Umumnya,
wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta
sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong
mereka melakukan hal ini.
1.
Balas dendam
Sekiranya
kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan,
dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui,
mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara
tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya.
Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa
pengetahuan kamu.
2.
Urutan kasih
Wanita
sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi,
mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi
daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup
kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan
cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.
3.
Kekerasan
Kini,
ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut
diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan
kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan
cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka
akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di
luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.
4.
Hambar
Wanita
begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari
jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap
semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu
mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.
Sekiranya,
kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan
mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi
pertengkaran yang hebat. .
5.
Seks
Meskipun
kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan
dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan.
Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam
perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.
6.
Cadangan
Saat
putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi
hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.
Ini
kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan
lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar
mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.
7.
Jejaka bermasalah
Maksudnya,
terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan
kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang
sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani
karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan
kamu yang memulakannya dahulu.
8.
Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya,
saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan
yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan
membanggakan.
Apabila
sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang
pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam
hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?
9.
Bosan
Hal
ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja
rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya,
jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih
banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan
penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu
kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.
10.
Hubungan tidak diduga
Pada
awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi
ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat
dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke
sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya
kepada insan lain.
0 comments:
Catat Ulasan