Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah
adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah
lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang
hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
~Wanita yang melayan dengan
baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.
~Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita
yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang
dibuat daripada yakut.
~Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana
menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita
yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
~ Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”,
Allah akan berkatkan rezekinya.
~Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
~Wanita yang menjaga solat,
puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari
mana-mana pintu yang dia suka.
~Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
~Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
~Sekiranya
wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati
syahid.
~ Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
~Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
~Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
~Jika wanita memicit suami tanpa
disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila
disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
~Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
~Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
~Lihat la wahai wanita-wanita diluar sana ...betapa
beruntungnya kita sebagai wanita...betapa istimewanya kita tanpa kita sendiri
sedar....
InsyaAllah kita semua dapat menjadi wanita, anak, ibu serta isteri
yang solehah...semoga syurga menjadi tempat terakhir kita yang kekal
abadi...InsyaAllah...
0 comments:
Catat Ulasan