Kita sering bercerita
tentang cinta,dan ia sudah tidak pasti lekang di bibir remaja yang meningkat
dewasa.Namun sebenarnya,kita sendiri tidak memahami erti cinta yang
sebenar.Bila ditanya apa itu cinta?Pelbagai jawapan yang akan diberi,dan
berbeza-beza mengikut kefahaman orang yang ditanya.
"When two people love
each other, nothing is more imperative and delightful than giving." - Guy
de Maupassant
Menurut
Henry A. Bowman dalam buku Marriage for Moderns (1960),cinta berbeza dari satu
orang ke satu orang yang lain.Mustahil untuk sama pengertiannya, makna cinta
berbeza berdasarkan latar belakang dan juga zaman yang dilalui oleh
seseorang.Kepelbaga ian ini disebabkan,tidak ada keseragaman dalam memaknakan
Cinta!Cinta terlalu subjektif,bukan objektif.Manusia akan bingung apabila cuba
menetapkan erti cinta,sebab cinta tidak boleh dipaksa-paksa maknanya.Makna
cinta berevolusi mengikut masa,tempat, latar belakang keluarga dan pelbagai
lagi.
Cinta
dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal.
Cinta
bukan hanya berdasarkan perasaan,ia perlu dikawal melalui akal yang sihat.Teori
yang diterokai oleh Bowman ini amat selari dengan roh islami.Perasaan perlu
dikawal oleh akal yang dinaungi dengan wahyu Allah dan juga Sunnah Nabi.Apabila
perasaan sudah dikawal dengan kedua-duanya, maka cinta yang diperolehi melalui
perasaan beroleh keberkatan.
Di
dalam sebuah hadits shahih diceritakan kisah seseorang wanita yang bernama
Barirah yang mana suaminya yang bernama Mughits selalu mengikutinya dari
belakang setelah mereka bercerai, maka Rasulullah ShallallaHu `alaiHi wa sallam
berkata kepada Abbas,
"Wahai
Abbas, tidakkah engkau takjub terhadap cintanya Mughits kepada Barirah dan
kebencian Barirah kepada Mughits ?"[1]
Imam
Ibnul Qayyim rahimahullah kemudian menjelaskan dalam Mukhtashar Raudhatul
Muhibbin bahawa Rasulullah ShallallaHu `alayHi wa sallam tidak melarang
tumbuhnya cinta Mughits yang membara di dalam keadaan seperti itu. Ini kerana,
cinta merupakan sesuatu yang tidak boleh dibendung dan ia bukan merupakan
inisiatif diri sendiri.Namun, ia perlu dikawal berdasarkan akal yang sihat
dtunjangi dengan nilai-nilai Islami.
Cinta
memerlukan proses
Bowman
menolak isitlah cinta pandang pertama.Bagi beliau,hadirnya cinta dalam diri
seseorang memerlukan proses yang berperingkat. Menurut beliau lagi,tidak
mungkin cinta sejati akan terbina tanpa mengetahui dengan mendalam tetang si
dia.Latar belakang,keluarga, perangainya, dan serba serbi tentang si dia yang
dicintai perlu diketahui.Cinta bukanlah suatu perkara remeh dan boleh dibuat
main-main,kerana destinasi akhir cinta adalah perkahwinan.
Begitu
juga dengan konsep Islam yang berperingkat- peringkat dalam hal cinta.Merisik,
bertunang dan kemudian berkahwin.Dalam setiap peringkat ini,kedua-dua pasangan
dibenarkan mengetahui latar belakang masing-masing. Sama ada sekufu atau
tidak,ada kecacatan atau tidak,bersedia atau tidak dan semuanya adalah
persediaan sebelum bergelar suami isteri.Setiap proses ini pula,dibatasi dengan
kaedah-kaedah syarak,seperti tidak boleh berdua,perlunya mahram apabila
berjumpa dan kebiasaannya si lelaki akan berkunjung ke rumah keluarga si
wanita.Membuktikan bahawa,benar cinta perlu melalui pelbagai proses sebelum
dapat disatukan dalam perkahwinan.
"Wahai Rasulullah, kepala saya tidak dapat bertemu dengan kepala
Tsabit buat selama-lamanya. Saya menyingkap ruang kamar, dan melihatnya
bersiap-siap. Ternyata dia sangat hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan sangat
buruk wajahnya.... "[2]
*Hadis
yang memberi petunjuk tentang bolehnya kita merisik sebelum berkahwin.
Cinta untuk bersama dirasai bukan menguasai.
Ramai
yang melakukan kesilapan ketika bercinta.Sikap terlalu mengongkong pasangan
ataupun terlalu mengalah, sehingga pasangan pijak kepala adalah konsep yang
salah.Konsep sebenar adalah give and take ataupun menang-menang. Sama
rata,masing- masing tahu peranan dan tangungjawab yang perlu digalas.Namun bila
kita berperasaan untuk menguasai pasangan kita (mengongkong aktiviti hariannya,
mengatur pakaian,makanan dan sebagainya) ataupun melulu mengalah(tidak menegur
kesilapan, tidak kisah apabila dibuli,tidak ada perasaan cemburu) , itu
bermakna kita belum bersedia untuk bercinta.
Cinta
yang bermotivasi
Barangkali
ungkapan "mandi tidak basah,tidur tidak lena,makan tidak
kenyang" ini perlu dibuang jauh-jauh,walaupun ia warisan melayu.Cinta
bukan untuk menghancurkan diri manusia,tetapi ia membawa motivasi dalam diri
setiap pasangan yang bercinta.Merancang masa depan dengan teliti,bersungguh
dalam mencari rezeki,serta bersikap positif dalam apa jua yang
dilakukan.Seharusny a nilai-nilai yang positif yang perlu diserlahkan apabila
bercinta.
Cinta
tidak menghilangkan masalah
Ada
orang kata,apabila bercinta semua masalah boleh hilang sebab hati senang.Tapi
yang nyatanya ialah,cinta memberi kita dorongan dan kekuatan untuk menghadapi
masalah.Kita akan lebih ada kekuatan untuk mengatasi segala masalah bersama
pasangan kita.Lihat sahaja bagaimana Nabi Muhammad dapat menghadapi masalah
dengan tenang,apabila Saiditina Aisyah difitnah orang kaum musyrikin.Peristiwa
ini menjadi sebab ayat Quran ayat 11 dari surah An-nur diwahyukan kepada Nabi
Muhammad,dikenali sebagai asbabul Nuzul.
Maksud
Ayat:
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari
golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu
bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat
balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil
bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang
besar.
Berita
bohong ini mengenai isteri Rasulullah s.a.w. 'Aisyah r.a. Ummul Mu'minin,
setelah perang dengan Bani Mushtaliq bulan Sya'ban 5 H. Perperangan ini diikuti
oleh kaum munafik, dan turut diikuti 'Aisyah dengan Nabi berdasarkan undian
yang dilakukan antara isteri-isteri beliau. Dalam perjalanan mereka pulang dari
peperangan, mereka berhenti di suatu tempat. 'Aisyah keluar dari tempat
duduknya(semacam tempat tandu) untuk suatu keperluan, kemudian ke tempatnya
semula. Tiba-tiba rantainya hilang, lalu dia pergi lagi mencari. Ketika dia
sedang asyik mencari, rombongannya berangkat pulang dengan menyangka bahwa
'Aisyah masih ada dalam tandu. Setelah 'Aisyah mengetahui, tandunya sudah
berangkat,dia duduk di tempatnya dan mengharapkan rombongan itu akan kembali
menjemputnya. Kebetulan, lewat ditempat itu seorang sahabat Nabi, Shafwan ibnu
Mu'aththal, sahabat tersebut terlihat seseorang sedang tidur sendirian dan dia
terkejut kemudian mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un,
isteri Rasul!" 'Aisyah terbangun. Lalu dia dipelawa oleh Shafwan menaiki
untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sehingga sampai mereka tiba di Madinah.
Orang-orang yang melihat mereka bercakap-cakap menurut pendapat masing-masing.
Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, maka
fitnahan atas 'Aisyah r.a. itupun bertambah luas, sehingga menimbulkan
kegoncangan di kalangan kaum muslimin.Maka turunlah ayat ini.
Cinta
bukan tertumpu pada batang tubuh pasangan
Jika
cinta kita bukan hanya terbatas pada kecantikan atau kegebuan pasangan
kita,tetapi cinta itu meliputi segala aspek.Jika aspek fizikal sahaja yang
diutamakan,maka cinta itu bukanlah cinta yang sebenar,kerana cinta itu
didasarkan pada hawa nafsu semata!Sebab itu Nabi mengajar umatnya, apabila
ingin memilih pasangan pilihlah agamanya dulu.Kemudian barulah diikuti dengan
keturunan kecantikan dan harta.
Direkodkan dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: Rasulullah bersabda:
"Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung." (Direkodkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), anNasaa'i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
"Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung." (Direkodkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), anNasaa'i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Cinta
tidak buta
Cinta
sama sekali tidak buta.Orang yang bercinta akan memandang semua sisi
kekasihnya.Sama ada buruk atau baik,dia akan tetap menerimanya. Saling
mengamalkan sikap toleransi dan sentiasa bersangka baik terhadap pasangannya.
Orang yang bercinta atas dasar agama,keburukan yang ada pada pasangannya akan
dibaiki dan diperelokkan. Kebaikan pasangannya pula,akan disulami dengan
kebaikan yang ada pada dirinya.Namun, kalau cinta didasari nafsu,keburukan
pasangan tidak diendahkan namun akan meninggalkannya setelah puas memenuhi
tuntutan nafsu!Itu sebab,cinta kerana agama adalah cinta terbaik.
Siapa yang ingin merasakan lazatnya iman maka cintailah seseorang hanya
karena Allah(HR Muslim)
Cinta
memperhatikan kelansungan hubungan
Orang
yang bercinta akan mengambil berat akan hubungan dengan kekasihnya.Seboleh
mungkin, dia akan cuba mengelak perkara-perkara yang boleh merosakkan
hubungannya. Orang yang bercinta,akan lakukan apa saja untuk menggembirakan
pasangannya. Kerana dia sedar,apabila dia memberi dia juga akan merasai
kegembiraan tersebut.
Cuba
anda fikirkan sejenak,mengapa seorang bapa sanggup menghadiahkan sesuatu yang
berharga pada anaknya?Kerana bapa gembira melihat anaknya gembira dengan
pemberiannya. Dia berasa puas sebab dapat menyenangkan orang yang dia
sayangi.Begitu jugalah dengan pasangan yang sedang bercinta..
Sesungguhnya orang ramai berusaha untuk memberi hadiah kepada Rasulullah
s.a.w ketika baginda s.a.w berada di rumah Aisyah. Mereka berbuat demikian
untuk mendapatkan keredaan Rasulullah s.a.w (Hadis direkodkan Muslim)
Cinta
berani melakukan perkara yang tidak disukai
Selain
berusaha untuk mengembirakan kekasihnya,orang yang bercinta akan sanggup
melakukan perkara yang tidak disukainya.Misalnya ,kalau pasangannya tidak suka
untuk berjumpa sebelum berkahwin, pada saat itu juga dia memang teringin sangat
nak berjumpa,namun disebabkan ketidakmahuan pasangannya itu dia sanggup
melupakan hasrat tersebut.Seharusnya ,sikap begitulah yang perlu ada dalam
setiap pasangan yang bercinta.
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan
orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan
perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.
Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(An-Nur: 32).
Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang
mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan
seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya" . (Hadis Riwayat Ahmad 2:
251, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518,
dan Hakim)
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku
lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandainya pengorbanan
itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
0 comments:
Catat Ulasan