bernama Abdullah, dan ibu baginda saw bernama Aminah. Kita juga tahu datuk baginda saw bernama Abdul Muttalib, dan bapa saudara baginda Abu Talib, dan juga Abu Lahab, atau nama sebenar beliau Umar ibnu Hisyam. Kita lihat nama beliau di dalam doa baginda saw, “Ya Allah, islamkanlah salah satu Umar (iaitu samada Umar ibnu Hasyim, aka Abu Lahab, atau Umar ibnu Al-Khattab)”. Maka Allah swt menjawab doa baginda saw dengan islamnya Umar ibnu Al-Khattab.

      Suka penulis bawakan bahawa Rasulullah saw merupakan keturunan susur jalur yang terus kepada nabi Allah Ibrahim as. Kerana itu ada ayat-ayat di dalam Al-Quran, dan juga hadis-hadis baginda saw yang menyebut Ibrahim as sebagai ayah baginda saw, kerana di dalam bahasa Arab, ayah juga boleh diertikan sebagai ayah kandung, datuk dan ke atas. Firman Allah swt, “Jalan (iaitu Islam ini adalah jalan) ayah kamu, Ibrahim. Dialah yang menamakan kamu Muslimin”. Juga kita lihat di dalam hadis baginda saw sewaktu baginda saw mendapat seorang anak lelaki bersama hamba baginda saw, Mariam Qibtiyah, “Aku menamakannya sempena nama ayahku, Ibrahim”.

          Bahkan paras rupa Rasulullah saw itu sendiri juga sangat-sangat mirip kepada Nabi Allah Ibrahim as. Ini dibuktikan di dalam hadis baginda saw, ketika baginda diangkat Allah swt ke langit ketika Isra’ Mi’raj, dan baginda saw bertemu dengan Nabi Ibrahim as. Sabda baginda saw di dalam menceritakan tentang rupa paras Ibrahim as kepada para sahabat, “Andaikata kamu semua melihatnya (Ibrahim), pasti kamu akan sangka dia adalah rakanmu (iaitu, pasti kamu menyangka dia adalah aku Muhammad, kerana rupa mereka mirip)”. Takjub sungguh rasa penulis ketika membaca hadis ini, kerana secara langsung Allah swt telah mengisyaratkan kita kepada tabiat genetic, ribuan tahun sebelum kajian tentang genetic keturunan dimulakan!

       Adapun Rasulullah saw berasal dari keturunan Nabi Ibrahim as, dari jalur keturunan Ismail as. Ingatkah bahawa Nabi Ibrahim as dikurniakan dua orang anak sewaktu usia tua baginda as? Firman Allah swt di dalam merakamkan doa Nabi Ibrahim as, “Segala puji Allah, yang telah mengurniakan kepadaku di usia tuaku Ismail dan Ishaq, sungguh Tuhanku sangat-sangat mendengar permintaa”. Ini merupakan noktah sejarah yang sangat perlu kita ambil perhatian, kerana orang-orang Kristian tidak mengiktiraf akan adanya Ismail as, bahkan mereka mendakwa bahawa Ishaqlah yang terlibat di dalam peristiwa Nabi Ibrahim as diarahkan agar menyembelih anaknya. Ini kerana dari susur galur Ishaqlah lahirnya yang kita kenali sekarang sebagai Bani Israil, atau Yahudi, yang mana akhirnya lahirnya Isa as, Tuhan (?) mereka.
       Adapun nama Bani Israil itu, bererti ‘anak-anak Israil’, dan Israil adalah nama lain bagi Nabi Ya’qub as. ‘Isra’ di dalam bahasa Ibrani (Yahudi) bermaksud hamba, dan ‘il’ bermakna ‘Tuhan’, atau Allah. Maka Israil itu sendiri bermaksud ‘hamba Allah’, atau di dalam bahasa Arab selalu kita kenali sebagai ‘Abdullah”. Dari jalur Nabi Ishaq as, lahir Nabi Ya’qub as, kemudian Yusuf as, dan seterusnya cucu keturunan mereka, Bani Israil aka Yahudi.
       Manakala dari jalur Ismail as, lahirlah keturunan Arab, yang mana kita masih ingat kisah Nabi Ismail as ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim as bersama ibunya Hajar, di lembah Bakkah, yang kini kita kenali sebagai Mekah Al-Mukarramah. Mereka kekal menetap di situ sehingga lahir cucu keturunan mereka, iaitu kaum Arab. Dan seterusnya dari kaum Arab ini, adanya kaum Quraisy, kemudian adanya Bani Hasyim, dan seterusnya dari situlah lahirnya kekasih kita Muhammad saw.
      Penulis juga ingin menceritakan di sini tentang kisah bagaimana datuk baginda saw mendapat nama ‘Abdul Muttalib’, dan juga bagaimana mereka dikenali sebagai Bani Hasyim.
Suatu ketika dahulu, terdapat dua orang adik-beradik, seorangnya bernama Hasyim, dan seorang lagi bernama Muttalib. Maka dikatakan Hasyim telah berhijrah ke Yathrib (yang kini kita kenali sebagai Madinah), dan Muttalib pula kekal di Mekah. Ketika Hasyim di Yathrib mendapat cahaya mata, dia menamakan cahaya matanya itu Muttalib, sempena nama saudara kandungnya di Mekah. Setelah kematian Hasyim, rakan-rakannya telah menghantarkan berita kepada Muttalib di Mekah, menceritakan tentang kematian saudaranya, dan meminta agar dia datang ke Yathrib untuk mengambil anak saudaranya ke Mekah. Setibanya di Mekah, orang ramai melihat Muttalib membawa anak saudaranya, yang juga bernama Muttalib, di belakang kudanya. Di zaman ini, seorang budak yang dibawa naik bersama menunggang kuda adalah biasanya hamba si penunggang kuda, maka dari itulah budak tersebut mendapat gelaran ‘Abdul Muttalib’, iaitu ‘hamba Muttalib’, dan Abdul Muttalib itulah datuk Rasulullah saw.

Penulis juga ingin menceritakan tentang hikmah dan faedah kita mengetahui nama ayah dan ibu baginda saw.
Kata Aisyah ra, terdapat empat cara perkahwinan masyarakat jahiliyyah sebelum datangnya Islam, dan ia adalah:-
i) jika seorang wanita mempunyai kenginan untuk menjalinkan hubungan, dia akan menggantungkan kain, atau meletakkan tanda pada pintu rumahnya. Mana-mana lelaki yang juga sedang berkeinginan akan memasuki rumah tersebut, dan jika mereka bersetuju, hubungan akan terjadi dan jika terhasil anak dari hubungan tersebut, lelaki tersebut akan bertanggungjawab menjaga anak tersebut. Lihat bagaimana walaupun mereka masyarakat Jahiliyah, mereka lebih bertanggungjawab dari jahiliyah moden zaman kita ini, yang sanggup membuang anak di dalam tong sampah. 

ii) ‘perkahwinan’ yang mana seorang wanita menjalinkan hubungan serentak dengan beberapa orang lelaki, dan jika wanita tersebut mengandung, dia akan membawakan bayi tersebut kepada mana-mana lelaki tadi, dan dia akan bertanggungjawab dengan bayi tersebut.

iii) ‘perkahwinan’ di mana jika seorang lelaki yang mempunyai isteri, dan mahukan anak dari keturunan pahlawan, maka dia akan menghantarkan isterinya untuk hidup bersama pahlawan tersebut, seperti hidupnya suami isteri. Apabila isterinya sudah mengandung, maka pahlawan tersebut akan menghantar pulang isterinya, dan anak tersebut akan dikira sebagai anak lelaki tersebut.

iv) perkahwinan melalui akad pernikahan yang sah, yang sebagaimana yang kita ketahui sekarang.

         Penting bagi kita mengetahui nama ibubapa baginda saw, kerana dari nama mereka kita boleh mengetahui manakah cara perkahwinan mereka, kerana dari cara perkahwinan mereka lahir Rasulullah saw. Penting bagi kita bahawa Rasulullah saw dilahirkan dari akad nikah yang sah dan murni, dan baginda saw bukankah anak luar nikah.
      Penulis juga ingin ketengahkan di sini tentang apakah agama Nabi Muhammad saw, serta beberapa orang sahabat baginda saw, sebelum Allah mengangkat baginda saw menjadi nabi dan rasul akhir zaman. Adakah baginda menyembah berhala? Adakah baginda pernah menghulurkan korban kepada sembahan-sembahan kafir Quraisy?
       Agama yang diikuti oleh Rasulullah saw sebelum baginda diangkat menjadi rasul, ialah agama yang kita kenali sebagai Al-Hunafa’, iaitu mereka menyembah Allah swt, dan mereka solat dan beribadah kepada Allah swt mengikut cara yang telah diwariskan oleh Ibrahim as. Maka Muhammad saw, Abu Bakar dan juga Ali ibni Abu Talib ra, kesemuanya adalah dari golongan ini, maka mereka tidak pernah menyembah berhala atau apa-apa amalan syirik.
Sesungguhnya Allah swt telah memelihara Rasulullah saw dari sebarang bentuk syirik dan maksiat, sejak dari sebelum kebangkitan baginda saw menjadi rasul lagi. Kerana itulah kita katakana bahawa perihal hidup baginda saw sebelum diangkat menjadi rasul juga termasuk di dalam definisi sunnah.

‎5 orang yang mirip wajah RASULULLAH S.A.W:

1. Jaafar bin Abi Tolib-
2. Abu Sufian bin Haris bin Abdul Mutalib.
3. Qasam bin al-Abbas.
4. As-Saib bin Ubaid bin Abd.Manaf.
5. al-Hassan bin Ali bin Abi Tolib.

Fatimah Az-zahra Menuntut Keadilan

FATIMAH az-Zahra adalah puteri bongsu nabi Muhammad, hasil perkahwinannya dengan Khatijah. Fatimah dilahirkan pada tahun ke-5 setelah nabi Muhammad diutus menjadi Nabi, bertepatan dengan tiga tahun setelah peristiwa Israk dan Mikraj. 

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadilakhir tahun 605 Masihi semasa masyarakat Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.

Siti Fatimah mendapat gelaran as-Siddiqah (wanita terpercaya); at-Tahirah (wanita suci), al-Mubarakah (yang diberkati Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Az-Zahra (yang cemerlang). 

Beliau juga digelar Al-Batul, iaitu yang menumpukan perhatian kepada ibadah dan menjauhi keduniaan. Fatimah selalu bersujud ketika setiap kali berasa lapar dan berzikir setiap kali berasa susah.

Fatimah mencintai ayahandanya melebihi cintanya kepada siapa pun. Apabila ibunya meninggal dunia ketika berusia enam tahun, Fatimah sentiasa berusaha untuk menggantikan peranan ibunya. 

Fatimah sentiasa mengajak nabi berbual-bual dengan kata-kata yang menggembirakan dan menyenangkan hati nabi. 

Justeru nabi memanggilnya dengan panggilan manja Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh Fatimah kepada ayahnya.

Fatimah mempunyai tiga orang kakak iaitu Zainab, Rugayah dan Ummi Kalsum. Fatimah adalah anak yang paling dicintai dan dikasihi nabi sehingga beliau berkata, "Fatimah adalah darah daging saya, apa yang menyusahkannya juga menyusahkan saya dan apa yang mengganggunya juga mengganggu saya". 

Fatimah menyerupai ayahnya dari sisi rupa dan akhlaknya. Ummu Salamah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah. 

Demikian juga dengan Aishah yang pernah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya.

Zaman kanak-kanaknya diwarnai oleh pelbagai penentangan yang ditujukan kepada agama Islam yang dibawa oleh ayahnya. 

Penyeksaan, celaan yang keji, gangguan mental dan fizikal dan fitnah dilakukan oleh golongan kafir Mekah terhadap umat Islam. 

Allah telah mengurniakan Fatimah dengan sifat lemah-lembut, cerdas dan berani yang tidak dimiliki oleh kanak-kanak lain yang seusianya. Fatimah melihat cabaran dan dugaan yang menimpa keluarga terutama pengalaman pahit yang menimpa ayahnya. 

Cabaran dan dugaan itu mampu difahami oleh Fatimah pada usia yang muda dan ini telah mendewasakan pemikiran Fatimah supaya cekal menghadapinya dengan lebih cekal dan berani.

"Uqbah bin Abi Muit menyimbah kotoran unta pada ayah kamu yang sedang bersujud di Kaabah!," kata seorang wanita kepada Fatimah yang sedang duduk di rumahnya.

"Apa! Sampai hati mereka berbuat demikian kepada ayah saya," jawab Fatimah yang bergegas keluar dari rumahnya.

Fatimah berlari sekuat hati menuju ke arah Kaabah. Jantungnya berdegup dengan pantas memikirkan apa yang telah berlaku pada ayahnya. Apabila sampai di hadapan Kaabah, Fatimah melihat pembesar-pembesar Quraisy sedang ketawa kuat sambil menunjuk jari mereka kepada ayahnya.

Beliau pantas menghampiri ayahnya yang tengah bersujud di Kaabah. Fatimah melihat perut-perut unta yang berdarah dan bernajis di atas kepala ayahnya. Beliau membersihkan kotoran itu dengan pantas. 

Air mukanya kelihatan sedih bercampur geram kerana kotoran itu terpalit keseluruhan jubah ayahnya. Fatimah bangun dan menghampiri Uqbah bin Abi Muit dan pembesar Quraisy lain yang berdiri sombong bongkak tanpa perasaan takut. 

Beliau menjeling tajam kepada semua wajah-wajah itu dengan air mukanya yang benar-benar marah dengan tindakan mereka terhadap ayahnya.

"Mengapa kamu melakukan perkara keji ini kepada ayah saya?" tanya Fatimah dengan nada keras dan marah.

"Suka hati kamilah. Mari kita tinggalkan tempat ini. Puas hati saya melihat jubah Muhammad penuh dengan kotoran unta," kata Uqbah lalu beredar dari situ bersama pembesar Quraisy lain meninggalkan Fatimah yang masih sedih dan marah.

Pada satu peristiwa lain pula, Fatimah sedang berjalan di sebuah lorong ketika berselisih dengan Abu Jahal yang terkenal dengan permusuhannya terhadap agama Islam. 

Abu Jahal menahan Fatimah lalu menampar muka Fatimah beberapa kali. Fatimah terkejut dengan perbuatan Abu Jahal terus berlari menuju khemah pemimpin Quraisy yang sedang duduk berbincang.

"Ya Abu Sufian, ketua pemimpin Quraisy. Saya ingin mengadu tentang sikap buruk Abu Jahal yang tiba-tiba menampar muka saya tanpa sebab. Saya mahu keadilan!," kata Fatimah di hadapan Abu Sufian tanpa perasaan takut.

"Apa! Abu Jahal menampar kamu tanpa sebab. Pergi panggil Abu Jahal ke sini," arah Abu Sufian kepada pengawal di sebelahnya.

Abu Jahal pun datang dengan tergesa-gesa menuju khemah tempat pemimpin-pemimpin Quraisy sedang berbincang. 

Dia tak menyangka Fatimah akan datang mengadu kepada Abu Sufian tentang perbuatannya terhadap Fatimah. Dia berharap Abu Sufian akan menyebelahinya dalam perkara itu. 

Dia masuk ke dalam khemah itu dengan muka sombong memandang wajah Fatimah yang kelihatan tenang.

"Mengapa kamu menampar muka Fatimah tanpa sebab, Abu Jahal?," tanya Abu Sufian.

"Sahaja. Saya geram dengan ayahnya". Jawab Abu Jahal dengan bongkak.

"Kamu tak ada hak berbuat demikian terhadap budak kecil ini," kata Abu Sufian lalu memandang wajah Fatimah.

"Hulur muka kamu supaya Fatimah boleh menampar muka kamu," arah Abu Sufian kepada Abu Jahal yang kelihatan terkejut mendengar keputusan Abu Sufian itu.

Fatimah tidak melepaskan peluang itu untuk menampar muka Abu Jahal yang selama ini banyak menyakitkan hati ayahnya. Beliau menampar muka Abu Jahal dengan sekuat hati dan pulang dengan hati gembira ke rumahnya. 

Fatimah menceritakan perkara yang berlaku itu kepada ayahnya. Nabi gembira kerana Abu Sufian telah memberikan keputusan yang adil kepada aduan anaknya.

Belajar ilmu ketuhanan?

Assalamualaikum wbt..
Hari ini mendapat mesej dr seorang hamba Allah, bertanyakan adakah saya belajar ilmu ketuhanan… orang yang kurang ilmu macam saya ini kadang-kadang hilang kata-kata, saya bukanlah orang yang tahu banyak ttg agama…
Saya sedang belajar agama…x mungkin saya tahu akan segala-galanya.
Namun dari dasar itu, saya cuba mengetahui apakah ilmu ketuhanan yang dimaksudkan itu… rasa kurang diri bila tak cuba memahami apa itu ilmu ketuhanan..namun sedar kebatasan ilmu kadang menyukarkan saya untuk mengetahui segala-galanya… Tiada daya upaya selain dari Allah swt.

Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tetapi Ilmu Hati

Belajar ilmu hitung atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa berTuhan, tidaklah heran
Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu
Tidak terasa berTuhan, perkara biasa
di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular
Langsung tidak percaya
adanya Tuhan yang Maha Esa
Tapi yang lebih aneh, orang yang belajar
Ilmu keTuhanan
Hingga jadi ulama, tidak rasa berTuhan
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu keTuhanan
pun tidak berTuhan
Kerana mereka belajar ilmu aqidah
dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa berTuhan
Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan
Di segi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak
berlaku atau tidak ada
Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan
orang berTuhan
Kehidupannya tidak mempedulikan syariat
Sekalipun bisa memperkatakan Al Quran
Atas alasan ilmu semata-mata
Padahal ilmu keTuhanan hendaklah dirasa oleh Jiwa
Ilmu keTuhanan bukan ilmu akal tetapi ilmu rasa
Orang yang “percaya” Tuhan, hidup macam tidak
berTuhan
Orang “terasa” berTuhan, orang yang takut dengan
Tuhan sekalipun ilmunya kurang
Mereka yang rasa berTuhan yang menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa berTuhan itu adalah fitrah bagi setiap insan
Lantaran itulah rasa berTuhan itu harus disuburkan
di dalam jiwa manusia
Tidak cukup sebatas akalnya percaya adanya Tuhan

(Syeikh Imam Ashaari Muhammad AtTamimi)

Semua ilmu menuju kepada ALLAH.
Ilmu sains,perubatan,Ekonomi,Pentadbiran dan sebagainya.
Contoh ilmu sains;-
AIR: Sains mengatakan air terbina dari 2 unsur iaitu
H2O. Kuasa siapakah yang menyatukan H dan 2O itu?
Fikir lah sajenak? Anda pasti tahu jawapannya.

Contoh ilmu Perubatan:-
Air: Seorang pengamal perubatan kampung air digunakan
sebagaipenawar,Air yang sama tetapi digunakan untuk
pelbagai penyakit. Fikirlah dimanakah terletaknya
ubat itu?

Contoh Ekonomi:-
Air: Seseorang yang berniaga air ABC keluar waktu pagi
8;00am dan pulang kerumah jam 6:00 mendapat rezki
RM150 Tetapi keesokannya dia keluar tengah hari
12:15pm dan pulang 6:00pm dan mendapat rezki RM200.
Siapakah yang sebenarnya yang memberi rezki itu?

Contoh Pentadbiran:-
Air: Air hujan yang turun setiap tahun tidak ada bezanya
dengan tahu yang sebelumnya.Hujan yang turun itu
untuk tumbuhan-tumbuhan yang tidak sempat di siram
oleh manusia.Tumbuhan-tumbuhan itu amat berguna untuk
penduduk bumi kerana ia mengeluarkan oksigen.
Pentadbiran siapa kah yang bijak ini?

Sebagai kesimpulan,ilmu yang wujud di dunia ini semuanya hendak
mengambarkan kewujudannya (ALLAH). maka betul lah apa yang dikatakan
duakalimah syahadah itu. Tiada yang Wujud kecuali ALLAH.Oleh itu janganlah
ragu dengan apa-apa ilmu di dunia ini,yang penting ingat ALLAH dan Brepandukan AL-Quran dan sunah Rasullulah.

______________________________________________
Setiap manusia dimuka bumi ini mengakui adanya tuhan walaupun seseorang itu tidak beragama.

Buktinya: Dan demi sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya (kepada mereka yang musyrik) itu:"Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"Sudah tentu mereka akan menjawab:"Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Mengetahuinya".
(surah az-Zukhruf 43:ayat 9)

*Walaupun sesuatu tamadun itu tidak mempunyai kota dan istana yang indah.Tetapi setiap tamadun mempunyai tempat beribadat.

(Ahli sejarawan Yunani)

Untuk bercerita tentang ilmu ketuhanan saya seorang yang kurang ilmu tidak mampu menjelaskan apakah kaitan ilmu tasawwuf, tassawur dan sebagainya lagi dgn ilmu ketuhanan…takut bila salah, bila tidak faham saya akan dipertanggungjawabkan kerana menyampaikan yg bukan ilmu kepakaran saya… saya juga sedang berusaha mempelajarinya…Ilmu Allah ini begitu luas, tidak terhabis dalam satu hari untuk mempelajarinya…

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LA I LAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN

* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:
* Forward kepada orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

Wassalam

4 5 `/L ass=MsoNormal> 

#Semua Umat Muhammad s.a.w akan Masuk syurga kecuali yang melakukan dosa syirik.

"Ya Allah kami bersyukur kepada-Mu atas nikmat Islam dan nikmat Iman yang engkau berikan kepada kami"

Betapa besar rahmat Allah Ta'ala kepada manusia khususnya kepada umat Muhammad s.a.w dibandingkan dengan kemurkaan-Nya, sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda dari sahabat Abu Hurairah ra:

"Ketika Allah selesai menc
iptakan makhluk, Dia menulis di dalam kitab-Nya, kitab itu disisi-Nya, di atas `arsy, `Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan kemurkaan-Ku'" (HR. Bukhari)

Dari Abu Dzar ra., bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jibril berkata kepadaku, `Barangsiapa meninggal dalam keadaan tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, maka dia pasti masuk syurga atau tidak masuk neraka'". Abu Dzar ra., berkata, "Dan meskipun dia berzina dan meskipun dia mencuri ?", Beliau SAW bersabda, "Dan meskipun" (HR. Bukhari)

Dan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Diampunkanlah seorang wanita penzina yang melewati anjing (yang berada) di atas sumur yang menjulurkan lidahnya dan hampir mati kerana kehausan, lalu wanita itu melepas sepatunya dan diikat dengan kerudungnya lalu ia membawa air kepada anjing itu maka (dia, wanita itu) diampuni karenanya" (HR. Bukhari).

Dari Anas bin Malik ra., bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Syafa'atku akan diberikan bagi pelaku dosa besar dari umatku" (HR. Abu Dawud no. 4739, At Tirmidzi no. 2435, Ibnu Hibban no. 2596, Ibnu Abi Ashim no. 832, Ahmad III/213 dan Al Hakim I/69, At Tirmidzi mengatakan, "Hadits ini hasan shahih")

Dari Abdullah bin Abbas ra., bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidaklah seorang muslim pun yang meninggal lalu ia dishalatkan oleh sebanyak 40 orang laki ? laki yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu pun kecuali ia akan memperoleh syafa'at atau tertolong oleh mereka" (HR. Muslim, Ahmad dan Abu Dawud)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya" (QS An Nisaa' 48)

ADAB DAN HAK TERHADAP IBU BAPA.

1. Mentaati ibu dan bapa dlm semua hal kecuali perintah melakukan maksiat.
2. Berbicara dgn keduanya dgn sopan dan lemah lembut.
3. Bangun mghormati keduanya apabila mereka dtg.
4. Mencium tangan keduanya stp pagi dan petang.
5. Memelihara nama, kehormatan serta harta benda mereka.
6. Memuliakan mereka dan mberi apa yg mereka pinta.
7. Berbincang dgn mereka dlm sga
la pkerjaan n urusan.
8. Merbanyakkan doa dan memohon ampun utk mereka.
9. Sentiasa berusaha mgembirakan dan myenangkan mereka.
10. Tidak mengangkat suara di hadapan mereka.
11. Tidak memotong percakapan mereka.
12. Tidak keluar tanpa keizinan mereka.
13. Tidak memeranjatkan mereka jika mereka sdg tidur.
14. Tidak melebihkan isteri dan anak dari mereka berdua.
15. Tidak mencela mereka jika mereka mlakukan sstu yg tidak memuaskan.
16. Tidak tertawa didalam majlis mereka, jika x ada sebab yg menarik utk ketawa.
17. Tidak memakan makanan yg ada disisi mereka.
18. Tidak memakan makanan dlm satu hidangan mendahului mereka.
19. Tidak berbaring atau tidur sedangkan mereka msh lg duduk kecuali mereka  mengizinkannya.
20. Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka.
21. Tidak berjalan mendahului mereka.
22. Menyahut panggilan mereka serta merta apabila mereka memanggil.
23. Memuliakan sahabat2 mereka khususnya sesudah mereka mati.

Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memeliharaku dgn penuh kasih sayang pada waktu kecil (Surah al-Isra' : 24)

Redha Allah letak pada redha ibu bapa.

Bersyukurlah kpd yg masih mempunyai ibu bapa, kerana dgn menjaga dan melayan mereka dgn penuh kasih syg, Allah akan mberikan pahala...

Kirimkan doa dan sedekah utk ibu bapa yg telah ada...kerana itulah bekalan disana...doa anak yg soleh.

Semoga kita semua menjadi anak yg soleh dan solehah, Ameen ya Rabb Alamin.

#Beriman kpd Malaikat adalah Rukun Iman kedua.

Drpd Abu Umamah r.a drpd Nabi s.a.w sabdanya bermaksud:

Malaikat yg di sebelah kanan (Yg menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kpd yg sebelah kiri, maka apabila seseorg itu mlakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi 10 kebaikan yg disebut dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan, lalu malaikat yg disebelah kiri hendak menulisnya, lalu malaikat disebelah kanan berkata: 'Tungg
u dahulu', lalu dia menunggu selama 6 atau 7 jam, maka jika org tu beristigfar drpd pbuatan jahat itu, tidaklah ditulis sstu pun, dan jika dia tidak meminta ampun kpd Allah, dituliskan baginya satu kejahatan shj. (Hadis riwayat at-Tabrani).

1.Malaikat Jibril; menyampaikan wahyu kpd rasul dam nabi.
2. Malaikat Mikail; Membahagikan rezeki kpd seluruh makhluk.
3. Malaikat Izrail: Mengambil nyawa sekalian makhluk.
4. Malaikat Israfil; Meniup sangkakala ketika kiamat nanti.
5. Malaikat Raqib dan Atid; Mencatat amalan baik dan jahat.
6. Malaikat Munkar dan Nakir; Menanyakan soalan didalam kubur.
7. Malaikat Malik; Menjaga neraka.
8. Malaikat Ridhwan; Menjaga syurga.

SYAFAAT 'UZMA.

Ertinya pertolongan terbesar yg diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kpd semua makhluk. Rasulullah s.a.w berdoa kpd Allah agar disegerakan hisab ke atas umat manusia lalu diperkenankan Allah. 

Drpd Ibu Umar r.a katanya, ''Aku telah mendengar Rasulullah s.aw bersabda;
Sesungguhnya matahari akan dekat atas kepala manusia sehingga air peluh sampai ke paras telinga, maka dlm masa mereka
berkeadaan demikian, mereka meminta ptolongan drpd Nabi Adam a.s. Lalu beliau menolak dan berkata: Aku bukanlah orang utk itu. Kemudian mereka meminta pula kpd Nabi Musa a.s. Dia menjawab dgn jwpn yg sama spt Nabi Adam. Akhir sekali mereka dtg menemui Nabi Muhammad s.aw memohon syafaatnya, lalu Rasulullah mengemukakan syafaatnya. Setelah itu Allah Taala akan memulakan perbicaraan utk menghakimi khalayak yg ramai itu.., maka pd waktu itu Allah mengangkatnya (Nabi Muhammad s.a.w) ke martabat ''Maqaman Mahmuda'' (maqam paling terpuji) yg dipuji oleh semua makhluk yg ada di padang Mahsyar''.

Selain drpd Nabi Muhammad s.a.w, nabi-nabi yg lain, para alim ulama', para syuhada juga diberikan keistimewaan oleh Allah utk mereka mberi syafaat masing2.

Syafaat itu adlh syafaat kecil, spt memasukkan seseorg ke dalam syurga tanpa hisab.

Awak wanita solehah?..awak ustazah?

#Solehah itu tidak terzahir melalui status2 facebook, twitter, blog dsb.. Bukan juga dgn menyertai program solehah, ustazah pilihan atau gadis melayu... Solehah itu tidak diukur dgn tudung, pakaian atau adabnya ketika berbicara...

Solehah itu ialah satu cara memperbaiki diri menjadi lebih baik disisi Allah swt, sbg seorang hamba, anak, wanita atau isteri. 
Kita membentuknya dgn ilmu agama dan mem
praktikkanya dlm kehidupan. Solehah adlh proses yg berterusan mendekatkan diri dgn Allah dan mendapat tempat yg lebih baik disisiNya.
Semua wanita berpotensi menjadi solehah...
Masa silam yg buruk boleh diperbaiki...

Saya sendiri masih berusaha,..
Nilai disisi Allah yg patut dikejar.
Insyaallah, moga kita semua menjadi hamba yg baik, ameen,

p/s: oh ya, saya sarankan buku bertajuk ''111 wasiat Rasulullah s.a.w utk wanita solehah'' karya Drs. Kasmuri selamat. Sebuah buku yg sesuai utk kita jadikan panduan...

Selamat malam semua...
Tidolah awal, jd boleh bangun utk istiqarah ataupun tahajjud nnt..
Assalamualaikum wbt.

(Gembiranya jd anak perempuan)

Rasulullah bersabda:

''Barangsiapa yg mengasuh atau memelihara dua anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat, aku dgn dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya'' (HR. Bukhari dan Muslim)

''Barangsiapa yg mdapat kesusahan disebabkan mempunyai anak2 perempuan, ttp dia ttp blaku baik kpd mereka, nanti pada hari kiamat mereka akn menjadi dinding baginya dr api neraka'' (HR. Bukhari dan Muslim)

''Barangsiapa yg memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga'' (HR. Tarmizi dan Abu Daud).

Aurat!

Berbalik kepada persoalan mendedah aurat belum confirm masuk neraka. Jika berpandukan kepada Hadis Nabi SAW, memang confirm dedah aurat masuk neraka. Bukan hanya sekadar masuk neraka malah menghidu bau syurga pun tidak mampu.

"Dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw beliau berkata: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini ; pertama, satu kaum yang membawa cemeti seperti 
ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang (tidak menutup aurat dengan sempurna). Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian" (HR. Muslim).

Antara dalil lain yang boleh digunakan bagi menjawab persoalan wanita yang membuka aurat dengan sengaja walaupun tidak menentang kewajipan menutup aurat, kompom masuk neraka atas dalil:

"Rasulullah s.a.w bersabda: Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan? Baginda menjawab: Barangsiapa yang taat kepadaku, dia masuk syurga dan barangsiapa yang melanggar perintahku, dia telah enggan.
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Di dalam peristiwa israk mikraj pun Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa baginda melihat perempuan yang digantung rambutnya dalam neraka hingga menggelegak otak kepalanya atas kesalahan tidak menutup rambutnya daripada bukan mahramnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Syurga dan neraka berdebat. Lalu syurga berkata, “aku dimasuki orang-orang lemah dan miskin.”
Neraka berkata: “Aku dimasuki orang-orang yang suka menindas dan sombong.”

Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada neraka: “Sesungguhnya engkau adalah seksa-Ku, dan Aku menyeksa orang-orang yang Kuhendaki denganmu.”
Kemudian Allah s.w.t. berfirman pula kepada syurga: “Engkau adalah rahmat-Ku, dan Aku merahmati siapa sahaja yang Aku kehendaki. Setiap kamu akan diisi hingga penuh." (Riwayat Al-Bukhari, no. 2846)
Akan tetapi, jika kita sendiri mempersoalkan suruhan Allah dengan membidas bahawa buat baik belum confirm masuk syurga atau buat jahat belum confirm masuk neraka, tak rasa malukah nak mengharap rahmat Allah terhadap kita? Tak rasa malukah nak menumpang syurga Allah?

Melaksanakan perintah Allah ganjarannya pahala, syurga, rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mengerjakan larangan Allah balasannya adalah dosa, neraka, kemurkaan dan azab Allah SWT. Kesimpulannya, ahli syurga tidak berdosa, manakala ahli neraka berdosa. Akan tetapi, setiap orang yang berdosa pasti akan ke syurga jua akhirnya nanti jika dia masih Islam dan tidak murtad. Itupun setelah menempuh azab siksa yang maha dahsyat di neraka kelak bagi menyuci dosanya, yang mana sehari di neraka bersamaan 1000 hari di dunia ini. Mampukah nak tanggung? Letak hujung jari dekat api lilin sekejap pun dah meraung.

Jika buat maksiat belum confirm masuk neraka, adakah buat maksiat tu anda yakin confirm masuk syurga? Jadi, gunakanlah kesempatan ini untuk bertaubat nasuha. Bukannya mempertikaikan ganjaran syurga atau neraka.  Setiap manusia biasa tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Bertaubatlah setiap masa. Jangan nak tunggu tua baru nak bertaubat. Boleh jaminkah anda boleh bernafas lagi selepas membaca artikel ini? Sebaik-baik amalan adalah yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukannya semata-mata nak masuk syurga ataupun takutkan azab neraka.

______________________________________________________________________

Hadis manakah yg menunjukkan tutup aurat xwajib dan yg tutup aurat tu xsemestinya xbaik? kita x tahu amalan mana yg allah terima dgn sbb amalan tu kita masuk syurga. kita juga x tahu mungkin dgn sbb kita maksiat@engkar perintah allah dgn sbb tu kita masuk neraka...

so, kesimpulan nya baik kita patuh suruhan dan tinggalkan larangan..

Kisah taubat seorang lelaki yang membunuh 100 orang

Daripada Abu Sa’id Al-Khudhri R.A, Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di kalangan orang terdahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 nyawa, lalu dia mencari orang yang banyak ilmunya.
Maka, dia ditunjukkan kepada seorang rahib, lalu dia pergi menemuinya. Kemudian, dia mengatakan bahawa dia telah membunuh 99 nyawa, adakah taubatnya akan diterima? Kemudian rahib tersebut menjawab, tidak. Maka, dia membunuh rahib tersebut dan genaplah 100 orang (yang dibunuhnya) dengan pembunuhan rahib tersebut.
Kemudian dia mencari lagi orang yang banyak ilmunya, maka dia ditunjukkan kepada seorang pemuda alim. Maka, dia mengatakan bahawa dia telah membunuh 100 nyawa, adakah taubatnya akan diterima? Pemuda alim itu menjawab, ya. Dan siapakah yang menghalang antaranya dan taubat?
“Pergilah ke daerah ini dan ini, kerana di sana ramai orang beribadah kepada Allah Azza wa Jalla. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka. Dan janganlah pulang ke daerahmu, kerana sesungguhnya daerahmu itu daerah yang jelek.”
Maka, dia pergi (menuju daerah tersebut) sehingga sampai di pertengahan jalan, kematian mendatanginya.
Maka, berbantahanlah malaikat rahmat dan malaikat azab. Berkata malaikat rahmat, “Dia pergi dengan (niat) bertaubat menghadap Allah sepenuh hati.” Dan berkata pula malaikat azab, ”Dia ini tidak pernah melakukan kebaikan sama sekali.”
Kemudian datanglah kepada mereka satu malaikat lain dalam rupa bentuk seorang manusia, lalu mereka meminta keputusan kepadanya. Dia (malaikat ketiga) berkata, ”Ukurlah jarak antara 2 daerah tersebut (tempat berangkatnya dan tempat tujuannya). Jarak mana yang lebih dekat antara kedua-duanya, maka itulah keputusannya.” Maka, mereka mengukur dan mendapati bahawa jarak yang lebih dekat adalah jarak yang ditujuinya, maka dia berada dalam genggaman malaikat rahmat.
Dan dalam satu riwayat dalam As-Sahih (disebutkan), “Maka dia lebih dekat kepada daerah yang salih dengan hanya satu jengkal. Maka, dia dijadikan sebagai salah satu ahlinya.” Juga dalam riwayat As-Sahih (disebutkan), “Maka, Allah mewahyukan kepada daerah ini (tempat berangkatnya) supaya menjauhi, dan kepada daerah ini (tempat tujuannya) supaya mendekati. Dan Dia berkata, ‘Ukurlah jarak antara kedua-duanya.’ Lalu mereka mendapati bahawa dia lebih dekat dengan daerah ini (daerah yang salih) dengan satu jengkal. Maka, dia diampuni.”
Sumber utama: 1. Shahih Al-Bukhari 2. Shahih Muslim 3. Riyadhush Shalihin
Kisah sahih ini mempunyai suatu nilai motivasi yang cukup tinggi buat kita semua, yang sememangnya tidak bisa melepaskan diri daripada dosa-dosa dalam menjalani kehidupan seharian kita. Sebagaimana yang dapat kita saksikan dalam kisah tersebut, walaupun lelaki itu telah membunuh 100 nyawa, tetapi akhirnya tetap mendapatkan kesudahan yang baik, atas rahmat Allah yang begitu luas. Tiadalah layak segala pujian dan segala kesyukuran kecuali hanya kepada Allah.
Berbicara tentang maghfirah Allah, begitu banyak dalil Al-Qur’an mahupun Al-Hadits yang menceritakan tentang hal tersebut. Ini menunjukkan bahawa Allah tidak pernah sesekali jemu memberikan keampunan kepada hamba-hamba-Nya.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Umar ibn Al-Khaththab R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menerima taubat seorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongnya.” [HR At-Tirmidzi, dan dia berkata: hadits hasan].
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Barang siapa bertaubat sebelum terbitnya matahari daripada tempat terbenamnya (yakni dari arah barat), Allah menerima taubatnya.” [HR Muslim].
Daripada Abu Dzar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah ‘Azza wa Jalla berkata. ‘Barang siapa datang dengan membawa satu kebaikan, maka baginya sepuluh kali gandanya atau lebih. Barang siapa datang dengan membawa kejelekan, maka baginya kejelekan sepertinya atau Aku ampunkan. Dan barang siapa mendekatiKu sejengkal, Aku dekatinya sehasta. Dan, barang siapa mendekatiKu sehasta, Aku dekatinya sedepa. Barang siapa mendatangi dengan berjalan, Aku datanginya dengan berlari. Barang siapa menemuiKu dengan kesalahan sebesar bumi, sedangkan dia tidak menyekutukanKu dengan apa pun, Aku menemuinya dengan ampunan yang sepertinya (seperti ukuran dosa hamba tersebut)’.” [HR Muslim].
Hadits pertama dan kedua menunjukkan bahawa pintu rahmat itu sentiasa terbuka buat kita, selagi nyawa masih dikandung badan. Hadits ketiga pula menunjukkan betapa besarnya rahmat dan maghfirah Allah untuk kita semua.
Selain hadits ketiga ini, Imam Muslim bin Al-Hajjaj juga telah mencantumkan satu hadits yang berbicara tentang hal yang sama dalam kitab shahihnya (yakni kitab Shahih Muslim). Hadits itu, yang pada awalnya membicarakan tentang peristiwa mi’raj Rasulullah, terkandung satu janji daripada Allah S.W.T, bahawa setiap amalan kebaikan yang diniatkan, namun tidak dilakukan, akan diberikan ganjaran satu kebaikan. Sekiranya amalan itu dilakukan, diberi 10 ganjaran kebaikan. Sedangkan bagi setiap amalan kejahatan yang diniatkan, sekiranya tidak dilakukan, tidak akan dicatatkan baginya dosa, namun sekiranya dilakukan, dicatatkan baginya satu dosa.
Tambahan kepada hadits ketiga, hadits mi’raj ini membahas satu lagi bab penting, iaitu kehadiran niat dalam sesuatu perbuatan. Ini selaras dengan hadits Rasulullah S.A.W bahawa setiap amalan itu tergantung pada niatnya [HR Al-Bukhari dan Muslim].
Menghubungkan kehadiran niat dalam kisah lelaki ini, ternyata niatnya yang ikhlas itu telah menjadi hujjah bagi malaikat rahmat, sebagaimana kata-katanya, ”Dia pergi dengan (niat) bertaubat menghadap Allah sepenuh hati.” Begitulah pentingnya peranan niat yang ikhlas dalam kehidupan seseorang insan. Begitu juga dengan maghfirah Allah S.W.T. Seandainya kita benar-benar ikhlas bertaubat kepadaNya, telah dijanjikan buat kita keampunan sebesar mana sekali pun dosa kita. Sebagaimana kata-kata Harun Yahya (Adnan Oktar atau Adnan Hoca) dalam dokumentarinya yang berjudul ’The Name of Allah’, sekiranya Allah S.W.T itu tidak bersifat Maha Pengampun, pasti tiada seorang pun antara kita yang bakal menjejakkan kaki ke syurgaNya.
Dalam hadits ketiga ini juga kita diperlihatkan perbezaan antara seorang abid (ahli ibadah) dan seorang alim (orang yang berilmu). Perbezaannya cukup jelas dalam memberikan jawapan kepada lelaki tersebut. Jawapan orang alim tersebut ternyata lebih benar. Ini menunjukkan kelebihan orang berilmu dibandingkan ahli ibadah.
Begitulah sedikit sebanyak pengajaran yang dapat saya sebutkan mengenai kisah sahih ini. Diharapkan agar anda sanggup meluangkan sedikit waktu untuk merenung kembali artikel di atas. Seandainya anda mendapati bahawa pendapat saya di atas benar, maka ambillah pengajarannya. Sekiranya anda mendapati pendapat saya menyalahi ajaran Islam yang sebenar, sejuta keampunan saya pohonkan atas kejahilan saya.
Sekian sahaja dari saya. Wassalam…

"Jika aku TIDAK menulis dengan jari, maka aku akan menulis dengan HATI,..aku tidak pandai berbahasa sastera maka aku BERUSAHA berbahasa TAKWA..menulis bukan untuk mengkayakan BAHASA tapi menulis untuk melakar IMAN didalam jiwa... >>Biarlah sekalipun kita tidak TIDAK HEBAT menulis,..yang penting setiap ILMU yang disampaikan terus ditulis, menulislah sesuatu yang PERLU,..jangan menulis mengikut mahu, apabila kita sentiasa MANFAATKAN sesuatu yang ada disisi, secangkir pena sekalipun banyak memberi ERTI kepada yang memerlukan".

Selasa, 23 Oktober 2012

“Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!”

Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar apabila kita berat untuk melakukan sesuatu, namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan.
Dalam hati kita bermonolog, “Betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat”.
Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya,Adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan?
Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?

Timbul pula persoalan lain, adakah ikhlas itu akan datang tiba-tiba atau perlu dilatih?
Mari kita lihat firman Allah yang bermaksud:

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah:41)

Kewajipan Tetap Kewajipan

Daripada ayat yang dipaparkan kepada kita dalam surah at-Taubah tadi, jelas bahawasanya keberatan atau keringanan kita sedikitpun tidak mengubah syari’at sesuatu amal. Jika kita berasa berat untuk solat fardhu, solat fardhu tidak akan berubah menjadi sunat atau ditarik kewajipannya. Bukankah begitu?
Ertinya ikhlas ataupun tidak, kita tetap perlu melaksanakannya. Begitu juga dengan kewajipan-kewajipan lain seperti berdakwah, berbuat baik kepada ibubapa, menjaga silaturrahim sesama jiran tetangga, taat kepada suami, dan lain-lain. Sememangnya berat atau ringan itu akan muncul atau terdetik di hati kita namun kita tetap perlu melaksanakannya. Jadi, masihkah wajar kita berkata saat ini, “Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat?”

Jalan Menuju Ikhlas

Kadangkala kita suka membuat alasan dengan isu ‘tidak ikhlas’ sebagai jalan untuk kita lari daripada beramal. Kita sentiasa menunggu-nunggu ikhlas itu datang sedangkan kita tidak pernah berusaha mencarinya.
Bagaimana mencari ikhlas? Ya! dengan cara kita berusaha mengatasi ketidakikhlasan kita. Di peringkat permulaan, mungkin kita masih belum ikhlas sepenuhnya melakukan sesuatu ibadah. Jika kita terus meninggalkannya, adakah mungkin suatu hari kita akan mendapat ikhlas secara tiba-tiba? Mungkin juga..
Ingat, ‘mungkin juga’ ialah refleksi kepada ketidakseriusan dalam mendapatkan sesuatu. Namun, jika kita terus konsisten melakukan ibadah tersebut dan berusaha sedaya mungkin mengikhlaskan niat, lama-kelamaan kita akan dikurniakan Allah dengan rasa ikhlas yang tidak ternilai, insya-Allah.

Dalam surah al-Ahzab ayat 70-71, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung.” (Al-Ahzab:70-71)
Kita selalu beranggapan bahawa kita perlu benar-benar cukup bekalan dan sempurna sebelum melakukan sesuatu amal atau kerja dakwah di jalan Allah.
Lantas kita kaku dan tidak beramal.
Sedangkan Allah s.w.t. membawa perspektif bahawa dengan usaha kita melakukan sesuatu amal, Allah s.w.t. akan memperbaiki amal tersebut dan mengampuni dosa kita. Begitu juga dengan ikhlas.
Setelah kita berusaha melakukan amal dan cuba mengikhlaskan niat, Allah s.w.t. akan menyediakan ganjaran yang tidak ternilai buat kita.

Sebelum, Ketika, dan Selepas

Ada orang sudah mengikhlaskan niat sebelum beramal, tetapi ternyata ketika amal itu dilakukan, dia tertipu dengan ramainya orang yang melihatnya beramal dan mengagumi amalnya. Ada orang melepasi ujian ini dan terus beramal dengan ikhlas, namun setelah itu dia sibuk bercerita tentang amalnya kepada orang lain atas tujuan menunjuk-nunjuk. Atau minimum dia ingin orang lain mendengar tentang amalnya daripada mulut orang yang melihat. Bolehkah begitu?

Sesuatu amal itu perlu dijaga kesuciannya sebelum dilakukan, ketika, dan selepas dilaksanakan. Itulah semurni-murni amal yang tidak dicemari dengan ketidakikhlasan. Selagimana kita bermujahadah mengikhlaskan niat tatkala perasaan riya’, ‘ujub dan sum’ah terdetik di hati, kita masih dikira sebagai seorang mujahid yang akan diganjarkan oleh Allah kelak. Namun, tatkala kita larut dalam perasaan-perasaan mazmumah tadi tanpa sedikitpun upaya menyedarkan diri dan meluruskan niat, kita telah gagal dalam ujian ikhlas.

Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi taufik dan hidayah kepada kita dalam beramal di jalan-Nya dengan seikhlas hati. Semoga kita menghargai perjuangan orang-orang terdahulu yang dilanda ujian yang jauh lebih hebat dibanding ujian ringan yang kita rasakan berat. Namun, mereka masih teguh di atas kebenaran. Bagaimana dengan kita?Moga dipermudahkan. Amin..

Isnin, 8 Oktober 2012

“Aku cintakan diri-Mu kerana Allah!”

Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.

Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)

Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)

Di dalam sebuah hadis yang lain, nabi salallahualaihiwassalam juga pernah bersabda : “Jika seseorang dari kamu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya.” (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad serta Bukhari di dalam tarikhnya dengan makna yang sepertinya)

Kita juga disunnahkan untuk membalas ucapan cinta itu dengan doa yang berbunyi :

أحبك الله الذي أحببتني فيه

Maksudnya : “Semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku keranaNya.” (riwayat Abu Daud)

Bukti Cinta kerana Allah
1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah. 
Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, kuat tawakkal, selalu mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.
2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan.
3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah.
4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa.
5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah.

Sabda nabi salallahualaihiwassalam : “ Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)

Wanita meminang Lelaki.

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadis dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah s.a.w dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku? lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri kepada nabi) adalah lebih mulia dan lebih baik dari dirimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya demi kebaikan. (Hadis riwayat Bukhari , Nasaie dan Ibn Majah).

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) untuk menyampaikan hajatnya kepada rasulullah melalui katanya :

“Wahai anak saudara pakcik ku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam)

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi mulia yang utama dan disebut dalam hadis yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya : “Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian dari daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya.” (hadis riwayat Muslim)

Menawarkan diri kepada lelak tidak akan mengurangkan nilai dan maruah wanita tersebut di hadapan lelaki bahkan sebaliknya akan dihargai oleh lelaki sebagai wanita yang berani dan layak dihormati kerana kesanggupannya untuk melawan rasa malu dan berterus terang dengan dirinya sendiri. Walaubagaimanapun kita haruslah beringat bahawa tidak semestinya tawaran dan menawarkan diri itu selalu akan berhasil mendapatkan pasangan kerana boleh jadi si lelaki atau wanita yang ditawarkan itu sudah mempunyai pilihan hati atau telah tertarik kepada orang lain.

Maka hendaklah sentiasa redha dan sabar serta terus berusaha tanpa malu atau segan kerana pinangan kita telah ditolak oleh orang lain. Bahkan rasulullah, para sahabat radiallahuanhum sendiri pernah ditolak pinangan mereka dan hal itu tidaklah menjadikan mereka berputus asa kerana rahmat dan rezeki Allah SWT itu amat luas dan sentiasa terbentang untuk mereka yang beriman dan menyakini kebesaran-Nya

Panduan Menghadapi Bekas Kekasih/Pasangan

Dalam hidup ini tiada siapa yang boleh menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kekal kata kita tetapi akhirnya berpisah juga rupanya kemudian.Firman Allah SWT : “Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dilakukannya pada hari esok.” (Luqman : 34) Dunia bukanlah terlalu luas sehingga mustahil untuk kita saling tidak bertemu muka dengan bekas kekasih lama.
Pejam celik masa berlalu pantas tetapi dunia semakin mengecil dan menyempit sehingga kadang-kadang kita terpaksa berjiran dengan bekas kekasih atau kawan lama yang terputus. Ramai orang tidak tahu apa yang harus dilakukan jika bertemu dengan bekas kekasih, bekas tunang, bekas pakwe, atau bekas girlfriend yang suatu ketika dahulu begitu mesra dan akrab.Makan sepinggan, minum secawan bahkan ada yang lebih daripada itu.

Apa yang harus dilakukan ?Melarikan diri atau mengelak dari terus bertemu ? Mengelak dari bercakap atau bertentang mata ? Bagaimana jika bekas kekasih lama itu rakan sekerja dan bersama-sama menghuni kawasan perumahan kondominium yang sama atau kebetulan menaiki bas atau lift yang sama ?Baiklah, berikut ialah panduan untuk anda menghadapi bekas kekasih lama menurut panduan Islam setakat yang mampu saya catatkan.

1. Jangan takut menghadapi kesilapan lalu
Pertama sekali apabila ternampak kelibat bekas kekasih atau rakan lama yang pernah mempunyai hubungan rapat dan mesra dengan kita suatu ketika dahulu maka hendaklah kita jangan melarikan diri. Ramai orang mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dan mengelak dari dihantui rasa bersalah tetapi kemudiannya menderita akibat tekanan perasaan dan gangguan syaitan yang mempergunakan kisah-kisah lama untuk menghalang kita daripada maju ke depan dan menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik.
Setiap orang pernah berbuat silap!Tidak ada manusia yang bersih daripada kesilapan dan dosa kecuali rasul-rasul Allah SWT dan mereka sendiri sebagai manusia pun pernah berbuat silap dan ditegur oleh Allah SWT.
Bertaubatlah kepada Allah SWT atas dosa-dosa kita dan hadapilah ia dengan tabah dan berani serta yakin kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Allah tidak akan mempersia-siakan taubat orang yang ikhlas mahu membersihkan diri kepadaNya !
Firman Allah SWT : “Sesungguhnya taubat di sisi Allah ialah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa : 17)

Oleh yang demikian apabila ternampak bekas kekasih atau melihatnya di suatu tempat, buat seperti biasa dan teruskan urusan anda tanpa perlu takut atau bimbang dan jauh sekali melarikan diri atau mengelak. Serahkan kepada Allah SWT bahawa kejadian ini pasti ada hikmah dan teladannya. Seterusnya bacalah doa isti'azah (meminta perlindungan Allah SWT daripada syaitan) di dalam hati atau secara perlahan dengan menyebut :
اعوذباالله من الشيطان الرجيم
“ Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.”

Sesungguhnya meminta perlindungan daripada Allah terhadap segala keburukan dan kejahatan merupakan kewajipan kepada setiap muslim. Bahkan ianya termasuk perkara ibadah dan penghambaan seseorang kepada Allah dengan menjadikan Allah sebagai pelindung dan tempat memohon segala sesuatu.

2. Buktikan kita telah berubah dengan berani menampilkan diri
Tanda seseorang itu berubah ialah dia berani untuk menampilkan dirinya kepada orang lain dan tidak takut dengan celaan dan umpatan manusia kerana dia benar-benar mahu berubah dan tidak peduli dengan apa yang orang akan kata.
Kalau dahulu “free hair” , berambut “blonde” tetapi kini sudah bertudung dan berbaju kurung maka jangan malu menampilkan diri anda yang baru sekalipun mungkin akan mengundang kecaman dan celaan atau kritikan daripada mereka yang pernah rosak atau sezaman dengan diri anda yang dahulu.
Beranilah kerana benar !
Kita adalah peribadi yang baru dengan diri dan azam yang baru. Hadapi bekas kekasih jika dia berada di hadapan kita atau di sisi kita dengan penuh keyakinan bahawa dia sedang bertemu dengan seseorang yang telah bertaubat, telah berubah dan telah menjadi manusia yang menyerah diri kepada Allah SWT dan mahu menjadi seorang hamba yang berbakti kepada agamanya.
Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash’ari RA, daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.” (hadith riwayat Muslim)

3. Tegur jika perlu dan tunjukkan akhlak yang baik
Jangan sombong atau mendiamkan diri tanpa keperluan jika keadaan memaksa atau mendorong kita untuk bercakap dan bertegur sapa dengannya. Anda boleh dan diizinkan oleh syarak untuk menegurnya dengan memberi salam yang baik dan bertanya sapa sekadar perlu. Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An-Nahl : 90)
Islam ialah agama yang mementingkan akhlak yang baik. Buktikanlah diri anda sudah berubah dengan mempamerkan akhlak yang baik moga-moga jika dia telah berubah maka sebuah ukhuwah yang Islamik dan mulia dapat terhasil dan jika dia masih dalam perangai lama atau dalam kesesatan maka dia akan tersedar dan terpengaruh untuk turut berubah menjadi lebih baik dengan melihat akhlak kita.

4. Mendoakan bekas kekasih
Doa ialah suatu ibadah yang mulia dan mudah dilakukan. Ianya juga adalah sedekah yang paling mudah dibuat oleh seseorang. Jangan kedekut untuk berdoa dan mendoakan bekas kekasih agar dia mendapat kebaikan dan diberikan oleh Allah SWT dengan petunjuk atau hidayah seperti yang kita perolehi. Firman Allah SWT : “Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali-Imran : 134)
Biarlah betapa pahit pun kenangan yang dilalui bersama-sama dahulu sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih. Mendoakan bekas kekasih bermaksud kita sebenarnya telah berjaya memaafkan kesalahan diri kita sendiri dan mampu menghadapi peristiwa lalu dengan ketabahan dan kekuatan jiwa yang kuat.

5. Mengelak dari menjalin hubungan atau komitmen yang tidak perlu
Elakkan apa yang tidak perlu seperti berbual kosong atau berbual dalam perkara yang tidak wajar atau perkara-perkara yang sensitif dan melampaui batasan normal. Juga tidak perlu melayan kerenah bekas kekasih seperti menyuruh kita mengingati kisah lama atau menyatakan perasaan kita sekarang terhadap dirinya atau memberikan dia harapan atau komitmen terhadap pertemuan tersebut.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Antara ciri kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak perlu baginya.” (hadith riwayat Tirmidzi)
Anggapan pertemuan itu ialah suatu ujian dan cubaan daripada Allah SWT untuk melihat apakah kita benar-benar telah berubah dan bersedia menghadapi kesilapan lalu dengan jiwa yang lebih tabah dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik.
6. Kesilapan lalu bukan penghalang kita untuk membina hidup baru
Ingatlah apa yang penting ialah bukan bagaimana kita bermula tetapi ialah bagaimana kita akan berakhir. Semua orang dilahirkan dalam keadaan fitrah tetapi berapa ramai yang akhirnya meninggalkan dunia ini dengan kebaikan dan fitrah yang bersih ?
Tidak penting siapa kita ini dahulu apakah seorang samseng jalanan atau pelacur murahan tetapi apa yang penting ialah siapa diri kita pada hari ini dan apa yang akan terjadi kepada diri kita pada hari esok !
Firman Allah SWt : “Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.” (Al-Furqan : 71)
Tetapkan hati dan jiwa kita untuk beriman dan percaya kepada Allah SWT dan berusaha memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik daripada dahulu tanpa perlu lagi memandang ke belakang.
Majukan langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan ketabahan !
7. Apa yang penting pilihan kita hari ini !
Kita ialah apa yang kita pilih untuk jadi. Jika kita memilih untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa maka kita adalah apa yang kita pilih. Oleh yang demikian apa yang penting ialah pilihan kita dan keberanian kita untuk meneruskan langkah ke hadapan.

Kehidupan tidak pernah mudah.
Firman Allah SWT : “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwal dirimu.” (Muhammad : 31)
Kehidupan ini memang diciptakan oleh Allah SWT untuk menguji kita dan menghancurkan hati-hati kita agar menyerah kalah dan kecewa serta rebah.
Tetapi kita diberi pilihan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjalanan dan untuk memilih tidak mengaku kalah dan bangkit semula daripada kegagalan dan kekalahan !
Firman Allah SWT : “Tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan mensia-siakan amalan mereka.” (Muhammad : 4)
Apa yang penting bukanlah sekuat mana kita diuji tetapi sekuat mana kita tahan diuji. Ketahanan dan ketabahan untuk tidak mengaku kalah dan bangkit daripada kesilapan lalu untuk memperbaiki kehidupan yang akan datang adalah bukti kita benar-benar beriman kepada janji-janji Allah SWT untuk mereka yang percaya kepada hari akhirat dan syurga yang indah. Jangan mengaku kalah kepada kenangan lama!

Jumaat, 21 September 2012

Salasilah Keturunan Nabi Akhir Zaman, Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum wbh,
Ramai di antara kita mengetahui tentang salasilah keturunan Rasulullah saw, dan ahli keluarga baginda saw. Kita semua tahu bahawa ayah baginda saw bernama Abdullah, dan ibu baginda saw bernama Aminah. Kita juga tahu datuk baginda saw bernama Abdul Muttalib, dan bapa saudara baginda Abu Talib, dan juga Abu Lahab, atau nama sebenar beliau Umar ibnu Hisyam. Kita lihat nama beliau di dalam doa baginda saw, “Ya Allah, islamkanlah salah satu Umar (iaitu samada Umar ibnu Hasyim, aka Abu Lahab, atau Umar ibnu Al-Khattab)”. Maka Allah swt menjawab doa baginda saw dengan islamnya Umar ibnu Al-Khattab.

      Suka penulis bawakan bahawa Rasulullah saw merupakan keturunan susur jalur yang terus kepada nabi Allah Ibrahim as. Kerana itu ada ayat-ayat di dalam Al-Quran, dan juga hadis-hadis baginda saw yang menyebut Ibrahim as sebagai ayah baginda saw, kerana di dalam bahasa Arab, ayah juga boleh diertikan sebagai ayah kandung, datuk dan ke atas. Firman Allah swt, “Jalan (iaitu Islam ini adalah jalan) ayah kamu, Ibrahim. Dialah yang menamakan kamu Muslimin”. Juga kita lihat di dalam hadis baginda saw sewaktu baginda saw mendapat seorang anak lelaki bersama hamba baginda saw, Mariam Qibtiyah, “Aku menamakannya sempena nama ayahku, Ibrahim”.

          Bahkan paras rupa Rasulullah saw itu sendiri juga sangat-sangat mirip kepada Nabi Allah Ibrahim as. Ini dibuktikan di dalam hadis baginda saw, ketika baginda diangkat Allah swt ke langit ketika Isra’ Mi’raj, dan baginda saw bertemu dengan Nabi Ibrahim as. Sabda baginda saw di dalam menceritakan tentang rupa paras Ibrahim as kepada para sahabat, “Andaikata kamu semua melihatnya (Ibrahim), pasti kamu akan sangka dia adalah rakanmu (iaitu, pasti kamu menyangka dia adalah aku Muhammad, kerana rupa mereka mirip)”. Takjub sungguh rasa penulis ketika membaca hadis ini, kerana secara langsung Allah swt telah mengisyaratkan kita kepada tabiat genetic, ribuan tahun sebelum kajian tentang genetic keturunan dimulakan!

       Adapun Rasulullah saw berasal dari keturunan Nabi Ibrahim as, dari jalur keturunan Ismail as. Ingatkah bahawa Nabi Ibrahim as dikurniakan dua orang anak sewaktu usia tua baginda as? Firman Allah swt di dalam merakamkan doa Nabi Ibrahim as, “Segala puji Allah, yang telah mengurniakan kepadaku di usia tuaku Ismail dan Ishaq, sungguh Tuhanku sangat-sangat mendengar permintaa”. Ini merupakan noktah sejarah yang sangat perlu kita ambil perhatian, kerana orang-orang Kristian tidak mengiktiraf akan adanya Ismail as, bahkan mereka mendakwa bahawa Ishaqlah yang terlibat di dalam peristiwa Nabi Ibrahim as diarahkan agar menyembelih anaknya. Ini kerana dari susur galur Ishaqlah lahirnya yang kita kenali sekarang sebagai Bani Israil, atau Yahudi, yang mana akhirnya lahirnya Isa as, Tuhan (?) mereka.
       Adapun nama Bani Israil itu, bererti ‘anak-anak Israil’, dan Israil adalah nama lain bagi Nabi Ya’qub as. ‘Isra’ di dalam bahasa Ibrani (Yahudi) bermaksud hamba, dan ‘il’ bermakna ‘Tuhan’, atau Allah. Maka Israil itu sendiri bermaksud ‘hamba Allah’, atau di dalam bahasa Arab selalu kita kenali sebagai ‘Abdullah”. Dari jalur Nabi Ishaq as, lahir Nabi Ya’qub as, kemudian Yusuf as, dan seterusnya cucu keturunan mereka, Bani Israil aka Yahudi.
       Manakala dari jalur Ismail as, lahirlah keturunan Arab, yang mana kita masih ingat kisah Nabi Ismail as ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim as bersama ibunya Hajar, di lembah Bakkah, yang kini kita kenali sebagai Mekah Al-Mukarramah. Mereka kekal menetap di situ sehingga lahir cucu keturunan mereka, iaitu kaum Arab. Dan seterusnya dari kaum Arab ini, adanya kaum Quraisy, kemudian adanya Bani Hasyim, dan seterusnya dari situlah lahirnya kekasih kita Muhammad saw.
      Penulis juga ingin menceritakan di sini tentang kisah bagaimana datuk baginda saw mendapat nama ‘Abdul Muttalib’, dan juga bagaimana mereka dikenali sebagai Bani Hasyim.
Suatu ketika dahulu, terdapat dua orang adik-beradik, seorangnya bernama Hasyim, dan seorang lagi bernama Muttalib. Maka dikatakan Hasyim telah berhijrah ke Yathrib (yang kini kita kenali sebagai Madinah), dan Muttalib pula kekal di Mekah. Ketika Hasyim di Yathrib mendapat cahaya mata, dia menamakan cahaya matanya itu Muttalib, sempena nama saudara kandungnya di Mekah. Setelah kematian Hasyim, rakan-rakannya telah menghantarkan berita kepada Muttalib di Mekah, menceritakan tentang kematian saudaranya, dan meminta agar dia datang ke Yathrib untuk mengambil anak saudaranya ke Mekah. Setibanya di Mekah, orang ramai melihat Muttalib membawa anak saudaranya, yang juga bernama Muttalib, di belakang kudanya. Di zaman ini, seorang budak yang dibawa naik bersama menunggang kuda adalah biasanya hamba si penunggang kuda, maka dari itulah budak tersebut mendapat gelaran ‘Abdul Muttalib’, iaitu ‘hamba Muttalib’, dan Abdul Muttalib itulah datuk Rasulullah saw.

Penulis juga ingin menceritakan tentang hikmah dan faedah kita mengetahui nama ayah dan ibu baginda saw.
Kata Aisyah ra, terdapat empat cara perkahwinan masyarakat jahiliyyah sebelum datangnya Islam, dan ia adalah:-
i) jika seorang wanita mempunyai kenginan untuk menjalinkan hubungan, dia akan menggantungkan kain, atau meletakkan tanda pada pintu rumahnya. Mana-mana lelaki yang juga sedang berkeinginan akan memasuki rumah tersebut, dan jika mereka bersetuju, hubungan akan terjadi dan jika terhasil anak dari hubungan tersebut, lelaki tersebut akan bertanggungjawab menjaga anak tersebut. Lihat bagaimana walaupun mereka masyarakat Jahiliyah, mereka lebih bertanggungjawab dari jahiliyah moden zaman kita ini, yang sanggup membuang anak di dalam tong sampah. 

ii) ‘perkahwinan’ yang mana seorang wanita menjalinkan hubungan serentak dengan beberapa orang lelaki, dan jika wanita tersebut mengandung, dia akan membawakan bayi tersebut kepada mana-mana lelaki tadi, dan dia akan bertanggungjawab dengan bayi tersebut.

iii) ‘perkahwinan’ di mana jika seorang lelaki yang mempunyai isteri, dan mahukan anak dari keturunan pahlawan, maka dia akan menghantarkan isterinya untuk hidup bersama pahlawan tersebut, seperti hidupnya suami isteri. Apabila isterinya sudah mengandung, maka pahlawan tersebut akan menghantar pulang isterinya, dan anak tersebut akan dikira sebagai anak lelaki tersebut.

iv) perkahwinan melalui akad pernikahan yang sah, yang sebagaimana yang kita ketahui sekarang.

         Penting bagi kita mengetahui nama ibubapa baginda saw, kerana dari nama mereka kita boleh mengetahui manakah cara perkahwinan mereka, kerana dari cara perkahwinan mereka lahir Rasulullah saw. Penting bagi kita bahawa Rasulullah saw dilahirkan dari akad nikah yang sah dan murni, dan baginda saw bukankah anak luar nikah.
      Penulis juga ingin ketengahkan di sini tentang apakah agama Nabi Muhammad saw, serta beberapa orang sahabat baginda saw, sebelum Allah mengangkat baginda saw menjadi nabi dan rasul akhir zaman. Adakah baginda menyembah berhala? Adakah baginda pernah menghulurkan korban kepada sembahan-sembahan kafir Quraisy?
       Agama yang diikuti oleh Rasulullah saw sebelum baginda diangkat menjadi rasul, ialah agama yang kita kenali sebagai Al-Hunafa’, iaitu mereka menyembah Allah swt, dan mereka solat dan beribadah kepada Allah swt mengikut cara yang telah diwariskan oleh Ibrahim as. Maka Muhammad saw, Abu Bakar dan juga Ali ibni Abu Talib ra, kesemuanya adalah dari golongan ini, maka mereka tidak pernah menyembah berhala atau apa-apa amalan syirik.
Sesungguhnya Allah swt telah memelihara Rasulullah saw dari sebarang bentuk syirik dan maksiat, sejak dari sebelum kebangkitan baginda saw menjadi rasul lagi. Kerana itulah kita katakana bahawa perihal hidup baginda saw sebelum diangkat menjadi rasul juga termasuk di dalam definisi sunnah.

‎5 orang yang mirip wajah RASULULLAH S.A.W:

1. Jaafar bin Abi Tolib-
2. Abu Sufian bin Haris bin Abdul Mutalib.
3. Qasam bin al-Abbas.
4. As-Saib bin Ubaid bin Abd.Manaf.
5. al-Hassan bin Ali bin Abi Tolib.

Fatimah Az-zahra Menuntut Keadilan

FATIMAH az-Zahra adalah puteri bongsu nabi Muhammad, hasil perkahwinannya dengan Khatijah. Fatimah dilahirkan pada tahun ke-5 setelah nabi Muhammad diutus menjadi Nabi, bertepatan dengan tiga tahun setelah peristiwa Israk dan Mikraj. 

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadilakhir tahun 605 Masihi semasa masyarakat Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.

Siti Fatimah mendapat gelaran as-Siddiqah (wanita terpercaya); at-Tahirah (wanita suci), al-Mubarakah (yang diberkati Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Az-Zahra (yang cemerlang). 

Beliau juga digelar Al-Batul, iaitu yang menumpukan perhatian kepada ibadah dan menjauhi keduniaan. Fatimah selalu bersujud ketika setiap kali berasa lapar dan berzikir setiap kali berasa susah.

Fatimah mencintai ayahandanya melebihi cintanya kepada siapa pun. Apabila ibunya meninggal dunia ketika berusia enam tahun, Fatimah sentiasa berusaha untuk menggantikan peranan ibunya. 

Fatimah sentiasa mengajak nabi berbual-bual dengan kata-kata yang menggembirakan dan menyenangkan hati nabi. 

Justeru nabi memanggilnya dengan panggilan manja Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh Fatimah kepada ayahnya.

Fatimah mempunyai tiga orang kakak iaitu Zainab, Rugayah dan Ummi Kalsum. Fatimah adalah anak yang paling dicintai dan dikasihi nabi sehingga beliau berkata, "Fatimah adalah darah daging saya, apa yang menyusahkannya juga menyusahkan saya dan apa yang mengganggunya juga mengganggu saya". 

Fatimah menyerupai ayahnya dari sisi rupa dan akhlaknya. Ummu Salamah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah. 

Demikian juga dengan Aishah yang pernah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya.

Zaman kanak-kanaknya diwarnai oleh pelbagai penentangan yang ditujukan kepada agama Islam yang dibawa oleh ayahnya. 

Penyeksaan, celaan yang keji, gangguan mental dan fizikal dan fitnah dilakukan oleh golongan kafir Mekah terhadap umat Islam. 

Allah telah mengurniakan Fatimah dengan sifat lemah-lembut, cerdas dan berani yang tidak dimiliki oleh kanak-kanak lain yang seusianya. Fatimah melihat cabaran dan dugaan yang menimpa keluarga terutama pengalaman pahit yang menimpa ayahnya. 

Cabaran dan dugaan itu mampu difahami oleh Fatimah pada usia yang muda dan ini telah mendewasakan pemikiran Fatimah supaya cekal menghadapinya dengan lebih cekal dan berani.

"Uqbah bin Abi Muit menyimbah kotoran unta pada ayah kamu yang sedang bersujud di Kaabah!," kata seorang wanita kepada Fatimah yang sedang duduk di rumahnya.

"Apa! Sampai hati mereka berbuat demikian kepada ayah saya," jawab Fatimah yang bergegas keluar dari rumahnya.

Fatimah berlari sekuat hati menuju ke arah Kaabah. Jantungnya berdegup dengan pantas memikirkan apa yang telah berlaku pada ayahnya. Apabila sampai di hadapan Kaabah, Fatimah melihat pembesar-pembesar Quraisy sedang ketawa kuat sambil menunjuk jari mereka kepada ayahnya.

Beliau pantas menghampiri ayahnya yang tengah bersujud di Kaabah. Fatimah melihat perut-perut unta yang berdarah dan bernajis di atas kepala ayahnya. Beliau membersihkan kotoran itu dengan pantas. 

Air mukanya kelihatan sedih bercampur geram kerana kotoran itu terpalit keseluruhan jubah ayahnya. Fatimah bangun dan menghampiri Uqbah bin Abi Muit dan pembesar Quraisy lain yang berdiri sombong bongkak tanpa perasaan takut. 

Beliau menjeling tajam kepada semua wajah-wajah itu dengan air mukanya yang benar-benar marah dengan tindakan mereka terhadap ayahnya.

"Mengapa kamu melakukan perkara keji ini kepada ayah saya?" tanya Fatimah dengan nada keras dan marah.

"Suka hati kamilah. Mari kita tinggalkan tempat ini. Puas hati saya melihat jubah Muhammad penuh dengan kotoran unta," kata Uqbah lalu beredar dari situ bersama pembesar Quraisy lain meninggalkan Fatimah yang masih sedih dan marah.

Pada satu peristiwa lain pula, Fatimah sedang berjalan di sebuah lorong ketika berselisih dengan Abu Jahal yang terkenal dengan permusuhannya terhadap agama Islam. 

Abu Jahal menahan Fatimah lalu menampar muka Fatimah beberapa kali. Fatimah terkejut dengan perbuatan Abu Jahal terus berlari menuju khemah pemimpin Quraisy yang sedang duduk berbincang.

"Ya Abu Sufian, ketua pemimpin Quraisy. Saya ingin mengadu tentang sikap buruk Abu Jahal yang tiba-tiba menampar muka saya tanpa sebab. Saya mahu keadilan!," kata Fatimah di hadapan Abu Sufian tanpa perasaan takut.

"Apa! Abu Jahal menampar kamu tanpa sebab. Pergi panggil Abu Jahal ke sini," arah Abu Sufian kepada pengawal di sebelahnya.

Abu Jahal pun datang dengan tergesa-gesa menuju khemah tempat pemimpin-pemimpin Quraisy sedang berbincang. 

Dia tak menyangka Fatimah akan datang mengadu kepada Abu Sufian tentang perbuatannya terhadap Fatimah. Dia berharap Abu Sufian akan menyebelahinya dalam perkara itu. 

Dia masuk ke dalam khemah itu dengan muka sombong memandang wajah Fatimah yang kelihatan tenang.

"Mengapa kamu menampar muka Fatimah tanpa sebab, Abu Jahal?," tanya Abu Sufian.

"Sahaja. Saya geram dengan ayahnya". Jawab Abu Jahal dengan bongkak.

"Kamu tak ada hak berbuat demikian terhadap budak kecil ini," kata Abu Sufian lalu memandang wajah Fatimah.

"Hulur muka kamu supaya Fatimah boleh menampar muka kamu," arah Abu Sufian kepada Abu Jahal yang kelihatan terkejut mendengar keputusan Abu Sufian itu.

Fatimah tidak melepaskan peluang itu untuk menampar muka Abu Jahal yang selama ini banyak menyakitkan hati ayahnya. Beliau menampar muka Abu Jahal dengan sekuat hati dan pulang dengan hati gembira ke rumahnya. 

Fatimah menceritakan perkara yang berlaku itu kepada ayahnya. Nabi gembira kerana Abu Sufian telah memberikan keputusan yang adil kepada aduan anaknya.

Khamis, 20 September 2012

Belajar ilmu ketuhanan?

Assalamualaikum wbt..
Hari ini mendapat mesej dr seorang hamba Allah, bertanyakan adakah saya belajar ilmu ketuhanan… orang yang kurang ilmu macam saya ini kadang-kadang hilang kata-kata, saya bukanlah orang yang tahu banyak ttg agama…
Saya sedang belajar agama…x mungkin saya tahu akan segala-galanya.
Namun dari dasar itu, saya cuba mengetahui apakah ilmu ketuhanan yang dimaksudkan itu… rasa kurang diri bila tak cuba memahami apa itu ilmu ketuhanan..namun sedar kebatasan ilmu kadang menyukarkan saya untuk mengetahui segala-galanya… Tiada daya upaya selain dari Allah swt.

Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tetapi Ilmu Hati

Belajar ilmu hitung atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa berTuhan, tidaklah heran
Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu
Tidak terasa berTuhan, perkara biasa
di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular
Langsung tidak percaya
adanya Tuhan yang Maha Esa
Tapi yang lebih aneh, orang yang belajar
Ilmu keTuhanan
Hingga jadi ulama, tidak rasa berTuhan
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu keTuhanan
pun tidak berTuhan
Kerana mereka belajar ilmu aqidah
dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa berTuhan
Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan
Di segi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak
berlaku atau tidak ada
Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan
orang berTuhan
Kehidupannya tidak mempedulikan syariat
Sekalipun bisa memperkatakan Al Quran
Atas alasan ilmu semata-mata
Padahal ilmu keTuhanan hendaklah dirasa oleh Jiwa
Ilmu keTuhanan bukan ilmu akal tetapi ilmu rasa
Orang yang “percaya” Tuhan, hidup macam tidak
berTuhan
Orang “terasa” berTuhan, orang yang takut dengan
Tuhan sekalipun ilmunya kurang
Mereka yang rasa berTuhan yang menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa berTuhan itu adalah fitrah bagi setiap insan
Lantaran itulah rasa berTuhan itu harus disuburkan
di dalam jiwa manusia
Tidak cukup sebatas akalnya percaya adanya Tuhan

(Syeikh Imam Ashaari Muhammad AtTamimi)

Semua ilmu menuju kepada ALLAH.
Ilmu sains,perubatan,Ekonomi,Pentadbiran dan sebagainya.
Contoh ilmu sains;-
AIR: Sains mengatakan air terbina dari 2 unsur iaitu
H2O. Kuasa siapakah yang menyatukan H dan 2O itu?
Fikir lah sajenak? Anda pasti tahu jawapannya.

Contoh ilmu Perubatan:-
Air: Seorang pengamal perubatan kampung air digunakan
sebagaipenawar,Air yang sama tetapi digunakan untuk
pelbagai penyakit. Fikirlah dimanakah terletaknya
ubat itu?

Contoh Ekonomi:-
Air: Seseorang yang berniaga air ABC keluar waktu pagi
8;00am dan pulang kerumah jam 6:00 mendapat rezki
RM150 Tetapi keesokannya dia keluar tengah hari
12:15pm dan pulang 6:00pm dan mendapat rezki RM200.
Siapakah yang sebenarnya yang memberi rezki itu?

Contoh Pentadbiran:-
Air: Air hujan yang turun setiap tahun tidak ada bezanya
dengan tahu yang sebelumnya.Hujan yang turun itu
untuk tumbuhan-tumbuhan yang tidak sempat di siram
oleh manusia.Tumbuhan-tumbuhan itu amat berguna untuk
penduduk bumi kerana ia mengeluarkan oksigen.
Pentadbiran siapa kah yang bijak ini?

Sebagai kesimpulan,ilmu yang wujud di dunia ini semuanya hendak
mengambarkan kewujudannya (ALLAH). maka betul lah apa yang dikatakan
duakalimah syahadah itu. Tiada yang Wujud kecuali ALLAH.Oleh itu janganlah
ragu dengan apa-apa ilmu di dunia ini,yang penting ingat ALLAH dan Brepandukan AL-Quran dan sunah Rasullulah.

______________________________________________
Setiap manusia dimuka bumi ini mengakui adanya tuhan walaupun seseorang itu tidak beragama.

Buktinya: Dan demi sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya (kepada mereka yang musyrik) itu:"Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"Sudah tentu mereka akan menjawab:"Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Mengetahuinya".
(surah az-Zukhruf 43:ayat 9)

*Walaupun sesuatu tamadun itu tidak mempunyai kota dan istana yang indah.Tetapi setiap tamadun mempunyai tempat beribadat.

(Ahli sejarawan Yunani)
______________________________________________

Untuk bercerita tentang ilmu ketuhanan saya seorang yang kurang ilmu tidak mampu menjelaskan apakah kaitan ilmu tasawwuf, tassawur dan sebagainya lagi dgn ilmu ketuhanan…takut bila salah, bila tidak faham saya akan dipertanggungjawabkan kerana menyampaikan yg bukan ilmu kepakaran saya… saya juga sedang berusaha mempelajarinya…Ilmu Allah ini begitu luas, tidak terhabis dalam satu hari untuk mempelajarinya…

Rabu, 19 September 2012