Buscar

Páginas

Wanita Melamar Calon Suami.

Islam membolehkan wanita mengorak langkah pertama untuk melamar calon suami yang dirasakan sesuai. Wanita Islam tidak semestinya duduk dan tunggu lelaki datang melamarnya, bagaikan menunggu jodoh datang bergolek kepadanya.
          Cara pertama lagi terbaik ialah memintakan wali – yakni ayah – untuk melamar calon suaminya. Cara ini pernah ditunjuk oleh al-Qur’an, ketika seorang ayah berkata kepada Nabi Musa: Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini.” [al-Qashash 28:27] Ayat di atas menunjukkan bagaimana seorang wali melamarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki. Oleh itu jika seorang wanita itu ingin melamar calon suaminya, dia boleh – malah patut – meminta agar walinya melamar calon suami tersebut.
          Cara kedua ialah meminta orang tengah untuk melamar calon suami. Ini merujuk kepada tindakan Rasulullah yang menggunakan Hathib bin Abi Balta’ah untuk melamat Umm Salamah. Penggunaan orang tengah bukan sahaja bagi lelaki melamar calon isteri tetapi boleh juga bagi wanita melamar calon suami.
          Apabila memilih orang tengah, pilihlah orang yang berpengalaman dalam hal ehwal rumahtangga, pandai memberi nasihat, mengenali calon yang bakal dilamar dan amanah menjaga rahsia. Ciri-ciri ini membolehkan orang tengah tersebut menilai sama ada lamaran yang dicadangkan itu sesuai atau tidak dan apa-apa perkara-perkara tambahan yang perlu diperhatikan oleh kedua-dua bakal suami-isteri. Jangan memilih orang tengah yang sebarangan, dibimbangi mudarat melebih manfaat dalam proses lamaran tersebut.
          Cara ketiga ialah wanita melamar terus calon suaminya. Sahl bin Sa’ad menerangkan bahawa seorang wanita pernah datang menawarkan dirinya menjadi isteri Rasulullah. Rasulullah tidak menerima lamaran tersebut, namun tidak menegur atau menasihati sikap wanita tersebut yang dengan berani melamar terus kepada baginda. [Shahih Muslim, no: 2554]
          Mungkin ada yang berpendapat seorang wanita patut memiliki sikap malu untuk melamar terus calon suaminya. Pendapat ini perlu dibetulkan bahawa seseorang itu tidak sepatutnya malu-malu melakukan apa yang halal lagi dibolehkan oleh agama. Sikap malu hanyalah terhadap apa yang dilarang dan ditegah oleh agama. Berkenaan sikap malu ini, Anas bin Malik menerangkan:
          Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada baginda (untuk dijadikan isteri).” Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah anda berhasrat padaku?” Anak perempuan Anas (yang turut hadir saat itu) berkata: “Alangkah sedikitnya rasa malu dia.” Anas berkata: “Wanita itu lebih baik berbanding kamu sebab dia suka kepada Nabi sehingga dia menawarkan dirinya kepada baginda.” [Shahih al-Bukhari, no: 4726]
          Oleh itu seorang wanita boleh melamar terus kepada calon suaminya jika dia yakin tindakannya itu akan tetap menjaga maruahnya dan lamaran tersebut akan diberi pertimbangan serius oleh calon lelaki tersebut. Sebaliknya jika lamaran secara terus akan menjadikan wanita itu sebagai subjek gossip dan lawak jenaka, maka  lebih baik beralih ke cara pertama dan kedua yang diterangkan di atas.

"Jika aku TIDAK menulis dengan jari, maka aku akan menulis dengan HATI,..aku tidak pandai berbahasa sastera maka aku BERUSAHA berbahasa TAKWA..menulis bukan untuk mengkayakan BAHASA tapi menulis untuk melakar IMAN didalam jiwa... >>Biarlah sekalipun kita tidak TIDAK HEBAT menulis,..yang penting setiap ILMU yang disampaikan terus ditulis, menulislah sesuatu yang PERLU,..jangan menulis mengikut mahu, apabila kita sentiasa MANFAATKAN sesuatu yang ada disisi, secangkir pena sekalipun banyak memberi ERTI kepada yang memerlukan".

Jumaat, 20 Mei 2011