Perkara 20
Perkara 1: AGAMA
“WALAUPUN TIADA
BANTAHAN TERHADAP ISLAM MENJADI AGAMA RASMI MALAYSIA, AGAMA RASMI TIDAK ADA DI
BORNEO UTARA DAN PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN ISLAM MENGIKUT PELEMBANGAAN MALAYA
HENDAKLAH TIDAK MERANGKUMI BORNEO UTARA.”
Perkara 2: BAHASA
“(a) BAHASA MELAYU
HENDAKLAH MENJADI BAHASA KEBANGSAAN PERSEKUTUAN.
(b) BAHASA INGGERIS AKAN TERUS DIGUNAKAN UNTUK TEMPOH
SEPULUH TAHUN SELEPAS HARI MALAYSIA .
(c) BAHASA INGGERIS HENDAKLAH MENJADI BAHASA RASMI BORNEO
UTARA, UNTUK SEMUA TUJUAN BAIK PADA PERINGKAT NEGERI MAHUPUN PERSEKUTUAN TANPA
HAD TEMPUH.”
Perkara 3: PERLEMBAGAAN
“WALAUPUN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYA DITERIMA
SEBAGAI ASAS PERLEMBAGAAN MALAYSIA, PERLEMBAGAAN MALAYSIA HENDAKLAH MENJADI
DOKUMEN ANTARA NEGERI DAN BUKAN BERBENTUK BEBERAPA SIRI PINDAAN TERHADAP
PERLEMBAGAAN YANG DIPERSETUJUI DALAM KEADAAN YANG BERLAINAN SAMA SEKALI.
PERLEMBAGAAN BARU UNTUK BORNEO UTARA SUDAH
TENTU PERLU.”
Perkara 4: KETUA PERSEKUTUAN
“KETUA NEGARA BORNEO
UTARA TIDAK BOLEH MENJADI KETUA NEGARA PERSUKUTAN.”
Perkara 5: NAMA PERSEKUTUAN
“MALAYSIA ”
BUKANNYA “MELAYU RAYA”.
Perkara 6: IMIGRESEN
“KAWALAN KEMASUKAN ORANG KE MANA-MANA KAWASAN DI MALAYSIA
DARI LUAR ADALAH TERLETAK DI BAWAH KUASA KERAJAAN PUSAT TETAPI KEMASUKAN KE
BORNEO UTARA PERLU MENDAPAT KELULUSAN KERAJAAN NEGERI. KERAJAAN PERSEKUTAN
TIDAK BOLEH MENGHALANG KEMASUKAN ORANG KE BORNEO UTARA UNTUK TUJUAN KERAJAAN
NEGERI KECUALI ATAS SEBAB KESELAMATAN.
BORNEO UTARA HENDAKLAH MEMPUNYAI KUASA YANG TIDAK
TERBATAS BAGI MENGAWAL PERGARAKAN ORANG-ORANG DARI KAWASAN-KAWASAN LAIN DI MALAYSIA KE DALAM BORNEO UTARA, SELAIN DARIPADA
YANG BEKERJA DENGAN KERAJJAN PERSEKUTUAN DI BORNEO
UTARA.”
Perkara 7: HAK PEMISAH
“TIDAK HARUS ADA
SEBARANG HAK UNTUK BERPISAH DARIPADA PERSEKUTUAN.”
Perkara 8: PERBORNEOAN
“PENGAMBILALIHAN PERKHIDMATAN AWAM OLEH RAKYAT BORNEO HENDAKLAH DILAKSANAKAN DENGAN SECEPAT MUNGKIN.”
Perkara 9: PEGAWAI BRITISH
“SEGALA USAHA HENDAKLAH DIBUAT UNTUK MENGGALAKKAN PARA
PEGAWAI BRITISH KEKAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM SEHINGGA TEMPAT MEREKA BOLEH
DIAMBIL OLEH ORANG-ORANG YANG LAYAK DARI BORNEO UTARA.”
Perkara 10: KEWARGANEGARAAN
“SARANAN-SARANAN DALAM PERENGAAN 148 (k) LAPORAN
SURUHANJAYA COBBOLD HENDAKLAH MERANGKUMI HAK-HAK KEWARGANEGARAAN RAKYAT BORNEO
UTARA DALAM PERSEKUTUAN, TERTAKLUK KEPADA PINDAAN-PINDAAN BERIKUT:
(A) PERENGGAN KECIL (I) TIDAK HARUS MENGANDUNGI
PERUNTUKAN MENETAP SELAMA LIMA TAHUN;
(B) DEMI MENYELARASKANNYA KEPADA UNDANG-UNDANG KITA,
PERENGGAN KECIL (ii) (a) HENDAKLAH BERBUNYI “TUJUH DARIPADA SEPULAH TAHUN” DAN
BUKKANNYA “LAPAN DARIPADA DUA BELAS TAHUN”; DAN
(C) PERENGGAN KECIL (iii) SEHARUSNYA TIDAK MENGANDUNGI
SEKATAN BERHUBUNG DENGAN KEWARGANEGARAAN IBU-BAPA – SESEORANG YANG LAHIR DI
BORNEO UTARA SELEPAS MALAYSIA MESTILAH MENJADI WARGANEGARA PERSEKUTUAN.”
Perkara 11: TARIF DAN KEWANGAN
“BORNEO UTARA HENDAKLAH
BERHAK MENGAWAL KEWANGAN TABUNG PEMBANGUNAN DAN TARIFNYA SENDIRI.”
Perkara 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA
“PADA PRINSIPNYA SUKU KAUM BUMIPUTERA DI BORNEO UTARA
HENDAKLAH MENIKMATI HAK-HAK ISTEMEWA SEPERTI YANG DINIKMATI OLEH KAUM MELAYU DI
MALAYA, TETAPI FORMUKA MALAYA YANG DIGUNAKAN DI MALAYA KETIKA INI TIDAK
SEMESTINYA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BORNEO UTARA.”
Perkara 13: KERAJAAN NEGERI
“(a) KETUA MENTERI HENDAKLAH DIPILIH OLEH ANGGOTA-ANGGOTA
MAJLIS PERUNDANGAN TIDAK RASMI;
(b) SISTEM MENTERI YANG SEMPURANA HENDAKLAH DIUJUDKAN
DI-BORNEO UTARA.”
Perkara 14: TEMPOH PERALIHAN
“TEMPOH PERALIHAN HENDAKLAH DISERAHKAN PADA NEGERI BORNEO
UTARA OLEH PERLEMBAGAAN DAN TIDAK SEKADAR DIAMANAHKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI
OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.”
Perkara 15: PELAJARAN
“SISTEM PENDIDIKAN YANG ADA DI-BORNEO UTARA SEKARANG
HENDAKLAH DIKEKALKAN DAN DILETAKKAN DI BAWAH BIDANG KUASA KERAJAAN NEGIRI.”
Perkara 16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN
“KERAJAAN PUSAT TIDAK BOLEH MEMBUAT SEBARANG PUINDAAN,
MENGUBAHSUAI ATAU MENARIK BALIK MANA-MANA PERLINDUNGAN KHAS YANG TELAH
DIBERIKAN KEPADA BORNEO UTARA TANPA PERSETUJUAN KERAJAAN BORNEO UTARA. KUASA
MEMBINDA PERLEMBAGAAN NEGERI BORNEO UTARA
ADALAH HAK MUTLAK RAKYAT NEGERI ITU.”
Perkara 17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN
“INI HENDAKLAH MENGAMBIL KIRA BUKAN SAJA JUMLAH PENDUDUK
BORNEO UTARA TETAPI JUGA SAIZ DAN PETENSINYA DAN DALAM APA KEADAAN PUN TIDAK
HARUS KURANG DARIPADA SINGAPURA.”
Perkara 18: GELARAN KETUA NEGARA
“YANG DI PERTUA NEGARA”
Perkara 19: NAMA NEGERI
Perkara 20: TANAH,HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN
“PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BERHUBUNG
DENGAN KUASA MAJLIS TANAH NEGARA TIDAK HARUS MERANGKUMI BORNEO UTARA. MAJLIS
KEBANGSAAN BAGI KERAJAAN TEMPATAN JUGA TIDAK HARUS MERANGKUMI BORNEO
UTARA.”
1 comments:
Nama: Thereky
Ulasan:
Kamu orang sabah? Saya ingin tahu. Sila balas dengan segera.
Terima Kasih.
Catat Ulasan