NERAKA
berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang
dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.
Di
neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa
sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud:
“Wahai
orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya
adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi
bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang
diperintahkan kepadanya.” (Surah At-Tahrim: 6)
Api
neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke
bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api
neraka yang tiada tolok bandingnya.
Tujuh
nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT.
Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian
dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam
Al-Ghazali ialah:
Neraka
Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas
sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di
dalamnya.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan
oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat
seburuk-buruknya.” (Surah Al-Imran:12)
Begitu
juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman:
“Orang kafir dan orang
aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan
melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang
demikian itu mudah sekali bagi Allah”.
Luza adalah
tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada
ajarannya.
Firman
Allah bermaksud:
“Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza
(neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang
celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah
Al-Lail: 14-16)
Hathamah ialah
neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah
kerana dipengaruhi harta dunia.
Sair ialah
tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan
telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal
Uhud.
Saqru ialah
neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya
kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya
kepada Hari Pembalasan.
Jahim neraka
tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh,
mendustai agama Allah dan minum arak.
Hawiyah ialah
neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling
bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: “Siapa yang ringan
timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka
Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas.” (surah Al-Qariah: 8-11)
sumber Artikel
: nurjeeha.hadtihuna.com
0 comments:
Catat Ulasan