Buscar

Páginas

Saya kena cekap tidak boleh leka!

SAYA KENA CEKAP….

Sebagai anak

Sebagai kakak

Sebagai saudara mara

Sebagai jiran

Sebagai pekerja

Sebagai kawan

Sebagai bakal pelajar

Sebagai bakal isteri

Sebagai bakal menantu

Sebagai bakal ibu

Sebagai bakal majikan

Sebagai dan sebagainya.

Yang menuntut hak-hak mereka untuk dipenuhi tanpa berkurang sedikit. Ia menagih keadilan daripada saya agar semua tugasan di atas dapat diselesaikan sebaiknya. Ia memerlukan disiplin hidup yang ketat dan serius bukan main. Kata seorang syuyukh :

“AKHAWAT HARUS CEKAP. BIAR DAPAT JADI SUPER WOMAN. APA SAHAJA TUGASAN DAN HAK DAPAT DIPENUHI SEBAIKNYA. NANTI AKHAWAT SUDAH MENIKAH, LEBIH LAGI MENUNTUT KECEKAPAN AKHWAT. JIKA AKHAWAT LAMBAT MENINGKATKAN DIRI, LAMBAT MENAMBAH BEKAL DIRI, NANTI BANYAK BENDA AKAN TERCICIR. TARBIYAH ENTAH KE MANA, KERANA SIBUK MEMENUHI SEMUA HAK ITU. SEDANGKAN TARBIYAH ITU SEPATUTNYA SUDAH MENGAJAR AKHWAT BAGAIMANA UNTUK CEKAPKAN DIRI. AGAR DAKWAH TIDAK JADI FITNAH KEPADA SEMUA TUGASAN LAIN YANG JUGA AMANAH.”

#Saya merenung jauh. Menerobos langit biru tujuh lapisan. Entah di mana fikiran saya mendarat. Barangkali di nebula paling kusut. Harus di mana saya mahu mulakan semuanya untuk membuat persediaan bagi melalui fasa sekarang dan fasa datang. Lagi berfikir, lebih seram sejuk urat nadi saya kerana khuatir sekali saya tidak dapat berikan sebaiknya untuk semua di atas kerana seakhwat apa pun saya, bahawa saya adalah M.A.N.U.S.I.A yang banyak lemahnya.

Maka untuk ibu ayah,murobbi, adik-adik, akhawat, dan bakal suami…

Kalian adalah yang terdekat dengan diri saya untuk memahami siapa saya untuk semua ini. Sokongan, dokongan dan toleransi daripada kalian semua adalah sebuah penghargaan yang tidak terhingga daripada saya. Di mana saya berada, apa amal yang saya lakukan, sudah awal-awal saya niatkan pahalanya untuk kalian semua. Untuk kita semua. Agar langkah kita akan seiring menapak ke dalam syurga tanpa ada yang tertinggal seorang pun. kerana CINTA KITA ADALAH CINTA SAMPAI SYURGA.

0 comments:

"Jika aku TIDAK menulis dengan jari, maka aku akan menulis dengan HATI,..aku tidak pandai berbahasa sastera maka aku BERUSAHA berbahasa TAKWA..menulis bukan untuk mengkayakan BAHASA tapi menulis untuk melakar IMAN didalam jiwa... >>Biarlah sekalipun kita tidak TIDAK HEBAT menulis,..yang penting setiap ILMU yang disampaikan terus ditulis, menulislah sesuatu yang PERLU,..jangan menulis mengikut mahu, apabila kita sentiasa MANFAATKAN sesuatu yang ada disisi, secangkir pena sekalipun banyak memberi ERTI kepada yang memerlukan".

Khamis, 8 Mac 2012

0 ulasan: