Yazid Arraqqasyi
dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg
ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi
s.a.w.:
“Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
“Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya: “Ya
Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan
penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka
Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar
untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”
Lalu nabi s.a.w.
bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.”
Jahannam.”
Jawabnya: “Ya.
Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga
merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun
sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum
nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di
antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan
dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya
akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya
akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam
itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap
pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”
Nabi s.a.w.
bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya:
“Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke
pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70
kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”
Jawab Jibrail:
“Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang
namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis
dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi
bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:
“Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya:
“Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”
ditanya:
“Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya:
“Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”
Maka nabi s.a.w.
jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan
kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi
saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah
ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya,
iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”
Kemudian nabi
s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam
rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada
Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”
Dari Hadith
Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan
dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua’lam.
Al-Quran Surah
Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya
orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari
keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh
sekalian makhluk. Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat”..
0 comments:
Catat Ulasan