Buscar

Páginas

Majlis Makan Malam

In Shaa Allah, malam ini akan menghadiri majlis makan malam Yang diPertua Dewan Negara bersama Ahli-ahli Dewan Negara & meraikan Ahli-ahli Dewan Negara yang Tamat Tempoh di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia

Lama juga tak update Blog ni,
bukan apa busy sangat dengan persidangan Dewan Rakyat yang baru berakhir pada 29 November 2012, hari Khamis yang lalu setelah hampir 3 bulan bersidang.
so skrg masa utk berjuang utk Dewan Negara pula...
Maybe selepas je Dewan negara ni, akan terlibat pula dgn PRU13...
tapi saya sangat sukakan kerja saya, politik..
okeylah, nnt kalau dah habis Dewan Negara, saya akan update blog rajin2 ye,..
nak share dengan kawan2 tentang persiapan perkahwinan saya pula.. 
In Shaa Allah, Ameen.

Ketaatan seorang wanita.

Sebagai seorang anak perempuan, satu yang saya risaukan ialah bagaimana ketaatkan saya kepada ibu bapa dan bakal suami kelak. Mungkin ada yg bertanya kenapa saya perlu risau? Hakikatnya saya tetap mahu taat kepada ibu bapa walaupun telah berkahwin kelak. So saya telah mencari hadis serta maklumat lain mengenai hal ini. Seterusnya saya tuliskan semula untuk panduan diri dan orang lain. [mohon kepada yang arif perbetulkan jika terdapat kesalahan, mudah-mudahan ia berguna kpd semua wanita yang mahu berkahwin ataupun telah berkahwin. InshAllah, Ameen]

Ramai yang beranggapan bahawa tanggungjawab terhadap ibu-bapa hanya tanggungjawab anak lelaki. Sedangkan hal yang sebenarnya anak perempuan juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu-bapa. Memang benar kita sebagai perempuan kena taat kepada suami kita selepas kahwin. Tetapi, perlu diingatkan wahai kaum adam, anda sebagai seorang menantu juga mempunyai kewajipan terhadap ibu-bapa mentua. Jika anda menyekat isteri-isteri anda untuk berbakti kepada ibu-bapa mereka, andalah yang akan menanggung dosa-dosa menderhaka terhadap ibu-bapa, bukan isteri anda. Ini disebabkan apabila sudah kahwin, kita kena mentaati ibu-bapa mentua kita sebagaimana kita mentaati ibu-bapa kita sendiri. 

Perkahwinan seorang anak perempuan dengan seorang lelaki tidak memutuskan hubungannya dengan ibu bapa dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita. Islam tidak menuntut kita lakukan sesuatu lebih dari kemampuan. Bagi lelaki yang telah berkahwin, kebajikan ibu bapa mertua juga menjadi tanggungjawabnya sebab status ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa sendiri.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Isra'il (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu-bapa, dan kaum kerabat, anak yatim, serta orang miskin dan katakalah kepada sesama manusia perkataan yang baik...”” (Surah al-Baqarah ayat 83)

Apabila seorang wanita dinikahi maka keutamaan baginya ialah mentaati suaminya tanpa berbelah bagi selagi mana suaminya tidak menyuruhnya melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT. Mentaati suami perlu diutamakan tanpa menafikan kewajipan mentaati kedua-dua ibu bapa. Tidak kira ibu bapa itu daripada pihak suami mahupun daripada pihak isteri. Berkahwin bukan sekadar mengikat tali hubungan antara seorang lelaki dan perempuan malah perkahwinan itu ialah jambatan bagi membina persaudaraan antara keluarga lelaki dan perempuan.

Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW memperlihatkan akan kedudukan suami yang sepatutnya dihormati, sekali gus tidak ingkar kepada perintahnya. Dalam maksudnya yang lain menggambarkan bahawa suami mesti dimuliakan, dan kemuliaan itu bukan kerana Islam ingin memberi darjat yang berbeza antara lelaki dan wanita tetapi adalah untuk melihat kepada pengorbanan dan kesanggupan dia menjadi suami dan menjaga kehormatan isterinya.

Persoalan yang sering kali menjadi dilema seorang wanita yang bergelar isteri : 
“Bolehkah seorang isteri menziarahi ibu bapa (atau keluarganya) tanpa izin suami?” Malah, ramai yang berfahaman, “Ketaatan seseorang isteri kepada suami lebih dituntut” berbanding dengan “Ketaatan isteri kepada ibu bapanya”. Sebagai contoh, saya petik kata-kata ini, “....bila dah berumah tangga, syurga suami masih di bawah tapak kaki ibu kandungnya ..... dan syurga isteri dah bertukar ke bawah tapak kaki suaminya ..... hatta ada dalam sejarah Islam yg merujuk kepada ketaatan isteri hendaklah sepenuhnya pada Allah dan suami sehinggakan kalau suami tak benarkan isteri berjumpa dengan mertua (ibu bapa isteri) sekalipun, isteri hendaklah mentaati suaminya...”

Bagaimanapun, saya hanya ingin mengupas persoalan hak isteri dalam menziarahi ibu bapa tanpa izin suami ini, saya samakan dengan taat suami vs taat ibu bapa, bukan hak suami vs hak isteri. Saya difahamkan, seorang isteri tidak boleh keluar menziarahi ibu bapa (walaupun ibu bapanya sakit atau meninggal dunia) jika tiada keizinan suami. Ini berdasarkan dua kisah yang berbeza seperti di bawah :

Kisah 1

Dalam sebuah riwayat diterangkan; sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika hendak meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, “Janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang.” Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri jatuh sakit.

Maka si isteri tersebut mengutus seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Jawab Rasulullah, “Tunggulah suamimu pulang, janganlah keluar rumah.” Akhirnya orang tua si isteri meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, “Tunggulah hingga suami mu pulang.” Setelah itu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa ibunya disebabkan ketaatannya kepada suaminya.

Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang paling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri ibu dan bapa serta keluarganya yang lain.

Kisah 2 – Petikan Suami larang isteri ziarah keluarga.

Tidak dikira sebagai dosa jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami. Perkara ini disandarkan kepada satu hadis dengan sanad yang agak lemah, iaitu hadis berikut;

“Seorang lelaki yang keluar bermusafir. Dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun dari tingkat atas kepada tingkat bawah. Bapa isterinya itu tinggal di tingkat bawah. Bapanya ditimpa sakit. Isterinya itu telah mengutuskan seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi keizinan kepadanya turun untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit. Nabi SAW bersabda; “Taatilah suami kamu.” Kemudiannya, bapanya meninggal dunia, lalu dia mengutuskan lagi kepada Rasulullah. Nabi SAW bersabda, “Taatilah suami kamu.” Jenazah bapanya dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri untuk diberitakan bahawa Allah telah mengampunkan dosa bapanya disebabkan ketaatannya terhadap suaminya[5]” [5] Takrij Ahadis Al-Ihya’ li Al-Iraqi : 1551.

Saya bukanlah seorang yang arif tentang hadis, namun saya lihat hadis pertama tiada perawi mahupun periwayat dan hadis kedua dikatakan sanadnya lemah, juga tiada perawi dan riwayat daripada siapa. Kisah 1 berkenaan ibu yang sakit dan kisah 2 pula si ayah yang sakit. Apakah status hadis-hadis ini? Jika sanadnya lemah, adakah statusnya ‘hadis daif’? Betulkan saya jika tersilap.

Bolehkah kita beramal dengan hadis daif? Sedangkan, para ulama sendiri berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif.
Dari sumber di atas, ada tiga golongan ulama yang khilaf pendapat iaitu :
________________________________________________________________

Golongan pertama - Hadis dhaif tidak boleh digunakan walaupun untuk tarqib (galakan), tarhib (menakut-nakutkan), fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah berjaga-jaga. Ini merupakan pendapat Imam Bukhari dan Muslim, yang disokong oleh Abu Bakar al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri) dan lain-lain.

Golongan kedua - Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan dan lain-lain. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Kata Imam Ahmad: “Hadis dhaif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang.”

Golongan ketiga - Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan, kisah-kisah, galakan dan sebagainya. Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan hukum-hakam. Ini adalah pendapat yang muktamad bagi para ulama muhaqqiqin dengan syarat-syarat yang tertentu. Antara tokoh yang berpegang dengan panangan ini ialah Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar.

Saya lebih cenderung kepada golongan pertama, kerana saya pernah membaca artikel di utusan, sahih Imam Bukhari dan Muslim hampir/dekat dengan al-Quran. Jadi, saya guna-pakai pendapat Imam Bukhari dan Muslim dalam bab hadis dhaif juga.

Sumber 1 – utusan menyebut :

Peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah, menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka setiap hari kalau dia mahu.

Harus juga bagi si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali, namun ditegaskan oleh para ulama itu sekiranya suasana aman, sekiranya suasana tidak aman maka tidak harus bagi si isteri keluar tanpa izin suaminya, yang demikian ialah demi menjaga keselamatannya
 (hlm:162).

Sumber 2 – kias.edu.my/nushus pula menyebut :

Mengenai keluar rumah kerana menziarahi dua ibu bapa walau pun tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz mengikut setengah pandangan, malah mereka berpendapat isteri mempunyai hak menziarahi dua ibu bapa lebih kerap sekiranya dua ibu bapanya sakit dan tidak ada orang lain yang menjaganya. Ini tanpa mengira sama ada di izin atau tidak oleh suami kerana manusia dituntut oleh Islam membuat kebaikan sedaya yang mampu kepada dua ibu bapa ,sama ada sebelum atau selepas kahwin dan sama ada ibu bapa Islam atau tidak.

Hanafi hanya membolehkan isteri menziarahi dua ibu bapa tanpa izin sekirnya mereka sakit sahaja. Dengan lain perkataan menziarahi dua ibu bapa tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz sekiranya mereka sakit.

Ada pandangan lain menyatakan makruh suami tidak mengizinkan isteri menziarahi dua ibu bapanya. Alasannya membuat kebaikan kepada dua ibu bapa dan menghubung tali silaturahim adalah kewajipan yang dituntut oleh agama. Menghalang mereka menziarahi dua ibu bapa menyebabkan berlaku kerenggangan hubungan dan mendorong mereka melakukan perbuatan derhaka. Sedangkan melakukan kebaikan dan menghubung silaturrahim adalah satu tuntutan Syara'. Firman Allah, (al-Isra’ : 24), maksudnya,
 “Allah telah memfardukan kepada kamu supaya kamu jangan mengabdikan diri melainkan terhadapNya dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu melaku ihsan.”

Persoalan yang banyak berlegar di sekeliling kita :

1.) Apakah hak seorang suami dalam melarang/menegah isteri daripada menziarahi ibubapanya?

2. Apakah peruntukan undang-undang Islam Negeri dalam hak isteri menziarahi ibubapa/keluarga (tanpa izin suami)?

3. Bukan sedikit isteri dalam dilema terpaksa taat kepada suami sehingga mengabaikan ibubapa. Benarkah ajaran Islam ada menyatakan ketaatan isteri berpindah kepada suami bila dia berkahwin?

4. Bukan sedikit anak perempuan membelakangkan ibu bapa, atas alasan sudah bersuami, malah ramai yang beranggapan isteri adalah hak mutlak suaminya.

5. Bagaimana pula jika ibu bapa yang hanya mempunyai anak perempuan, adakah mereka hilang hak diziarahi anak (jika suami tidak membenarkan)?

Akibat dilema inilah, ada isteri yang menyangka Islam sangat zalim kerana perkahwinan memisahkannya dengan ibu bapa dan keluarganya. Mereka merasakan Islam tidak adil dan banyak memihak kepada suami. Akibat dilema ini juga, ada ibu bapa merasa, rugi sungguh jika mendapat anak perempuan kerana apabila dia bersuami, dia sudah jadi hak suami dan ibu bapa tak dipedulikan lagi. Adakah ini ajaran Islam yang sebenarnya?

Mengikut fahaman saya, taat kepada siapa pun kita harus melihat kepada keadaan/situasi seseorang isteri. Kalau suami halang isteri daripada menziarahi atau menjaga ibubapa yang sakit, apakah isteri perlu taat hanya kerana takut masuk neraka kalau tidak taat?

Ada suami yang beri kata dua kepada isteri, contohnya “Kalau kamu balik kampung ibubapa kamu, jatuh talak satu!”, atau isteri diugut begini, “Sekarang awak sudah menjadi isteri saya, jadi awak kena taat pada saya. Bukan taat kepada ibubapa awak. Kalau saya tidak benarkan awak ziarah ibubapa awak, awak tak boleh ziarah.”

Dalam situasi di atas, apakah pilihan isteri? Sejauh manakah ketaatan kepada suami mengatasi ketaatan kepada ibu bapa? Apakah jatuh haram isteri (berdosalah) yang langgar perintah suaminya yang melarang dia menziarahi ibubapa sakit (contohnya)?

Suami patut ada IHSAN dan EMPATI terhadap isteri, sebab itulah Allah SWT perintah suami agar bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, seperti dalam firman Allah SWT di dalam al-Quran, yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
 (Surah an-Nisaa’ ayat 19)

Dalam ayat al-Quran yang dipetik di atas, Ibn Kathir berpendapat bahawa ayat ini, 
“… dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik…” bermaksud : para suami hendaklah memperelokkan bicara mereka bersama isteri, hendaklah memperelokkan tingkah laku kepada mereka serta menjaga penampilan yang baik mengikut kemampuan kamu seperti mana yang kamu harapkan daripada mereka iaitu isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu melakukan yang baik-baik itu terhadap mereka seperti yang kamu mahukan daripada mereka. (Ibn Kathir, jld:1, hlm: 466)

Maka jelas lagi terang bahawa hukum bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB. Malangnya, berapa ramai yang ikut perintah Allah yang ini? Akibat mengabaikan perintah Allah yang ini, natijahnya amat teruk sekali. Bila suami tidak ikut perintah Allah dan Rasul-Nya, maka, tidak hairanlah isteri tidak taat kepada suami. Ialah, jika suami ikut perintah Allah dan Rasul-Nya, secara automatiknya tentu dia juga menjaga hak-hak isterinya. Bila dia menjaga hak-hak isterinya, agak MUSTAHIL isterinya tidak taat kepadanya dan agak MUSTAHIL pula isteri tidak hormat kepada suaminya. Selalunya orang perempuan ini amat tinggi dengan tahap ketaatan dan kesetiaan mereka. Belas ihsan dan empati mereka lebih tinggi (dibandingkan lelaki), tetapi jika masih ada isteri yang tidak taat walaupun suaminya memenuhi tanggungjawab, adalah silap ‘wayarnya’ di mana-mana...

Bagi suami yang gagal menggauli isterinya dengan baik sedangkan dia taat kepada suaminya adalah berdosa. Rasulullah SAW juga menganjurkan agar setiap suami menggauli isteri dengan cara yang baik/maaruf. Ini jelas dapat dilihat dalam hadis baginda yang bermaksud, 
“Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-baik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain pula sabda baginda yang bermaksud, 
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah sebaik-baik lelaki kepada isteriku.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Boleh saja ada yang berkata, “Suami tak patut halang isteri ziarah ibu bapa, akan tetapi jika suami halang, isteri wajib taat. Ini kerana menjalinkan silaturahim bukan hanya dengan berziarah, banyak cara lain lagi.”

Ziarah perkataan Arab bererti berkunjung ke~ atau pergi menengok, ada makna 'perjalanan' di situ. Ziarah tidak boleh disamakan dengan talipon/email/surat. Zaman Nabi dulu juga ada cara berhubung juga, saya tak tahu. Mungkin ada yang guna burung merpati, atau surat juga mungkin sudah ada. Saya kurang arif. Walau bagaimanapun ziarah adalah sunnah Nabi, tidak kiralah ziarah ibubapa, ahli keluarga, saudara mara dan saudara semuslim yang lain. Ziarah kubur pula tidaklah boleh disamakan dengan melihat gambar kubur. Feeling itu berbeza. Tidak sama. Hikmah ziarah memanjangkan silaturrahim, sepertimana dalam sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: 
“Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Jika ziarah disamakan dengan talipon/email/surat, konsepnya sama dengan tengok aje laksa yang lazat dan ambil bau saja, TAK BOLEH makan ya...

Suami hendaklah berusaha supaya isteri dapat berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri. Isteri pula hendaklah menjalankan tanggungjawab kepada suami dan rumahtangga dengan sebaiknya. Suami tidak boleh mementingkan dirinya sendiri sekiranya isteri telah berusaha sedaya upayanya memenuhi tanggungjawabnya. Adalah tidak wajar seorang suami menghalang isteri daripada menziarahi ataupun berbakti kepada ibu bapanya. Dengan kata lain, seorang isteri ada tanggungjawab kepada Allah, diri, suami, anak dan ibu. Memutuskan hubungan antara anak dan ibu adalah perbuatan zalim dan berdosa. Islam tidak pernah menyuruh mana-mana orang berbuat perkara sedemikian.

Ketaatan kepada suami hanya terdapat melalui hadis, tiada ayat dalam al-Quran yang jelas memperincikannya. Ketaatan kepada suami juga BUKAN MUTLAK tanpa kompromi. Sebaliknya, ketaatan kepada ibu bapa banyak disebut dalam al-Quran. Allah SWT menyuruh kita berulangkali supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Arahan cukup jelas selepas mentaati Allah tiada ketaatan yang lebih tinggi melainkan mentaati kedua-dua orang tua.

Firman Allah SWT berkenaan berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang bermaksud, “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
 (Surah al-Isra', ayat 23-24).

Baginda Rasulullah SAW telah banyak berpesan agar setiap anak melakukan kebaikan terhadap kedua ibu bapanya di antara hadis Baginda daripada Anas bin Malik yang bermaksud: 
Sesungguhnya Nabi SAW apabila menaiki mimbar berkata: “Amin, Amin, Amin," lalu ditanyakan kepada Baginda atas perkara apa tuan ungkapkan amin? Baginda menjawab: Telah datang kepadaku Jibril lalu berkata: “Wahai Muhammad kecelakaanlah bagi seseorang itu apabila disebut namamu yang mendengar tidak berselawat ke atas engkau, katakanlah wahai Muhammad, “Amin” , maka aku pun kata “Amin” , kemudian Jibril berkata lagi, kecelakaanlah seseorang itu yang memasuki bulan Ramadan tetapi pertemuannya tidak mendapat keampunan, katakanlah “Amin” , aku pun kata “Amin” , kemudian Jibril berkata: “Kecelakaanlah bagi seseorang itu dia bertemu dengan kedua orang tuanya, tetapi pertemuannya dengan kedua orang tuanya tidak melayakkan dia memasuki syurga.” (Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 50 ).

Di samping itu, banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Keingkaran seseorang dalam mentaati ibu bapa boleh membawa kemurkaan Allah SWT
. Tidak kurang banyak riwayat yang mengisahkan balasan ke atas golongan yang menerima balasan segera dan tunai daripada Allah SWT.

Ingatlah, dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 
“Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah SWT, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapa mu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

Maka turunlah perintah Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mewasiatkan kepada manusia untuk berlaku baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika mereka menyuruh kamu mensyirikkan dengan apa yang engkau tidak ketahui maka janganlah kamu mentaatinya.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 8).

Semoga bermanfaat.

“Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!”

Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar apabila kita berat untuk melakukan sesuatu, namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan.
Dalam hati kita bermonolog, “Betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat”.
Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya,Adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan?
Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?

Timbul pula persoalan lain, adakah ikhlas itu akan datang tiba-tiba atau perlu dilatih?
Mari kita lihat firman Allah yang bermaksud:

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah:41)

Kewajipan Tetap Kewajipan

Daripada ayat yang dipaparkan kepada kita dalam surah at-Taubah tadi, jelas bahawasanya keberatan atau keringanan kita sedikitpun tidak mengubah syari’at sesuatu amal. Jika kita berasa berat untuk solat fardhu, solat fardhu tidak akan berubah menjadi sunat atau ditarik kewajipannya. Bukankah begitu?
Ertinya ikhlas ataupun tidak, kita tetap perlu melaksanakannya. Begitu juga dengan kewajipan-kewajipan lain seperti berdakwah, berbuat baik kepada ibubapa, menjaga silaturrahim sesama jiran tetangga, taat kepada suami, dan lain-lain. Sememangnya berat atau ringan itu akan muncul atau terdetik di hati kita namun kita tetap perlu melaksanakannya. Jadi, masihkah wajar kita berkata saat ini, “Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat?”

Jalan Menuju Ikhlas

Kadangkala kita suka membuat alasan dengan isu ‘tidak ikhlas’ sebagai jalan untuk kita lari daripada beramal. Kita sentiasa menunggu-nunggu ikhlas itu datang sedangkan kita tidak pernah berusaha mencarinya.
Bagaimana mencari ikhlas? Ya! dengan cara kita berusaha mengatasi ketidakikhlasan kita. Di peringkat permulaan, mungkin kita masih belum ikhlas sepenuhnya melakukan sesuatu ibadah. Jika kita terus meninggalkannya, adakah mungkin suatu hari kita akan mendapat ikhlas secara tiba-tiba? Mungkin juga..
Ingat, ‘mungkin juga’ ialah refleksi kepada ketidakseriusan dalam mendapatkan sesuatu. Namun, jika kita terus konsisten melakukan ibadah tersebut dan berusaha sedaya mungkin mengikhlaskan niat, lama-kelamaan kita akan dikurniakan Allah dengan rasa ikhlas yang tidak ternilai, insya-Allah.

Dalam surah al-Ahzab ayat 70-71, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung.” (Al-Ahzab:70-71)
Kita selalu beranggapan bahawa kita perlu benar-benar cukup bekalan dan sempurna sebelum melakukan sesuatu amal atau kerja dakwah di jalan Allah.
Lantas kita kaku dan tidak beramal.
Sedangkan Allah s.w.t. membawa perspektif bahawa dengan usaha kita melakukan sesuatu amal, Allah s.w.t. akan memperbaiki amal tersebut dan mengampuni dosa kita. Begitu juga dengan ikhlas.
Setelah kita berusaha melakukan amal dan cuba mengikhlaskan niat, Allah s.w.t. akan menyediakan ganjaran yang tidak ternilai buat kita.

Sebelum, Ketika, dan Selepas

Ada orang sudah mengikhlaskan niat sebelum beramal, tetapi ternyata ketika amal itu dilakukan, dia tertipu dengan ramainya orang yang melihatnya beramal dan mengagumi amalnya. Ada orang melepasi ujian ini dan terus beramal dengan ikhlas, namun setelah itu dia sibuk bercerita tentang amalnya kepada orang lain atas tujuan menunjuk-nunjuk. Atau minimum dia ingin orang lain mendengar tentang amalnya daripada mulut orang yang melihat. Bolehkah begitu?

Sesuatu amal itu perlu dijaga kesuciannya sebelum dilakukan, ketika, dan selepas dilaksanakan. Itulah semurni-murni amal yang tidak dicemari dengan ketidakikhlasan. Selagimana kita bermujahadah mengikhlaskan niat tatkala perasaan riya’, ‘ujub dan sum’ah terdetik di hati, kita masih dikira sebagai seorang mujahid yang akan diganjarkan oleh Allah kelak. Namun, tatkala kita larut dalam perasaan-perasaan mazmumah tadi tanpa sedikitpun upaya menyedarkan diri dan meluruskan niat, kita telah gagal dalam ujian ikhlas.

Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi taufik dan hidayah kepada kita dalam beramal di jalan-Nya dengan seikhlas hati. Semoga kita menghargai perjuangan orang-orang terdahulu yang dilanda ujian yang jauh lebih hebat dibanding ujian ringan yang kita rasakan berat. Namun, mereka masih teguh di atas kebenaran. Bagaimana dengan kita?Moga dipermudahkan. Amin..

“Aku cintakan diri-Mu kerana Allah!”

Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.

Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)

Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)

Di dalam sebuah hadis yang lain, nabi salallahualaihiwassalam juga pernah bersabda : “Jika seseorang dari kamu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya.” (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad serta Bukhari di dalam tarikhnya dengan makna yang sepertinya)

Kita juga disunnahkan untuk membalas ucapan cinta itu dengan doa yang berbunyi :

أحبك الله الذي أحببتني فيه

Maksudnya : “Semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku keranaNya.” (riwayat Abu Daud)

Bukti Cinta kerana Allah
1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah. 
Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, kuat tawakkal, selalu mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.
2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan.
3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah.
4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa.
5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah.

Sabda nabi salallahualaihiwassalam : “ Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)

Wanita meminang Lelaki.

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadis dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah s.a.w dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku? lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri kepada nabi) adalah lebih mulia dan lebih baik dari dirimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya demi kebaikan. (Hadis riwayat Bukhari , Nasaie dan Ibn Majah).

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) untuk menyampaikan hajatnya kepada rasulullah melalui katanya :

“Wahai anak saudara pakcik ku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam)

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi mulia yang utama dan disebut dalam hadis yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya : “Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian dari daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya.” (hadis riwayat Muslim)

Menawarkan diri kepada lelak tidak akan mengurangkan nilai dan maruah wanita tersebut di hadapan lelaki bahkan sebaliknya akan dihargai oleh lelaki sebagai wanita yang berani dan layak dihormati kerana kesanggupannya untuk melawan rasa malu dan berterus terang dengan dirinya sendiri. Walaubagaimanapun kita haruslah beringat bahawa tidak semestinya tawaran dan menawarkan diri itu selalu akan berhasil mendapatkan pasangan kerana boleh jadi si lelaki atau wanita yang ditawarkan itu sudah mempunyai pilihan hati atau telah tertarik kepada orang lain.

Maka hendaklah sentiasa redha dan sabar serta terus berusaha tanpa malu atau segan kerana pinangan kita telah ditolak oleh orang lain. Bahkan rasulullah, para sahabat radiallahuanhum sendiri pernah ditolak pinangan mereka dan hal itu tidaklah menjadikan mereka berputus asa kerana rahmat dan rezeki Allah SWT itu amat luas dan sentiasa terbentang untuk mereka yang beriman dan menyakini kebesaran-Nya

Panduan Menghadapi Bekas Kekasih/Pasangan

Dalam hidup ini tiada siapa yang boleh menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kekal kata kita tetapi akhirnya berpisah juga rupanya kemudian.Firman Allah SWT : “Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dilakukannya pada hari esok.” (Luqman : 34) Dunia bukanlah terlalu luas sehingga mustahil untuk kita saling tidak bertemu muka dengan bekas kekasih lama.
Pejam celik masa berlalu pantas tetapi dunia semakin mengecil dan menyempit sehingga kadang-kadang kita terpaksa berjiran dengan bekas kekasih atau kawan lama yang terputus. Ramai orang tidak tahu apa yang harus dilakukan jika bertemu dengan bekas kekasih, bekas tunang, bekas pakwe, atau bekas girlfriend yang suatu ketika dahulu begitu mesra dan akrab.Makan sepinggan, minum secawan bahkan ada yang lebih daripada itu.

Apa yang harus dilakukan ?Melarikan diri atau mengelak dari terus bertemu ? Mengelak dari bercakap atau bertentang mata ? Bagaimana jika bekas kekasih lama itu rakan sekerja dan bersama-sama menghuni kawasan perumahan kondominium yang sama atau kebetulan menaiki bas atau lift yang sama ?Baiklah, berikut ialah panduan untuk anda menghadapi bekas kekasih lama menurut panduan Islam setakat yang mampu saya catatkan.

1. Jangan takut menghadapi kesilapan lalu
Pertama sekali apabila ternampak kelibat bekas kekasih atau rakan lama yang pernah mempunyai hubungan rapat dan mesra dengan kita suatu ketika dahulu maka hendaklah kita jangan melarikan diri. Ramai orang mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dan mengelak dari dihantui rasa bersalah tetapi kemudiannya menderita akibat tekanan perasaan dan gangguan syaitan yang mempergunakan kisah-kisah lama untuk menghalang kita daripada maju ke depan dan menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik.
Setiap orang pernah berbuat silap!Tidak ada manusia yang bersih daripada kesilapan dan dosa kecuali rasul-rasul Allah SWT dan mereka sendiri sebagai manusia pun pernah berbuat silap dan ditegur oleh Allah SWT.
Bertaubatlah kepada Allah SWT atas dosa-dosa kita dan hadapilah ia dengan tabah dan berani serta yakin kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Allah tidak akan mempersia-siakan taubat orang yang ikhlas mahu membersihkan diri kepadaNya !
Firman Allah SWT : “Sesungguhnya taubat di sisi Allah ialah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa : 17)

Oleh yang demikian apabila ternampak bekas kekasih atau melihatnya di suatu tempat, buat seperti biasa dan teruskan urusan anda tanpa perlu takut atau bimbang dan jauh sekali melarikan diri atau mengelak. Serahkan kepada Allah SWT bahawa kejadian ini pasti ada hikmah dan teladannya. Seterusnya bacalah doa isti'azah (meminta perlindungan Allah SWT daripada syaitan) di dalam hati atau secara perlahan dengan menyebut :
اعوذباالله من الشيطان الرجيم
“ Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.”

Sesungguhnya meminta perlindungan daripada Allah terhadap segala keburukan dan kejahatan merupakan kewajipan kepada setiap muslim. Bahkan ianya termasuk perkara ibadah dan penghambaan seseorang kepada Allah dengan menjadikan Allah sebagai pelindung dan tempat memohon segala sesuatu.

2. Buktikan kita telah berubah dengan berani menampilkan diri
Tanda seseorang itu berubah ialah dia berani untuk menampilkan dirinya kepada orang lain dan tidak takut dengan celaan dan umpatan manusia kerana dia benar-benar mahu berubah dan tidak peduli dengan apa yang orang akan kata.
Kalau dahulu “free hair” , berambut “blonde” tetapi kini sudah bertudung dan berbaju kurung maka jangan malu menampilkan diri anda yang baru sekalipun mungkin akan mengundang kecaman dan celaan atau kritikan daripada mereka yang pernah rosak atau sezaman dengan diri anda yang dahulu.
Beranilah kerana benar !
Kita adalah peribadi yang baru dengan diri dan azam yang baru. Hadapi bekas kekasih jika dia berada di hadapan kita atau di sisi kita dengan penuh keyakinan bahawa dia sedang bertemu dengan seseorang yang telah bertaubat, telah berubah dan telah menjadi manusia yang menyerah diri kepada Allah SWT dan mahu menjadi seorang hamba yang berbakti kepada agamanya.
Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash’ari RA, daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.” (hadith riwayat Muslim)

3. Tegur jika perlu dan tunjukkan akhlak yang baik
Jangan sombong atau mendiamkan diri tanpa keperluan jika keadaan memaksa atau mendorong kita untuk bercakap dan bertegur sapa dengannya. Anda boleh dan diizinkan oleh syarak untuk menegurnya dengan memberi salam yang baik dan bertanya sapa sekadar perlu. Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An-Nahl : 90)
Islam ialah agama yang mementingkan akhlak yang baik. Buktikanlah diri anda sudah berubah dengan mempamerkan akhlak yang baik moga-moga jika dia telah berubah maka sebuah ukhuwah yang Islamik dan mulia dapat terhasil dan jika dia masih dalam perangai lama atau dalam kesesatan maka dia akan tersedar dan terpengaruh untuk turut berubah menjadi lebih baik dengan melihat akhlak kita.

4. Mendoakan bekas kekasih
Doa ialah suatu ibadah yang mulia dan mudah dilakukan. Ianya juga adalah sedekah yang paling mudah dibuat oleh seseorang. Jangan kedekut untuk berdoa dan mendoakan bekas kekasih agar dia mendapat kebaikan dan diberikan oleh Allah SWT dengan petunjuk atau hidayah seperti yang kita perolehi. Firman Allah SWT : “Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali-Imran : 134)
Biarlah betapa pahit pun kenangan yang dilalui bersama-sama dahulu sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih. Mendoakan bekas kekasih bermaksud kita sebenarnya telah berjaya memaafkan kesalahan diri kita sendiri dan mampu menghadapi peristiwa lalu dengan ketabahan dan kekuatan jiwa yang kuat.

5. Mengelak dari menjalin hubungan atau komitmen yang tidak perlu
Elakkan apa yang tidak perlu seperti berbual kosong atau berbual dalam perkara yang tidak wajar atau perkara-perkara yang sensitif dan melampaui batasan normal. Juga tidak perlu melayan kerenah bekas kekasih seperti menyuruh kita mengingati kisah lama atau menyatakan perasaan kita sekarang terhadap dirinya atau memberikan dia harapan atau komitmen terhadap pertemuan tersebut.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Antara ciri kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak perlu baginya.” (hadith riwayat Tirmidzi)
Anggapan pertemuan itu ialah suatu ujian dan cubaan daripada Allah SWT untuk melihat apakah kita benar-benar telah berubah dan bersedia menghadapi kesilapan lalu dengan jiwa yang lebih tabah dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik.
6. Kesilapan lalu bukan penghalang kita untuk membina hidup baru
Ingatlah apa yang penting ialah bukan bagaimana kita bermula tetapi ialah bagaimana kita akan berakhir. Semua orang dilahirkan dalam keadaan fitrah tetapi berapa ramai yang akhirnya meninggalkan dunia ini dengan kebaikan dan fitrah yang bersih ?
Tidak penting siapa kita ini dahulu apakah seorang samseng jalanan atau pelacur murahan tetapi apa yang penting ialah siapa diri kita pada hari ini dan apa yang akan terjadi kepada diri kita pada hari esok !
Firman Allah SWt : “Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.” (Al-Furqan : 71)
Tetapkan hati dan jiwa kita untuk beriman dan percaya kepada Allah SWT dan berusaha memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik daripada dahulu tanpa perlu lagi memandang ke belakang.
Majukan langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan ketabahan !
7. Apa yang penting pilihan kita hari ini !
Kita ialah apa yang kita pilih untuk jadi. Jika kita memilih untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa maka kita adalah apa yang kita pilih. Oleh yang demikian apa yang penting ialah pilihan kita dan keberanian kita untuk meneruskan langkah ke hadapan.

Kehidupan tidak pernah mudah.
Firman Allah SWT : “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwal dirimu.” (Muhammad : 31)
Kehidupan ini memang diciptakan oleh Allah SWT untuk menguji kita dan menghancurkan hati-hati kita agar menyerah kalah dan kecewa serta rebah.
Tetapi kita diberi pilihan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjalanan dan untuk memilih tidak mengaku kalah dan bangkit semula daripada kegagalan dan kekalahan !
Firman Allah SWT : “Tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan mensia-siakan amalan mereka.” (Muhammad : 4)
Apa yang penting bukanlah sekuat mana kita diuji tetapi sekuat mana kita tahan diuji. Ketahanan dan ketabahan untuk tidak mengaku kalah dan bangkit daripada kesilapan lalu untuk memperbaiki kehidupan yang akan datang adalah bukti kita benar-benar beriman kepada janji-janji Allah SWT untuk mereka yang percaya kepada hari akhirat dan syurga yang indah. Jangan mengaku kalah kepada kenangan lama!

Salasilah Keturunan Nabi Akhir Zaman, Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum wbh,
Ramai di antara kita mengetahui tentang salasilah keturunan Rasulullah saw, dan ahli keluarga baginda saw. Kita semua tahu bahawa ayah baginda saw bernama Abdullah, dan ibu baginda saw bernama Aminah. Kita juga tahu datuk baginda saw bernama Abdul Muttalib, dan bapa saudara baginda Abu Talib, dan juga Abu Lahab, atau nama sebenar beliau Umar ibnu Hisyam. Kita lihat nama beliau di dalam doa baginda saw, “Ya Allah, islamkanlah salah satu Umar (iaitu samada Umar ibnu Hasyim, aka Abu Lahab, atau Umar ibnu Al-Khattab)”. Maka Allah swt menjawab doa baginda saw dengan islamnya Umar ibnu Al-Khattab.

      Suka penulis bawakan bahawa Rasulullah saw merupakan keturunan susur jalur yang terus kepada nabi Allah Ibrahim as. Kerana itu ada ayat-ayat di dalam Al-Quran, dan juga hadis-hadis baginda saw yang menyebut Ibrahim as sebagai ayah baginda saw, kerana di dalam bahasa Arab, ayah juga boleh diertikan sebagai ayah kandung, datuk dan ke atas. Firman Allah swt, “Jalan (iaitu Islam ini adalah jalan) ayah kamu, Ibrahim. Dialah yang menamakan kamu Muslimin”. Juga kita lihat di dalam hadis baginda saw sewaktu baginda saw mendapat seorang anak lelaki bersama hamba baginda saw, Mariam Qibtiyah, “Aku menamakannya sempena nama ayahku, Ibrahim”.

          Bahkan paras rupa Rasulullah saw itu sendiri juga sangat-sangat mirip kepada Nabi Allah Ibrahim as. Ini dibuktikan di dalam hadis baginda saw, ketika baginda diangkat Allah swt ke langit ketika Isra’ Mi’raj, dan baginda saw bertemu dengan Nabi Ibrahim as. Sabda baginda saw di dalam menceritakan tentang rupa paras Ibrahim as kepada para sahabat, “Andaikata kamu semua melihatnya (Ibrahim), pasti kamu akan sangka dia adalah rakanmu (iaitu, pasti kamu menyangka dia adalah aku Muhammad, kerana rupa mereka mirip)”. Takjub sungguh rasa penulis ketika membaca hadis ini, kerana secara langsung Allah swt telah mengisyaratkan kita kepada tabiat genetic, ribuan tahun sebelum kajian tentang genetic keturunan dimulakan!

       Adapun Rasulullah saw berasal dari keturunan Nabi Ibrahim as, dari jalur keturunan Ismail as. Ingatkah bahawa Nabi Ibrahim as dikurniakan dua orang anak sewaktu usia tua baginda as? Firman Allah swt di dalam merakamkan doa Nabi Ibrahim as, “Segala puji Allah, yang telah mengurniakan kepadaku di usia tuaku Ismail dan Ishaq, sungguh Tuhanku sangat-sangat mendengar permintaa”. Ini merupakan noktah sejarah yang sangat perlu kita ambil perhatian, kerana orang-orang Kristian tidak mengiktiraf akan adanya Ismail as, bahkan mereka mendakwa bahawa Ishaqlah yang terlibat di dalam peristiwa Nabi Ibrahim as diarahkan agar menyembelih anaknya. Ini kerana dari susur galur Ishaqlah lahirnya yang kita kenali sekarang sebagai Bani Israil, atau Yahudi, yang mana akhirnya lahirnya Isa as, Tuhan (?) mereka.
       Adapun nama Bani Israil itu, bererti ‘anak-anak Israil’, dan Israil adalah nama lain bagi Nabi Ya’qub as. ‘Isra’ di dalam bahasa Ibrani (Yahudi) bermaksud hamba, dan ‘il’ bermakna ‘Tuhan’, atau Allah. Maka Israil itu sendiri bermaksud ‘hamba Allah’, atau di dalam bahasa Arab selalu kita kenali sebagai ‘Abdullah”. Dari jalur Nabi Ishaq as, lahir Nabi Ya’qub as, kemudian Yusuf as, dan seterusnya cucu keturunan mereka, Bani Israil aka Yahudi.
       Manakala dari jalur Ismail as, lahirlah keturunan Arab, yang mana kita masih ingat kisah Nabi Ismail as ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim as bersama ibunya Hajar, di lembah Bakkah, yang kini kita kenali sebagai Mekah Al-Mukarramah. Mereka kekal menetap di situ sehingga lahir cucu keturunan mereka, iaitu kaum Arab. Dan seterusnya dari kaum Arab ini, adanya kaum Quraisy, kemudian adanya Bani Hasyim, dan seterusnya dari situlah lahirnya kekasih kita Muhammad saw.
      Penulis juga ingin menceritakan di sini tentang kisah bagaimana datuk baginda saw mendapat nama ‘Abdul Muttalib’, dan juga bagaimana mereka dikenali sebagai Bani Hasyim.
Suatu ketika dahulu, terdapat dua orang adik-beradik, seorangnya bernama Hasyim, dan seorang lagi bernama Muttalib. Maka dikatakan Hasyim telah berhijrah ke Yathrib (yang kini kita kenali sebagai Madinah), dan Muttalib pula kekal di Mekah. Ketika Hasyim di Yathrib mendapat cahaya mata, dia menamakan cahaya matanya itu Muttalib, sempena nama saudara kandungnya di Mekah. Setelah kematian Hasyim, rakan-rakannya telah menghantarkan berita kepada Muttalib di Mekah, menceritakan tentang kematian saudaranya, dan meminta agar dia datang ke Yathrib untuk mengambil anak saudaranya ke Mekah. Setibanya di Mekah, orang ramai melihat Muttalib membawa anak saudaranya, yang juga bernama Muttalib, di belakang kudanya. Di zaman ini, seorang budak yang dibawa naik bersama menunggang kuda adalah biasanya hamba si penunggang kuda, maka dari itulah budak tersebut mendapat gelaran ‘Abdul Muttalib’, iaitu ‘hamba Muttalib’, dan Abdul Muttalib itulah datuk Rasulullah saw.

Penulis juga ingin menceritakan tentang hikmah dan faedah kita mengetahui nama ayah dan ibu baginda saw.
Kata Aisyah ra, terdapat empat cara perkahwinan masyarakat jahiliyyah sebelum datangnya Islam, dan ia adalah:-
i) jika seorang wanita mempunyai kenginan untuk menjalinkan hubungan, dia akan menggantungkan kain, atau meletakkan tanda pada pintu rumahnya. Mana-mana lelaki yang juga sedang berkeinginan akan memasuki rumah tersebut, dan jika mereka bersetuju, hubungan akan terjadi dan jika terhasil anak dari hubungan tersebut, lelaki tersebut akan bertanggungjawab menjaga anak tersebut. Lihat bagaimana walaupun mereka masyarakat Jahiliyah, mereka lebih bertanggungjawab dari jahiliyah moden zaman kita ini, yang sanggup membuang anak di dalam tong sampah. 

ii) ‘perkahwinan’ yang mana seorang wanita menjalinkan hubungan serentak dengan beberapa orang lelaki, dan jika wanita tersebut mengandung, dia akan membawakan bayi tersebut kepada mana-mana lelaki tadi, dan dia akan bertanggungjawab dengan bayi tersebut.

iii) ‘perkahwinan’ di mana jika seorang lelaki yang mempunyai isteri, dan mahukan anak dari keturunan pahlawan, maka dia akan menghantarkan isterinya untuk hidup bersama pahlawan tersebut, seperti hidupnya suami isteri. Apabila isterinya sudah mengandung, maka pahlawan tersebut akan menghantar pulang isterinya, dan anak tersebut akan dikira sebagai anak lelaki tersebut.

iv) perkahwinan melalui akad pernikahan yang sah, yang sebagaimana yang kita ketahui sekarang.

         Penting bagi kita mengetahui nama ibubapa baginda saw, kerana dari nama mereka kita boleh mengetahui manakah cara perkahwinan mereka, kerana dari cara perkahwinan mereka lahir Rasulullah saw. Penting bagi kita bahawa Rasulullah saw dilahirkan dari akad nikah yang sah dan murni, dan baginda saw bukankah anak luar nikah.
      Penulis juga ingin ketengahkan di sini tentang apakah agama Nabi Muhammad saw, serta beberapa orang sahabat baginda saw, sebelum Allah mengangkat baginda saw menjadi nabi dan rasul akhir zaman. Adakah baginda menyembah berhala? Adakah baginda pernah menghulurkan korban kepada sembahan-sembahan kafir Quraisy?
       Agama yang diikuti oleh Rasulullah saw sebelum baginda diangkat menjadi rasul, ialah agama yang kita kenali sebagai Al-Hunafa’, iaitu mereka menyembah Allah swt, dan mereka solat dan beribadah kepada Allah swt mengikut cara yang telah diwariskan oleh Ibrahim as. Maka Muhammad saw, Abu Bakar dan juga Ali ibni Abu Talib ra, kesemuanya adalah dari golongan ini, maka mereka tidak pernah menyembah berhala atau apa-apa amalan syirik.
Sesungguhnya Allah swt telah memelihara Rasulullah saw dari sebarang bentuk syirik dan maksiat, sejak dari sebelum kebangkitan baginda saw menjadi rasul lagi. Kerana itulah kita katakana bahawa perihal hidup baginda saw sebelum diangkat menjadi rasul juga termasuk di dalam definisi sunnah.

‎5 orang yang mirip wajah RASULULLAH S.A.W:

1. Jaafar bin Abi Tolib-
2. Abu Sufian bin Haris bin Abdul Mutalib.
3. Qasam bin al-Abbas.
4. As-Saib bin Ubaid bin Abd.Manaf.
5. al-Hassan bin Ali bin Abi Tolib.

Fatimah Az-zahra Menuntut Keadilan

FATIMAH az-Zahra adalah puteri bongsu nabi Muhammad, hasil perkahwinannya dengan Khatijah. Fatimah dilahirkan pada tahun ke-5 setelah nabi Muhammad diutus menjadi Nabi, bertepatan dengan tiga tahun setelah peristiwa Israk dan Mikraj. 

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadilakhir tahun 605 Masihi semasa masyarakat Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.

Siti Fatimah mendapat gelaran as-Siddiqah (wanita terpercaya); at-Tahirah (wanita suci), al-Mubarakah (yang diberkati Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Az-Zahra (yang cemerlang). 

Beliau juga digelar Al-Batul, iaitu yang menumpukan perhatian kepada ibadah dan menjauhi keduniaan. Fatimah selalu bersujud ketika setiap kali berasa lapar dan berzikir setiap kali berasa susah.

Fatimah mencintai ayahandanya melebihi cintanya kepada siapa pun. Apabila ibunya meninggal dunia ketika berusia enam tahun, Fatimah sentiasa berusaha untuk menggantikan peranan ibunya. 

Fatimah sentiasa mengajak nabi berbual-bual dengan kata-kata yang menggembirakan dan menyenangkan hati nabi. 

Justeru nabi memanggilnya dengan panggilan manja Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh Fatimah kepada ayahnya.

Fatimah mempunyai tiga orang kakak iaitu Zainab, Rugayah dan Ummi Kalsum. Fatimah adalah anak yang paling dicintai dan dikasihi nabi sehingga beliau berkata, "Fatimah adalah darah daging saya, apa yang menyusahkannya juga menyusahkan saya dan apa yang mengganggunya juga mengganggu saya". 

Fatimah menyerupai ayahnya dari sisi rupa dan akhlaknya. Ummu Salamah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah. 

Demikian juga dengan Aishah yang pernah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya.

Zaman kanak-kanaknya diwarnai oleh pelbagai penentangan yang ditujukan kepada agama Islam yang dibawa oleh ayahnya. 

Penyeksaan, celaan yang keji, gangguan mental dan fizikal dan fitnah dilakukan oleh golongan kafir Mekah terhadap umat Islam. 

Allah telah mengurniakan Fatimah dengan sifat lemah-lembut, cerdas dan berani yang tidak dimiliki oleh kanak-kanak lain yang seusianya. Fatimah melihat cabaran dan dugaan yang menimpa keluarga terutama pengalaman pahit yang menimpa ayahnya. 

Cabaran dan dugaan itu mampu difahami oleh Fatimah pada usia yang muda dan ini telah mendewasakan pemikiran Fatimah supaya cekal menghadapinya dengan lebih cekal dan berani.

"Uqbah bin Abi Muit menyimbah kotoran unta pada ayah kamu yang sedang bersujud di Kaabah!," kata seorang wanita kepada Fatimah yang sedang duduk di rumahnya.

"Apa! Sampai hati mereka berbuat demikian kepada ayah saya," jawab Fatimah yang bergegas keluar dari rumahnya.

Fatimah berlari sekuat hati menuju ke arah Kaabah. Jantungnya berdegup dengan pantas memikirkan apa yang telah berlaku pada ayahnya. Apabila sampai di hadapan Kaabah, Fatimah melihat pembesar-pembesar Quraisy sedang ketawa kuat sambil menunjuk jari mereka kepada ayahnya.

Beliau pantas menghampiri ayahnya yang tengah bersujud di Kaabah. Fatimah melihat perut-perut unta yang berdarah dan bernajis di atas kepala ayahnya. Beliau membersihkan kotoran itu dengan pantas. 

Air mukanya kelihatan sedih bercampur geram kerana kotoran itu terpalit keseluruhan jubah ayahnya. Fatimah bangun dan menghampiri Uqbah bin Abi Muit dan pembesar Quraisy lain yang berdiri sombong bongkak tanpa perasaan takut. 

Beliau menjeling tajam kepada semua wajah-wajah itu dengan air mukanya yang benar-benar marah dengan tindakan mereka terhadap ayahnya.

"Mengapa kamu melakukan perkara keji ini kepada ayah saya?" tanya Fatimah dengan nada keras dan marah.

"Suka hati kamilah. Mari kita tinggalkan tempat ini. Puas hati saya melihat jubah Muhammad penuh dengan kotoran unta," kata Uqbah lalu beredar dari situ bersama pembesar Quraisy lain meninggalkan Fatimah yang masih sedih dan marah.

Pada satu peristiwa lain pula, Fatimah sedang berjalan di sebuah lorong ketika berselisih dengan Abu Jahal yang terkenal dengan permusuhannya terhadap agama Islam. 

Abu Jahal menahan Fatimah lalu menampar muka Fatimah beberapa kali. Fatimah terkejut dengan perbuatan Abu Jahal terus berlari menuju khemah pemimpin Quraisy yang sedang duduk berbincang.

"Ya Abu Sufian, ketua pemimpin Quraisy. Saya ingin mengadu tentang sikap buruk Abu Jahal yang tiba-tiba menampar muka saya tanpa sebab. Saya mahu keadilan!," kata Fatimah di hadapan Abu Sufian tanpa perasaan takut.

"Apa! Abu Jahal menampar kamu tanpa sebab. Pergi panggil Abu Jahal ke sini," arah Abu Sufian kepada pengawal di sebelahnya.

Abu Jahal pun datang dengan tergesa-gesa menuju khemah tempat pemimpin-pemimpin Quraisy sedang berbincang. 

Dia tak menyangka Fatimah akan datang mengadu kepada Abu Sufian tentang perbuatannya terhadap Fatimah. Dia berharap Abu Sufian akan menyebelahinya dalam perkara itu. 

Dia masuk ke dalam khemah itu dengan muka sombong memandang wajah Fatimah yang kelihatan tenang.

"Mengapa kamu menampar muka Fatimah tanpa sebab, Abu Jahal?," tanya Abu Sufian.

"Sahaja. Saya geram dengan ayahnya". Jawab Abu Jahal dengan bongkak.

"Kamu tak ada hak berbuat demikian terhadap budak kecil ini," kata Abu Sufian lalu memandang wajah Fatimah.

"Hulur muka kamu supaya Fatimah boleh menampar muka kamu," arah Abu Sufian kepada Abu Jahal yang kelihatan terkejut mendengar keputusan Abu Sufian itu.

Fatimah tidak melepaskan peluang itu untuk menampar muka Abu Jahal yang selama ini banyak menyakitkan hati ayahnya. Beliau menampar muka Abu Jahal dengan sekuat hati dan pulang dengan hati gembira ke rumahnya. 

Fatimah menceritakan perkara yang berlaku itu kepada ayahnya. Nabi gembira kerana Abu Sufian telah memberikan keputusan yang adil kepada aduan anaknya.

"Jika aku TIDAK menulis dengan jari, maka aku akan menulis dengan HATI,..aku tidak pandai berbahasa sastera maka aku BERUSAHA berbahasa TAKWA..menulis bukan untuk mengkayakan BAHASA tapi menulis untuk melakar IMAN didalam jiwa... >>Biarlah sekalipun kita tidak TIDAK HEBAT menulis,..yang penting setiap ILMU yang disampaikan terus ditulis, menulislah sesuatu yang PERLU,..jangan menulis mengikut mahu, apabila kita sentiasa MANFAATKAN sesuatu yang ada disisi, secangkir pena sekalipun banyak memberi ERTI kepada yang memerlukan".

Isnin, 3 Disember 2012

Majlis Makan Malam

In Shaa Allah, malam ini akan menghadiri majlis makan malam Yang diPertua Dewan Negara bersama Ahli-ahli Dewan Negara & meraikan Ahli-ahli Dewan Negara yang Tamat Tempoh di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia

Lama juga tak update Blog ni,
bukan apa busy sangat dengan persidangan Dewan Rakyat yang baru berakhir pada 29 November 2012, hari Khamis yang lalu setelah hampir 3 bulan bersidang.
so skrg masa utk berjuang utk Dewan Negara pula...
Maybe selepas je Dewan negara ni, akan terlibat pula dgn PRU13...
tapi saya sangat sukakan kerja saya, politik..
okeylah, nnt kalau dah habis Dewan Negara, saya akan update blog rajin2 ye,..
nak share dengan kawan2 tentang persiapan perkahwinan saya pula.. 
In Shaa Allah, Ameen.

Jumaat, 2 November 2012

Selasa, 23 Oktober 2012

“Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!”

Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar apabila kita berat untuk melakukan sesuatu, namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan.
Dalam hati kita bermonolog, “Betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat”.
Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya,Adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan?
Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?

Timbul pula persoalan lain, adakah ikhlas itu akan datang tiba-tiba atau perlu dilatih?
Mari kita lihat firman Allah yang bermaksud:

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah:41)

Kewajipan Tetap Kewajipan

Daripada ayat yang dipaparkan kepada kita dalam surah at-Taubah tadi, jelas bahawasanya keberatan atau keringanan kita sedikitpun tidak mengubah syari’at sesuatu amal. Jika kita berasa berat untuk solat fardhu, solat fardhu tidak akan berubah menjadi sunat atau ditarik kewajipannya. Bukankah begitu?
Ertinya ikhlas ataupun tidak, kita tetap perlu melaksanakannya. Begitu juga dengan kewajipan-kewajipan lain seperti berdakwah, berbuat baik kepada ibubapa, menjaga silaturrahim sesama jiran tetangga, taat kepada suami, dan lain-lain. Sememangnya berat atau ringan itu akan muncul atau terdetik di hati kita namun kita tetap perlu melaksanakannya. Jadi, masihkah wajar kita berkata saat ini, “Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat?”

Jalan Menuju Ikhlas

Kadangkala kita suka membuat alasan dengan isu ‘tidak ikhlas’ sebagai jalan untuk kita lari daripada beramal. Kita sentiasa menunggu-nunggu ikhlas itu datang sedangkan kita tidak pernah berusaha mencarinya.
Bagaimana mencari ikhlas? Ya! dengan cara kita berusaha mengatasi ketidakikhlasan kita. Di peringkat permulaan, mungkin kita masih belum ikhlas sepenuhnya melakukan sesuatu ibadah. Jika kita terus meninggalkannya, adakah mungkin suatu hari kita akan mendapat ikhlas secara tiba-tiba? Mungkin juga..
Ingat, ‘mungkin juga’ ialah refleksi kepada ketidakseriusan dalam mendapatkan sesuatu. Namun, jika kita terus konsisten melakukan ibadah tersebut dan berusaha sedaya mungkin mengikhlaskan niat, lama-kelamaan kita akan dikurniakan Allah dengan rasa ikhlas yang tidak ternilai, insya-Allah.

Dalam surah al-Ahzab ayat 70-71, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung.” (Al-Ahzab:70-71)
Kita selalu beranggapan bahawa kita perlu benar-benar cukup bekalan dan sempurna sebelum melakukan sesuatu amal atau kerja dakwah di jalan Allah.
Lantas kita kaku dan tidak beramal.
Sedangkan Allah s.w.t. membawa perspektif bahawa dengan usaha kita melakukan sesuatu amal, Allah s.w.t. akan memperbaiki amal tersebut dan mengampuni dosa kita. Begitu juga dengan ikhlas.
Setelah kita berusaha melakukan amal dan cuba mengikhlaskan niat, Allah s.w.t. akan menyediakan ganjaran yang tidak ternilai buat kita.

Sebelum, Ketika, dan Selepas

Ada orang sudah mengikhlaskan niat sebelum beramal, tetapi ternyata ketika amal itu dilakukan, dia tertipu dengan ramainya orang yang melihatnya beramal dan mengagumi amalnya. Ada orang melepasi ujian ini dan terus beramal dengan ikhlas, namun setelah itu dia sibuk bercerita tentang amalnya kepada orang lain atas tujuan menunjuk-nunjuk. Atau minimum dia ingin orang lain mendengar tentang amalnya daripada mulut orang yang melihat. Bolehkah begitu?

Sesuatu amal itu perlu dijaga kesuciannya sebelum dilakukan, ketika, dan selepas dilaksanakan. Itulah semurni-murni amal yang tidak dicemari dengan ketidakikhlasan. Selagimana kita bermujahadah mengikhlaskan niat tatkala perasaan riya’, ‘ujub dan sum’ah terdetik di hati, kita masih dikira sebagai seorang mujahid yang akan diganjarkan oleh Allah kelak. Namun, tatkala kita larut dalam perasaan-perasaan mazmumah tadi tanpa sedikitpun upaya menyedarkan diri dan meluruskan niat, kita telah gagal dalam ujian ikhlas.

Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi taufik dan hidayah kepada kita dalam beramal di jalan-Nya dengan seikhlas hati. Semoga kita menghargai perjuangan orang-orang terdahulu yang dilanda ujian yang jauh lebih hebat dibanding ujian ringan yang kita rasakan berat. Namun, mereka masih teguh di atas kebenaran. Bagaimana dengan kita?Moga dipermudahkan. Amin..

Isnin, 8 Oktober 2012

“Aku cintakan diri-Mu kerana Allah!”

Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.

Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)

Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)

Di dalam sebuah hadis yang lain, nabi salallahualaihiwassalam juga pernah bersabda : “Jika seseorang dari kamu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya.” (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad serta Bukhari di dalam tarikhnya dengan makna yang sepertinya)

Kita juga disunnahkan untuk membalas ucapan cinta itu dengan doa yang berbunyi :

أحبك الله الذي أحببتني فيه

Maksudnya : “Semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku keranaNya.” (riwayat Abu Daud)

Bukti Cinta kerana Allah
1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah. 
Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, kuat tawakkal, selalu mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.
2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan.
3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah.
4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa.
5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah.

Sabda nabi salallahualaihiwassalam : “ Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)

Wanita meminang Lelaki.

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadis dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah s.a.w dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku? lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri kepada nabi) adalah lebih mulia dan lebih baik dari dirimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya demi kebaikan. (Hadis riwayat Bukhari , Nasaie dan Ibn Majah).

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) untuk menyampaikan hajatnya kepada rasulullah melalui katanya :

“Wahai anak saudara pakcik ku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam)

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi mulia yang utama dan disebut dalam hadis yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya : “Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian dari daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya.” (hadis riwayat Muslim)

Menawarkan diri kepada lelak tidak akan mengurangkan nilai dan maruah wanita tersebut di hadapan lelaki bahkan sebaliknya akan dihargai oleh lelaki sebagai wanita yang berani dan layak dihormati kerana kesanggupannya untuk melawan rasa malu dan berterus terang dengan dirinya sendiri. Walaubagaimanapun kita haruslah beringat bahawa tidak semestinya tawaran dan menawarkan diri itu selalu akan berhasil mendapatkan pasangan kerana boleh jadi si lelaki atau wanita yang ditawarkan itu sudah mempunyai pilihan hati atau telah tertarik kepada orang lain.

Maka hendaklah sentiasa redha dan sabar serta terus berusaha tanpa malu atau segan kerana pinangan kita telah ditolak oleh orang lain. Bahkan rasulullah, para sahabat radiallahuanhum sendiri pernah ditolak pinangan mereka dan hal itu tidaklah menjadikan mereka berputus asa kerana rahmat dan rezeki Allah SWT itu amat luas dan sentiasa terbentang untuk mereka yang beriman dan menyakini kebesaran-Nya

Panduan Menghadapi Bekas Kekasih/Pasangan

Dalam hidup ini tiada siapa yang boleh menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kekal kata kita tetapi akhirnya berpisah juga rupanya kemudian.Firman Allah SWT : “Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dilakukannya pada hari esok.” (Luqman : 34) Dunia bukanlah terlalu luas sehingga mustahil untuk kita saling tidak bertemu muka dengan bekas kekasih lama.
Pejam celik masa berlalu pantas tetapi dunia semakin mengecil dan menyempit sehingga kadang-kadang kita terpaksa berjiran dengan bekas kekasih atau kawan lama yang terputus. Ramai orang tidak tahu apa yang harus dilakukan jika bertemu dengan bekas kekasih, bekas tunang, bekas pakwe, atau bekas girlfriend yang suatu ketika dahulu begitu mesra dan akrab.Makan sepinggan, minum secawan bahkan ada yang lebih daripada itu.

Apa yang harus dilakukan ?Melarikan diri atau mengelak dari terus bertemu ? Mengelak dari bercakap atau bertentang mata ? Bagaimana jika bekas kekasih lama itu rakan sekerja dan bersama-sama menghuni kawasan perumahan kondominium yang sama atau kebetulan menaiki bas atau lift yang sama ?Baiklah, berikut ialah panduan untuk anda menghadapi bekas kekasih lama menurut panduan Islam setakat yang mampu saya catatkan.

1. Jangan takut menghadapi kesilapan lalu
Pertama sekali apabila ternampak kelibat bekas kekasih atau rakan lama yang pernah mempunyai hubungan rapat dan mesra dengan kita suatu ketika dahulu maka hendaklah kita jangan melarikan diri. Ramai orang mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dan mengelak dari dihantui rasa bersalah tetapi kemudiannya menderita akibat tekanan perasaan dan gangguan syaitan yang mempergunakan kisah-kisah lama untuk menghalang kita daripada maju ke depan dan menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik.
Setiap orang pernah berbuat silap!Tidak ada manusia yang bersih daripada kesilapan dan dosa kecuali rasul-rasul Allah SWT dan mereka sendiri sebagai manusia pun pernah berbuat silap dan ditegur oleh Allah SWT.
Bertaubatlah kepada Allah SWT atas dosa-dosa kita dan hadapilah ia dengan tabah dan berani serta yakin kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Allah tidak akan mempersia-siakan taubat orang yang ikhlas mahu membersihkan diri kepadaNya !
Firman Allah SWT : “Sesungguhnya taubat di sisi Allah ialah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa : 17)

Oleh yang demikian apabila ternampak bekas kekasih atau melihatnya di suatu tempat, buat seperti biasa dan teruskan urusan anda tanpa perlu takut atau bimbang dan jauh sekali melarikan diri atau mengelak. Serahkan kepada Allah SWT bahawa kejadian ini pasti ada hikmah dan teladannya. Seterusnya bacalah doa isti'azah (meminta perlindungan Allah SWT daripada syaitan) di dalam hati atau secara perlahan dengan menyebut :
اعوذباالله من الشيطان الرجيم
“ Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.”

Sesungguhnya meminta perlindungan daripada Allah terhadap segala keburukan dan kejahatan merupakan kewajipan kepada setiap muslim. Bahkan ianya termasuk perkara ibadah dan penghambaan seseorang kepada Allah dengan menjadikan Allah sebagai pelindung dan tempat memohon segala sesuatu.

2. Buktikan kita telah berubah dengan berani menampilkan diri
Tanda seseorang itu berubah ialah dia berani untuk menampilkan dirinya kepada orang lain dan tidak takut dengan celaan dan umpatan manusia kerana dia benar-benar mahu berubah dan tidak peduli dengan apa yang orang akan kata.
Kalau dahulu “free hair” , berambut “blonde” tetapi kini sudah bertudung dan berbaju kurung maka jangan malu menampilkan diri anda yang baru sekalipun mungkin akan mengundang kecaman dan celaan atau kritikan daripada mereka yang pernah rosak atau sezaman dengan diri anda yang dahulu.
Beranilah kerana benar !
Kita adalah peribadi yang baru dengan diri dan azam yang baru. Hadapi bekas kekasih jika dia berada di hadapan kita atau di sisi kita dengan penuh keyakinan bahawa dia sedang bertemu dengan seseorang yang telah bertaubat, telah berubah dan telah menjadi manusia yang menyerah diri kepada Allah SWT dan mahu menjadi seorang hamba yang berbakti kepada agamanya.
Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash’ari RA, daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.” (hadith riwayat Muslim)

3. Tegur jika perlu dan tunjukkan akhlak yang baik
Jangan sombong atau mendiamkan diri tanpa keperluan jika keadaan memaksa atau mendorong kita untuk bercakap dan bertegur sapa dengannya. Anda boleh dan diizinkan oleh syarak untuk menegurnya dengan memberi salam yang baik dan bertanya sapa sekadar perlu. Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An-Nahl : 90)
Islam ialah agama yang mementingkan akhlak yang baik. Buktikanlah diri anda sudah berubah dengan mempamerkan akhlak yang baik moga-moga jika dia telah berubah maka sebuah ukhuwah yang Islamik dan mulia dapat terhasil dan jika dia masih dalam perangai lama atau dalam kesesatan maka dia akan tersedar dan terpengaruh untuk turut berubah menjadi lebih baik dengan melihat akhlak kita.

4. Mendoakan bekas kekasih
Doa ialah suatu ibadah yang mulia dan mudah dilakukan. Ianya juga adalah sedekah yang paling mudah dibuat oleh seseorang. Jangan kedekut untuk berdoa dan mendoakan bekas kekasih agar dia mendapat kebaikan dan diberikan oleh Allah SWT dengan petunjuk atau hidayah seperti yang kita perolehi. Firman Allah SWT : “Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali-Imran : 134)
Biarlah betapa pahit pun kenangan yang dilalui bersama-sama dahulu sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih. Mendoakan bekas kekasih bermaksud kita sebenarnya telah berjaya memaafkan kesalahan diri kita sendiri dan mampu menghadapi peristiwa lalu dengan ketabahan dan kekuatan jiwa yang kuat.

5. Mengelak dari menjalin hubungan atau komitmen yang tidak perlu
Elakkan apa yang tidak perlu seperti berbual kosong atau berbual dalam perkara yang tidak wajar atau perkara-perkara yang sensitif dan melampaui batasan normal. Juga tidak perlu melayan kerenah bekas kekasih seperti menyuruh kita mengingati kisah lama atau menyatakan perasaan kita sekarang terhadap dirinya atau memberikan dia harapan atau komitmen terhadap pertemuan tersebut.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Antara ciri kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak perlu baginya.” (hadith riwayat Tirmidzi)
Anggapan pertemuan itu ialah suatu ujian dan cubaan daripada Allah SWT untuk melihat apakah kita benar-benar telah berubah dan bersedia menghadapi kesilapan lalu dengan jiwa yang lebih tabah dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik.
6. Kesilapan lalu bukan penghalang kita untuk membina hidup baru
Ingatlah apa yang penting ialah bukan bagaimana kita bermula tetapi ialah bagaimana kita akan berakhir. Semua orang dilahirkan dalam keadaan fitrah tetapi berapa ramai yang akhirnya meninggalkan dunia ini dengan kebaikan dan fitrah yang bersih ?
Tidak penting siapa kita ini dahulu apakah seorang samseng jalanan atau pelacur murahan tetapi apa yang penting ialah siapa diri kita pada hari ini dan apa yang akan terjadi kepada diri kita pada hari esok !
Firman Allah SWt : “Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.” (Al-Furqan : 71)
Tetapkan hati dan jiwa kita untuk beriman dan percaya kepada Allah SWT dan berusaha memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik daripada dahulu tanpa perlu lagi memandang ke belakang.
Majukan langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan ketabahan !
7. Apa yang penting pilihan kita hari ini !
Kita ialah apa yang kita pilih untuk jadi. Jika kita memilih untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa maka kita adalah apa yang kita pilih. Oleh yang demikian apa yang penting ialah pilihan kita dan keberanian kita untuk meneruskan langkah ke hadapan.

Kehidupan tidak pernah mudah.
Firman Allah SWT : “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwal dirimu.” (Muhammad : 31)
Kehidupan ini memang diciptakan oleh Allah SWT untuk menguji kita dan menghancurkan hati-hati kita agar menyerah kalah dan kecewa serta rebah.
Tetapi kita diberi pilihan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjalanan dan untuk memilih tidak mengaku kalah dan bangkit semula daripada kegagalan dan kekalahan !
Firman Allah SWT : “Tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan mensia-siakan amalan mereka.” (Muhammad : 4)
Apa yang penting bukanlah sekuat mana kita diuji tetapi sekuat mana kita tahan diuji. Ketahanan dan ketabahan untuk tidak mengaku kalah dan bangkit daripada kesilapan lalu untuk memperbaiki kehidupan yang akan datang adalah bukti kita benar-benar beriman kepada janji-janji Allah SWT untuk mereka yang percaya kepada hari akhirat dan syurga yang indah. Jangan mengaku kalah kepada kenangan lama!

Jumaat, 21 September 2012